Friday, July 22, 2011

TAK LAMA LAGI PUASA LAH WEI...


Salam kasih sayang buat semua member-member yang sudi jenguk, baca mahupun singgah berehat di blog 360 darjah yang serba kekurangan ini. Nah, teman-teman yang dirahmati Allah SWT sekalian, pasti kalian sudah maklum yang kita sudah semakin hampir memasuki bulan yang penuh dengan keberkatan. 

"Wah, bulan ramadhan tak lama lagi la.. Bestnya.... dapat lagi baju baru untuk raya nanti ni... yeah yeah, tak sabar nak puasa dan beraya" (Stop) Woo wooo, nanti dulu!! Jangan cepat sangat confirm geng yang kita ni pasti sempat menikmati bulan ramadhan dan juga raya nanti? (Kenapa?) Nah, kita kan sudah maklum, semua itu hanya bisa berlaku dengan ketentuanNya mahupun izinNya. Seharusnya apa yang perlu dipikirkan ialah apa persiapan yang perlu kita lakukan bersama sebelum menjejak kaki di bulan penuh barakah ini. (Apa persiapan tu?)

Haa, ni la yang saya nak share. Teman-teman tarik nafas semua yer ............. (Hembus)
Baiklah, berikut merupakan perkara-perkara yang perlu kita sama-sama cuba laksanakan :
  • Memperbanyakkan TAUBAT (nah jangan taubat kejap jer yer)
  • Perbaiki hubungan dengan orang lain dan lupa segala sengketa yang berlaku (buang yang keruh ambil yang jernih) 
  • Meminta keampunan dan kemaafan daripada kedua orang tua kita (always love ayah dan ibu)
  • Belajar dan faham Fiqh Saum puasa (biar lebih jelas dan faham akan bulan penuh dengan barakah ini)
  • Banyakkan baca Al-Quraan (baca, faham dan baiki sikit demi sikit bacaan)
  • Perhebatkan amalan-amalan sunat
  • Menjauhi amalan-amalan kefasadan dan kemungkaran
  • Memelihara dan menjaga hati kita
Fuhh, alhamdulillah siap pun beberapa perkara yang perlu saya dan juga teman-teman kena laksanakan, insyaallah. Oo ya, bagi teman-teman yang seperti biasa mahupun terbaca tips ini, sebenarnya tuan blog 360 darjah mencedoknya dari blog sahabat baik yang saya anggap seperti abang saya sendiri. Siapa kah beliau? 

Nah, confirm la Ust Ali @ Abg Ali @ juga dikenali sebagai Brohamzah. Mana lah tau, ada yang bosan dengan penulisan saya ni, atau nak penulisan yang lebih baik, boleh la ziarah blog brohamzah.blogspot.com. Pasti menarik dan mudah difahami, insyaallah :-) 

Ok lah teman-teman semua, nanti ada masa lain kita berartikel lagi ok. Ayuh sama-sama kita improve diri dari masa ke semasa, dan tidak pernah jemu ucap rasa syukur kepada Allah SWT yang sudah banyak memberi kita nikmat yang kita lihat secara mata kasar mahupun halus. Wallahu'alam, mohon maaf sekiranya artikel 360 darjah tidak menarik. Wassalam..

Wednesday, July 20, 2011

BELAJAR TAWAKAL DARIPADA SEMUT


Salam ukhwah semua teman-teman yang dirahmati Allah SWT sekalian. Alhamdulillah, sedar tidak sedar kita sudah semakin hampir dengan bulan Ramadhan. Begitu pantas masa berlalu. Sub'hanaullah, begitu hebat kuasa Allah yang mengawal sekalian alam ini. Ayuh kita sama-sama berdoa, agar kita menjadi salah seorang hambaNya yang diberi peluang untuk melaksanakan ibadah puasa yang tidak lama lagi menjelang, amin.

Alhamdulillah, hari ini saya nak share satu artikel ringan-ringan je buat teman-teman semua. Harap bermanfaat :-). Dengan izin Allah SWT, saya terbaca satu buku yang mengisahkan perihal komunikasi yang pernah berlaku antara seekor semut dengan Nabi Sulaiman a.s. Jom hayati kisah ini : 

"Pada suatu hari Nabi Sulaiman a.s bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebiji gandum. Lalu Nabi Sulaiman a.s memasukkan semut tersebut dalam suatu botol dengan diletakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.

Cukup tempoh setahun, mulut botol itu kemudiannya dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Apa yang menghairankan baginda, didapatinya hanya separuh sahaja daripada gula tersebut habis dimakan oleh sang semut. Lalu baginda bertanya pada semut "Mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan, sedangkan sang semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji gandum?"

Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol, rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu. Akan tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman a.s) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keperihatinan manusia. Mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya lebih daripada setahun, lalu apa akan terjadi kepadanya?

Begitu lah teman-teman sekalian. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat membuat satu kesimpulan yang baik daripada kisah yang saya kongsikan pada teman-teman semua. Saya yakin teman-teman mampu membedah kesimpulan daripada kisah sang semut dan juga Nabi Sulaiman a.s tadi. Yang mana baik, kita jadikan teladan dan yang kurang baik jadikan sebagai sempadan. Wallahu'alam, terus bertinta untuk kebaikan. Wassalam..  

