Saturday, August 27, 2011

KENAPA TIDAK!



“Kenapa tidak? Kenapa tidak saya dilahirkan dalam kalangan keluarga yang kaya dan memiliki banyak duit!” Jo (nama samaran) menjerit dihadapan laut yang terbentang luas itu. Jo merupakan anak sulung daripada 7 orang adik beradik. Dengan izin Allah SWT, Jo dilahirkan dalam keluarga yang susah dan tidak seperti anak-anak remaja yang lain. Seusia 12 tahun dia telah bekerja bagi menampung perbelanjaan ibu dan adik-adiknya. Ayahnya telah meninggal dunia seusia Jo 5 tahun lagi.

“Kenapa tidak? Kenapa tidak saya jadi seperti kawan-kawan lain yang mampu menimba ilmu sampai sekolah Menengah!” Jo bermain perasaan sendirian di dalam rumah kecilnya. Tidak ada siapa yang mampu mendengar keluhan yang dikeluarkannya melainkan Allah SWT. Ibu Jo tahu akan penderitaan yang dialami anaknya itu. Setiap hari seorang ibu berdoa agar anaknya ini dipermudahkan segala urusan dunia mahupun akhirat. Begitu suci dan telus hati seorang ibu.

Kenapa tidak kamu berniaga Jo? Tanya Roy (sahabat baik) kepada Jo. “Aku nak berniaga apa bro? Modal pun aku tidak ada?” Jo cuba menjelaskan situasi sebenarnya pada teman baiknya itu. Ala Jo, kita buat simple (ringkas) sudah. Macam ni, kita kutip semua tin-tin yang dekat tempat kita ni, lepas tu kita jual dekat tauke Apek tu.Nah insyaAllah ada la income (pendapatan) sikit-sikit. Amacam bro? Ada bran (sama maksud dengan berani) ka? Roy cuba meyakinkan Jo akan rancangannya itu. “Weh, ko ni kan bijak lah. Patut la ko dapat banyak A kat sekolah! Ok cantik, aku setuju idea tu. Tapi… Ko bantu-bantu la juga aku run projek ni. Aku seorang tak larat kot.” Jo dengan bersahaja meminta bantuan sahabat baiknya itu.

4 Tahun berlalu….

“Kenapa tidak anda boleh berjaya seperti abang? Tidak ada alasan yang adik-adik boleh berikan pada abang!” Begitu lantang suara Jo memberikan perkongsian pada pelajar-pelajar sekolah. Akhir perkongsian Jo pada semua adik pelajar “adik-adik, sekiranya anda rajin berusaha, apa yang adik hajatkan pasti adik-adik akan dapat!” Penuh semangat dan harapan ungkapan yang dilontarkan pada adik pelajar. Jo tersenyum penuh dengan kesyukuran pada Allah SWT. Begitu hebat cabaran yang Jo lalui menjadi pengutip tin dan akhirnya mampu membuka syarikat pengitaran bahan-bahan buangan seperti tin, besi dan juga surat khabar lama. Berkat doa ibunya, Jo telah menjadi seorang yang baru dan penuh dengan tenaga.

Nak, kenapa tidak kamu ziarahi Roy? Sudah lama ibu tidak jumpa dia nak. Ibu Jo bertanyakan pada anaknya. “InsyaAllah ibu, dia akan balik minggu depan dari England.” Jo memberi jawapan pada ibunya. Teringat masa 4 tahun lalu. Roy la yang banyak membantunya megumpul tin-tin terbuang. Walau bergelar seorang pelajar dan berlatar belakangkan keluarga yang mewah, Roy tetap merendah diri dan tidak pilih kawan. Keluarga Roy juga sangat baik dan pemurah pada semua orang malah disenangi oleh jiran tetangga mereka. Roy juga lah yang memperkenalkan dirinya dengan ‘usrah’ (majlis ilmu). Setiap hujung minggu, Roy akan bawa Jo pergi usrah bersama keluarganya. Melalui usrah lah Jo mula memiki jiwa juang yang tinggi dan nilai-nilai islam sentiasa menjadi panduannya dalam menghadapi hari-hari susahnya. “Subhanaullah” terkeluar kalimah indah dari bibir Jo sambil menitis air jernih dari kelopak matanya. “Begitu hebat perancangan Allah” Jo bermonolog sendirian.

1 minggu berlalu…

“Kenapa tidak Encik Rohaisyam (nama sebenar Roy) kerja sahaja di syarikat saya? Saya boleh beri Encik gaji sesuai berdasarkan taraf pendidikan Encik, Ijazah dan Master dalam bidang Finance.” Jo sahaja menawarkan pada sahabat baiknya Roy yang baru sahaja pulang dan menamatkan pengajian di England. Tergelak kecil Roy mendengar tawaran sahabatnya Jo. “InsyaAllah, saya akan pertimbangkan tawaran Encik Johari (nama sebenar Jo) itu.” Sambil kedua-dua mereka berpelukan satu sama lain. Hari demi hari berlalu, Jo dan Roy aktif melaksanakan program berbentuk kerohanian dan kebajikan khususnya anak-anak yatim dan piatu. Nama mereka berdua disegani dan disenangi orang ramai.

Jo, ada perkara yang ingin aku hajatkan dari ko? Roy dengan penuh kesungguhan bertanya pada sahabat baiknya itu. “Apa dia bro? Kalau aku mampu, insyaAllah aku cuba tunaikan hajat ko tu” Jo cuba memberikan harapan. Begini, aku hajat sangat kalau ko boleh jadi sebahagian keluarga kami? Ayah dan ibu aku juga tidak ada halangan akan perkara ini. “haa! Apa maksud ko bro? bukan selama ni kita dah macam keluarga?” Jo bertanya kehairanan pada Roy. Ala, memang lah dah macam keluarga. Tapi nak lebih lagi. Ok, aku terus terang je la. Aku dan parents aku hajat ko jadi suami @  teman hidup pada Kakak aku. Ala yang kerja sebagai doktor tu. Dr Afifah Solehah Bt Razak, namanya. “er er er… aku tak tahu nak cakap apa bro? macam tiba-tiba je, aku dah nak pening ni. Bagi lah aku masa 2, 3 hari bro untuk aku bermunajat pada Allah SWT agar diberi petunjuk yang baik dan tidak mendatangkan kemudaratan pada masa depan aku mahupun kakak ko.”

Sebulan berlalu… Dengan izin Allah SWT, Johari Bin Salam sah menjadi suami kepada Afifah Soleha Bt Razak. Hanya doa dan tanda syukur Jo panjatkan kepada Allah SWT yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui. Satu ungkapan yang terkeluar dari bibir Jo pada isterinya “ayuh kita memegang amanah yang diberikan Allah SWT ini sebaik mungkin dan menjadi pasangan yang mampu memberi sumbangan pada agama kelak, insyaAllah” Tercipta lah satu keluarga bahagia dan penuh keberkatan ini. Jo dan Roy terus berjuang dan tidak pernah putus untuk menyampaikan risalah Rasulullah SAW, walaupun bergelar sebagai seorang usahawan yang berjaya.

- CERPEN ini hasil nukilan Hamba Allah yang baru belajar menulis. Sebagai langkah nak tengok member saya ni ok dalam penulisan, perlu komen anda!!! Thanks a lot.. -

Tuesday, August 23, 2011

HATI ku .. ABADIKAN dgn sifat MAHMUDAH

Assalamualaikum teman-teman yang dirahmati Allah SWT sekalian..
Alhamdulillah, saat saya menaip artikel baru, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya selamat sampai di Daerah kelahiran yang amat saya rindui.. Segala puji hanya bagi-Mu Ya Allah..


Artikel yang ingin saya kongsikan pada hari ini ringkas sahaja dan semoga ia bermanfaat buat kita semua, insyaAllah. Dalam kita mengejar cita-cita, impian atau apa sahaja aktiviti seharian yang kita lakukan sudah pasti akan penuh dengan cabaran-cabaran yang boleh merosakkan hati. Kongsi sedikit pengalaman perjalanan pulang kampung daripada Kota Bharu, Kuala Lumpur dan destinasi terakhir lapangan terbang Tawau, 'wow' penuh dengan perkara-perkara yang menguji hati. "Depan, belakang, kiri mahupun kanan ianya penuh dengan virus-virus hati"


Ya, saya yakin teman-teman juga arif akan hal ini, dan bukan pertama kali membaca tentang masalah-masalah hati mahupun artikel berkaitan hati. Teman-teman yang saya kasihi, tidak kisah berapa kali kita baca mahupun dengar, ianya perlu pada penerusan dan perlu di ingatkan selalu. Luangkan lah masa anda untuk sama-sama kita 'recall' balik perkara-perkara yang boleh menguatkan lagi hati kita, dengan sifat mahmudah insyaAllah.