 

Monday, July 18, 2011

PEMAIN BOLA SEPAK ISLAM

Assalamualaikum semua.. Teman-teman, ayuh kita sama-sama tidak jemu-jemu mengucap rasa syukur pada Allah SWT atas segala nikmat yang ada pada kita. Oh ya, tidak lupa juga untuk sentiasa segar dalam melaksanakan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah, insyaallah. (Peringatan untuk Tuan Blog khususnya)

Hari ini, saya ingin berkongsi tentang beberapa orang pemain bola sepak profesional muslim di Eropah masa kini. Mereka semua ini bermain seperti singa dihadapan manusia, namu hakikatnya tetap tunduk dan sujud lemah dihadapan Allah SWT. Yes, hebat macam mana pun kita bermain diatas padang bola, hakikatnya Allah SWT lagi maha hebat dan berkuasa sekalian alam.

Berikut merupakan pemain bola sepak yang saya maksudkan :
Frederic Kanoute
Beliau bermain di kelab sepanyol iaitu Sevilla. Beliau pernah membawa mesej "save palestina" selepas menjaringkan gol. disebabkan beliau membawa mesej tersebut, beliau disaman oleh badan bola sepak dunia. Akan tetapi kesimpulan yang bolah kita buat ialah, beliau berani membawa mesej benar dihadapan penyokong bola sepak sepanyol. "satu tepukan buat beliau"

Mesut Ozil

Beliau bermain untuk kelab gergasi sepanyol Real Madrid. Beliau memiliki ciri pemain muslim yang simple dan bersikap "humble" dihadapan penyokong Real Madrid mahupun rakan sepasukan. Setiap kali sebelum sepak mula dimulakan, beliau akan membaca surah Al-Fatiha. Bagi beliau, ianya sebagai sumber kekuatan beliau bermain diatas padang bola.

Nicolas Anelka (Abdul-Salam Bilal) 
Bermain untuk kelab Chelsea. Bersikap pemdiam dan banyak senyap bila berada diatas padang bola. Sebelum bermain, beliau juga akan membaca Al-Quraan dan jelas kelihatan ciri-ciri muslim diwajahnya walaupun bermain dengan pemain-pemain profesional bukan islam.

Ibrahim Affelay
Seusia muda sudah pun bermain untuk Kelab terbesar dunia Barcelona. Pemain muda ini juga senantiasa berdoa setiap kali sebelum sepak mula dimulakan. Lincah dihadapan pihak lawan, namun tetap tunduk dan malu dihadapan Allah SWT.

Teman-teman yang dirahmati Allah sekalian, sedar tidak sedar sudah ramai pemain muslim profesional bermain untuk kelab gergasi eropah. Apa yang saya harapkan ialah, kita mengambil iktibar semangat tinggi yang ada pada mereka-mereka ini dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik dan pencapaian yang lebih tinggi, insyaallah.. Teman-teman boleh "search" sendiri pemain-pemain yang lain, insyaallah ramai lagi. Yang mana baik kita jadikan pengajaran dan teladan.Kurang baik pula, kita jadikan sebagai "offside". Wallahu'alam, wassalam..

Tuesday, July 5, 2011

SANTAI BERSAMA - MANISNYA KURMA INI


Assalamualaikum teman pembaca yang dirahmati Allah SWT sekalian. Mudah-mudahan kita semua berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera. Tidak lupa juga untuk kita mengucap rasa syukur kepada Allah SWT yang telah banyak memberi kita nikmat yang ada disekeliling mahunpun yang ada pada tubuh badan kita sendiri. Ya, sudah pasti kita tidak mampu menghitung segala nikmat ini dengan jari mahupun mesin kira. Perlunya merasa syukur dan mempergunakan segala nikmat Allah ini untuk kebaikan, insyaallah.

Alhamdulillah, dalam perjalan balik daripada pulau pinang, sempat lah saya untuk bersama-sama dalam 1 program "santai bersama" anjuran persatuan kebajikan mahasiswa sabah dan sarawak. Program ini bertujuan sebagai pengenalan pada adik-adik sabah, seronoknya berprogram. Seramai 50 orang adik pelajar sabah semester 1 menyertai program ini. Bila melihat wajah-wajah adik-adik sabah, saya teringat akan zaman saya dan juga kawan-kawan sebagai pelajar Kolej Teknologi Darulnaim pada tahun 2007. Banyak kenangan manis mahupun pahit bersama kawan-kawan. Apa yang paling istimewa ialah apabila hari pertama kami sampai dihadapan Kolej, "Haaa!!!" ni kolej ke atau kilang?


Ya kilang, kilang yang memproses hati dan juga diri kita untuk menjadi hamba yang terbaik disisi Allah SWT. Ini lah tujuan sahabat saya Jumat Mat Salleh hajatkan untuk adik-adik semua. Malah seluruh harapan cikgu-cikgu di Sabah juga berhajatkan adik-adik pelajar ini mampu menjadi seseorang yang berguna pada agama seterusnya masyarakat. Sesuai dengan motto Kolej, "Belajar biar pandai, Perangai biar elok, Hidup biar boleh tumpang". Ayuh pegang lah motto ini dan sebatikan dalam diri adik-adik semua.

Jadikan lah Kolej Teknologi Darulnaim sebagai titik permulaan untuk adik-adik mengecapi kejayaan yang luar biasa. Yakin dan percaya lah, walau kolej ini serba kekurangan namun ada sesuatu yang istimewa di sini. Sabar lah menanti dan rempuh segala cabaran mahupun ujian mendatang. Semoga, adik-adik pelajar memanfaatkan peluang serta mengumpul segala bentuk ilmu dunia mahupun akhirat. Akhir kalam "Semoga terus bertahan di sini". Wallahu'alam, wassalam.

Followers