Iman Ghazali menggariskan sifat mahmudah kepada beberapa bahagian :


 
  • Taubat - Keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.

  •  Takut akan Allah SWT - Perasaan takut terhadap Allah akan membuatkan seseorang itu melipatgandakan amalan soleh dan meninggalkan larangan-Nya.
          "realiti kita masa ini, lebih takut kehilangan duit, miskin, hilang kekasih dan yang paling best   TAKUT Hantu kak limah tak balik-balik"


  • Mahabbah - Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahirkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang kerana mempertahankan islam. Buka cinta sebaliknya yang berlaku dikalangan kita cinta kekasih (teman wanita), harta, pangkat. Mudah-mudahan kita dijauhkan dari semua itu.


  • Zuhud - Kehidupan insan mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik. 

  • Sabar - Perasaan memujuk jiwa dengan keimanan. Ia merangkumi sabar atas ketaatan dan juga sabar dalam menjauhi maksiat.




  • Bersyukur - Bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat kesihatan, rezeki, kemudahan hidup, pancaindera dan sebagainya yang telah Allah kurniakan kepada kita semua. Jangan lah kita merasa bangga dengan apa yang kita ada, ini kerana semua itu merupakan pinjaman dar-Nya bersifat sementara.

Alhamdulillah berikut merupakan antara sifat mahmudah yang saya senaraikan. Teman-teman semua, ada lagi beberapa sifat mahmudah yang belum saya berikan, Antaranya ialah : IKHLAS dan BENAR, TAWAKAL, REDA DENGAN QADAK ALLAH serta INGAT MATI. Sebagai hamba Allah yang selalu berdepan dengan virus-virus perosak hati, kita perlu memformat hati kita dari masa ke semasa agar sentiasa bersih dan sihat. Nah, bukan laptop sahaja yang perlu kita jaga atau bersihkan, rupanya bahagian terpenting yang perlu diJAGA, RAWAT ialah HATI kita.

Sedia maklum, hati merupakan anugerah Allah SWT kepada kita semua. Sebagai tanda terima kasih kita kepada Allah SWT, gunakan hati kita dengan sebaik mungkin dan sentiasa bersihkan hati agar tidak berkarat dengan bintik-binti jahiliah. Wallahu'alam, setakat ini sahaja dahulu penulisan saya dan insyaAllah ada masa lain kita menulis lagi. Mohon maaf sekiranya ada yang silap mahupun terkurang. Mudah-mudahan kita semua mampu menjaga hati kita dengan sebaik mungkin. Wassalam..  
  •  

Thursday, August 18, 2011

DIA DAN "Sisha"

Assalamualaikum teman-teman yang dikasihi Allah sekalian. Alhamdulillah, dengan izin-Nya kita sudah pun berada dihari ke-18 kita berpuasa. Mudah-mudahan 18 hari yang sudah kita lalui ini, penuh dengan amal-amal yang bermanfaat. 


Hari ini ringkas sahaja penulisan saya. Sekadar perkongsian realiti kehidupan.


"1 hari yang lalu, selepas bermain futsal, saya dan member2 pegi minum2 kopi sekaligus beli makanan bersahur. Pada masa tu, tepat jam 3.00 pagi. Sampai2 je, kelihatan di sebelah kanan saya terdapat beberapa orang anak muda lelaki dan perempuan. Kelihatannya seperti pelajar IPT. Apa yang saya kagum ialah..... No no, bukan kagum tapi 'menyedihkan' ialah ada beberapa orang perempuan yg duduk sekali lepak2 tengah sedut SISHA. Tekejut saya!! Biar betul mereka ni. Sisha ni ibarat macam rokok juga lah function nya. Cuma bentuk fizikalnya saja yang berbeza.  
Gambar Hiasan
Saya difahamkan oleh seorang member saya, sisha yang mereka hisap ni cuma perisa buah-buahan sahaja. Ada macam2 perisa, spt strawberi dan sebagainya. 'ooo mcm tu' saya hanya menganguk tanda baru faham. Saya simple kan lagi, saya tak pasti apa keburukan mahupun kebaikan sisha ini. InsyaAllah saya akan cuba share tentang sisha ni diartikel saya akan datang. Sambung balik, so dah tengok hamba Allah (perempuan) tengah sisha, tak cukup dengan itu 'aik' cara berpakaian dan juga pergaulan antara lelaki dan perempuan 'adui' sgt tidak menyenangkan mata.


Saya berfikir "agaknya lah apa yang mereka semua rasa bila buat sesuatu yg macam ni. having fun boys and girls, x jaga adap pergaulan, bulan Ramadhan yg mulia ini, anak muda islam and berpakaian spt TUT". Istighfar, itu sahaja lah yang mampu saya ungkapkan pada masa itu. Mudah-mudahan mereka semua diberi Hidayah oleh Allah SWT dan menjadi insan yang bertakwa (peringatan untuk diri saya dan juga teman2 semua) :


"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya" (Surah Ali-Imran 3:102) 


Semoga, Ramadhan pada kali ini, menjadi madrasah yang terbaik buat diri kita semua. Insyaallah..
Wallahu'alam, sebelum saya berhenti menekan papan kekunci laptop, ingin saya mohon maaf sekiranya penulisan saya ada yang terkurang dan sebagainya. Tegur lah saya, agar saya mampu memperbetulkan kesilapan. Akhir kata, wassalam."

Tuesday, August 9, 2011

TAMPARAN SEORANG PAKCIK TUA

Gambar Hiasan 


Assalamualaikum teman-teman yang dirahmati Allah SWT sekalian. Alhamdulillah, dikesempatan yang ada ini, ingin saya berkongsi satu cerita yang terdapat pengajaran didalam cerita ini. Mudah-mudahan bermanfaat buat kita. Cerita tersebut ialah :

"Seorang pemuda yang sudah lama menuntut di luar negara kembali ke Tanah air. Tibanya dirumah, dia meminta ayahnya mencarikan seorang guru agama, ustaz ataupun sesiapa sahaja yang dapat menjawab tiga pertanyaannya. Akhirnya ayah pemuda tersebut mendapatkan seseorang untuk menjawab pertanyaan anaknya tadi.


Pemuda  : Pakcik ni siapa? Bolehkah pakcik menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?


Pakcik    : Pakcik hamba Allah dan dengan izin-Nya pakcik akan cuba menjawab pertanyaan anak muda.


Pemuda  : Pakcik yakin? Sedangkan sudah beberapa orang saya tanya tapi tidak mampu menjawab persoalan saya ini.


Pakcik    : Insyaallah pakcik akan cuba sedaya yang mampu.


Pemuda   : Saya ada tiga pertanyaan iaitu :

1. Sekiranya Tuhan itu ada, tunjukkan kepada saya yang Tuhan itu wujud,

2. Apa yang dinamakan takdir, dan

3. Sekiranya syaitan diciptakan dari api, kenapa dimasukkan ke neraka yang diperbuat daripada api, tentu tidak menyakitkan syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak berfikir?

Tiba-tiba, pakcik itu menampar pipi anak muda tadi dengan keras "taaappp"

Pemuda  : "aduh". Kenapa pakcik marah saya? (sambil mengusap pipinya yang sakit)

Pakcik    : Pakcik tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan pakcik atas tiga pertanyaan yang anak ajukan pada pakcik.

Pemuda   : Macam mana pula?

Pakcik     : Bagaimana rasanya tamparan pakcik?

Pemuda   : Tentu sakit.

Pakcik     : Jadi anak percaya sakit itu ada?

Pemuda    : Sudah tentu!!

Pakcik      : Tunjukkan pakcik sakit tu?

Pemuda    : Tentu tidak boleh.

Pakcik     : Itulah jawapan soalan pertama. Kita semua rasa kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat kewujudan-Nya.

Pakcik     : Anak muda, apakah malam tadi saudara bermimpi ditampar oleh pakcik hari ini?

Pemuda   : Tidak!!

Pakcik     : Anak pernah terfikir akan menerima tamparan daripada pakcik hari ini?

Pemuda    : Tidak!!

Pakcik      : Nah, itu lah yang dinamakan takdir. Sesungguhnya takdir ini berlaku tanpa kita ketahui mahupun duga. Anak muda, pakcik nak tanya lagi. Tangan yang pakcik guna menampar kamu dibuat daripada apa?

Pemuda    : Tentu lah kulit.

Pakcik      : Pipi anak muda dibuat daripada apa?

Pemuda    : Kulit.

Pakcik      : Bagaimana rasanya tamparan pakcik?

Pemuda    : Sakit.

Pakcik      : Nah, walaupun syaitan itu dijadikan daripada api dan neraka juga dibuat daripada api, sekiranya Allah SWT menghendaki, maka neraka menjadi tempat yang menyakitkan bagi syaitan. Semua ini pasti akan berlaku dengan keizinan-Nya.

Selepas selesai menjawab kesemua soalan anak muda tersebut, si pakcik memberi salam dan meminta izin untuk pulang. Tinggal lah anak muda tadi berseorangan dan masih terpinga-pinga. Alhamdulillah, selesai lah sudah cerita yang saya nak kongsikan. Mudah-mudahan kita dapat mengambil iktibar dan juga pengajaran daripada cerita ini, insyaallah. Wallahu'alam semoga bertemu lagi lepas ini.


Friday, August 5, 2011

MASIH ADA WAKTU

Salam semua teman-teman yang sudi lalu mahupun singgah di BLOG 360 darjah ini.

Alhamdulillah, di pagi jumaat yang penuh dengan rahmat ini semoga sahabat-sahabat terus menerus bersyukur dengan setiap hembusan nafas yang kita hembuskan. Saya yakin, peringatan seperti ini sudah banyak kali di baca mahupun di dengar di mana-mana laman web @ blog yang berbentuk islami. Hakikatnya teman-teman, "ingat-memperingati" merupakan elemen terpenting dalam kehidupan kita. Sebagai manusia, sudah pasti kita akan buat silap dan sering terlupa. Ditambah pula dengan masa sekarang kita disajikan dengan pelbagai jenis elemen yang merosak tangan, mata dan juga HATI kita.

Jika elemen negatif ini dibiarkan sahaja tanpa ada peringatan (elemen positif) sudah pasti kita tidak akan beriman dengan Allah SWT. Baik lah, saya terus sahaja kepada point yang ingin saya sampaikan:
Tajuk lagu @ video ini ialah "Masih ada waktu"

Ya, ayuh kita bercerita akan waktu yang masih ada ini. Saat waktu kita masih lagi diberi kesempatan untuk hidup. Saya ringkaskan lagi, teman-teman semua ayuh kita manfaatkan masa yang kita ada ini dengan menyiapkan bekalan untuk di bawah menghadap Allah SWT kelak. Sebagai seorang anak muda, saya juga ingin ENJOY, FUN, SOSIAL dan berkelakuan seperti anak muda yang lain. Akan tetapi hakikat hidup ini bukan untuk itu sahaja. Hidup kita di dunia ini hanya lah sementara dan sebagai tempat untuk kita mengumpul bekalan sebagai bonus kita di akhirat kelak (kekal abadi).

Apa lah nilai hidup kita ini teman-teman, apabila kita balik bertemu Allah SWT dengan tangan yang kosong? Sedangkan kita sudah diberi nikmat yang begitu banyak. Teringat nasihat yang disampaikan oleh sahabat saya : "Sahabat-sahabat semua, apa lah nilai kita ini kalau hanya hebat di atas padang futsal (skill, speed, gol), sedangkan amal ibadah kita tidak hebat dihadapan Allah". Bukan pujian dari manusia yang kita ingin kan, tetapi syurga Allah, ya syurga Allah. Sudah pasti kita semua menginginkannya bukan? (Tepuk dada tanya iman kita)

Selagi masih ada waktu, manfaatkan lah ia teman-teman semua. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok mahupun sekejap lagi? Persiapkalah diri kita (PERINGATAN UNTUK TUAN BLOG KHUSUSNYA) agar ada sesuatu yang kita bawa berjumpa Allah SWT.

Akhir penaipan saya, saya mohon maaf sekirannya artikel saya ini tidak lah sehebat artikel LANGIT ILAHI.COM. Yang mana kurang, mohon ditambah dan yang mana silap saya mohon maaf. Wallahu'alam, sehingga bertemu lagi. Wassalam...

Thursday, August 4, 2011

PASTI ADA PELUANG!!!


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah sekali lagi ayuh teman-teman yang dirahmati Allah SWT sekalian untuk tidak jemu-jemu mengucap rasa syukur akan segala nikmat yang ada disekeliling kita ini. Subhanaullah, pasti tidak terhitung dengan jari mahupun mesin kira akan segala bentuk nikmat yang telah kita perolehi selama mana kita masih diberi nyawa.

Dengan penuh rendah hati, ingin saya berkongsi satu artikel yang ringkas dan mudah-mudahan bermanfaat kepada teman-teman semua. Dengan izin Allah SWT, saya terbaca satu buku yang membawa khabar gembira dan juga peringatan pada kita semua, insyaallah. Dalam kita mengharungi perjalanan hidup, ya sudah pasti kita akan melakukan kesilapan. Kecil mahupun besar, itu diri kita dan Allah SWT sahaja lah yang tahu. 

Baik, saya cuba simpulkan seringkas yang mungkin. Apa kaitan kesilapan masa lalu kita dengan tajuk artikel saya pada hari ini? Ya tepat, setiap hambaNya yang melakukan kesilapan pasti Allah akan beri peluang keampunan kepada nya. Rasulullah SAW pernah bersabda : "Jika seorang hamba berbuat dosa dan benar-benar bertaubat kepada Allah SWT. Allah SWT juga menerima setiap kebaikan yang pernah dilakukan nya dan mengampuni setiap dosa yang pernah diperbuat nya. Setiap dosa bererti sebuah darjat di syurga dan Allah berikan atas setiap kebaikannya sebuah istana di syurga. Allah SWT juga akan menikahkannya dengan bidadari " 

Tidak cukup dengan itu, Rasulullah SAW bersabda lagi : "Allah mewahyukan kepada Daud a.s - "Wahai Daud, berikan lah khabar gembira kepada para pendosa dan sampaikan lah peringatan kepada kaum shiddiqin (para pembenar) !" Pada ketika ini,Nabi Daud kehairanan lalu bertanya ," Wahai Tuhan, bagaimana aku akan memberikan khabar gembira kepada para pendosa dan peringatan kepada kaum shiddiqin?"
 
Lalu Allah SWT berfirman, " Wahai Daud, berikan lah khabar gembira kepada kaum pendosa bahwa tidak ada dosa yang tidak kuampuni dan sampaikan lah peringatan kepada kaum shiddiqin agar tidak merasa bangga dengan amal mereka. Bila aku (Allah SWT) menghukum seseorang ia pasti binasa. Wahai Daud, jika engkau mengakui cinta kepada-Ku, keluarkan lah cinta kepada dunia dari dalam hatimu. Cinta kepada - Ku dan cinta dunia tidak mungkin berkumpul dalam satu hati. Wahai Daud, barang siapa mencintai-Ku nescaya dia bertahajud di hadapan-Ku ketika orang lain tidur, berzikir kepada-Ku dalam kesunyian kala orang lalai, serta bersyukur atas nikmat-Ku saat orang lain alpa."

Teman-teman yang dikasihi Allah sekalian, semoga kita sentiasa muhasabah akan perjalanan hidup kita. Semoga kita menginsafi kesilapan lalu kita dengan sebenar-benar keinsafan dan ingin mencintai Allah SWT sepenuh jiwa raga kita  (PERINGATAN UNTUK TUAN BLOG KHUSUSNYA). Rebut lah peluang yang telah Allah sediakan pada kita ini. Setakat ini sahaja lah dahulu artikel saya, mudah-mudahan bermanfaat buat kita semua. Yang mana kurang, saya mohon maaf dan ampun daripada Allah SWT. Wallahu'alam "Selamat menyambut Bulan Ramadhan" wassalam.

Followers