Tuesday, March 13, 2012

Thursday, December 1, 2011

Antara Hadiah Yang Terbaik....


Assalamualaikum rakan-rakan pembaca sekalian.

Alhamdulillah, sekali lagi tanpa henti dan rasa jemu saya mengajak rakan-rakan bersyukur dengan apa yang kita miliki pada hari ini. "Apa sebenarnya yang telah kita miliki?" Jawapannya ialah : -

 Telinga
Mata
Tangan
Kaki
Ada lubang hidung 
("Aik, apa kaitan lubang hidung? kalau lah kita tidak ada lubang hidung, sudah tentu kita mengalami kesukaran untuk bernafas! Betul tidak?")
Dan bermacam lagi bentuk nikmat (Sedar @ Tidak)

Baik, kalau dilihat secara realitinya, sudah banyak artikel atau ceramah-ceramah di luar sana melaungkan kalimat "agar bersyukur ke atas nikmat yang telah Allah SWT berikan kepada kita.". Persoalannya rakan-rakan yang dirahmati Allah sekalian, kita laksanakan atau tidak? Kalau beribu kali pun kita mendengar atau membaca artikel menyuruh untuk kita bersyukur, tetapi tidak juga melaksanankan rasa syukur ------ maka tidak ada apa-apa. Bab kata Cikgu saya dulu "eee kamu ini! cikgu nasihat berjuta-juta kali tidak juga insaf! macam daun keladi betul! kita siram air pun, air tak lekat-lekat!" (Fikir-fikir kan lah rakan-rakan sekalian <Boys and Girls>.

Aik!!! "macam lari tajuk je?" "apa kaitan ANTARA HADIAH yang TERBAIK dengan nikmat-nikmat ni?". Rakan-rakan yang dirahmati Allah sekalin, antara hadiah terbaik yang pernah kita dapat sebelum ini atau hari ini, bukanlah sebentuk cincin berlian mahupun kereta FERRARI. Akan tetapi, -------- "cup cup, kalau orang bagi apa salahnya. Ambil je la kan?" (kidding). --------- Akan tetapi, hadiah terbaik yang kita dapat ialah, nikmat-nikmat Allah SWT yang ada pada diri kita. Belum ada  satu kedai pun yang mampu menjual tangan atau mata betul-betul sebiji seperti yang kita miliki sekarang. Kalau ada pun, ianya palsu semata-mata dan tidak sama penciptaannya. Itu lah Allah SWT, begitu besar kuasa-Nya dan sesungguhnya Allah itu lebih Maha Mengetahui.

Sehubungan dengan itu, saya mengajak sekali lagi untuk kita merasa syukur dengan apa yang telah kita miliki ini. Hakikatnya, ada juga hamba Allah yang lain kurang salah satu seperti nikmat yang saya senaraikan       di atas. Maka kita yang cukup ini, harus lebih bersyukur lagi, kerana pakej hadiah yang kita miliki FULL ACCESSORY (perumpamaan). Renung-renungkan lah, dan selamat beramal. Saya owner 360 darjah memohon maaf kalau ada ayat-ayat kurang menyenangkan rakan-rakan dan mohon ditegur kalau ada kesilapan ilmu atau fakta. Yang baik datang daripada Allah SWT, dan yang kurang itu datang dari diri saya sendiri.  Wallahu'alam, sehingga menulis lagi dilain waktu. Wassalam. 

Wednesday, November 30, 2011

Updating....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan ruang untuk menulis. Rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT atas segala bentuk nikmat yang telah diberikan.


Dengan kesempatan yang ada ini, izinkan saya bentangkan satu tajuk yang mudah dan biasa kita dengar. "UPDATE" atau terjemahannya ialah kemaskini. Apa kaitan update dengan artikel 360 pada hari ini?

Mudah sahaja, apa yang cuba saya sampaikan ialah berkenaan dengan keimanan diri kita. "Apa pula kaitan iman dengan update-update ni?". Baik, rakan-rakan penulis atau pembaca yang saya hormati sekalian, perkataan update ini biasa kita dengar apabila rakan sekampus atau sebilik kita kata "weh, aku baru sat tadi update antivirus laptop aku!". Atau pun seperti ini "aku baru update status facebook aku". Dan sudah tentu bermacam-macam bentuk update lagi yang sibuk kita lakukan pada hari ini.

Berbalik kepada keimanan tadi. Persoalan utama yang ingin saya lontarkan ialah berkenaan dengan status keimanan kita. Saya faham, di zaman yang canggih dan moden ini kita sibuk dengan update status 'FACEBOOK' tanpa memikirkan tahap keimanan atau nilai-nilai kerohanian dalam diri kita. ------- Ok-ok, mungkin saya terlalu hiperbola sangat sekiranya melabelkan diri rakan-rakan atau diri saya tidak pernah memikirkan untuk update keimanan kita. Saya yakin dan percaya, ada! Akan tetapi tidak lah sekerap update status facebook dan juga andaian-andaian yang seumpama dengannya. Wallahu'alam.

Sebagai anak muda, tidak salah untuk update apa sahaja yang berkenaan dengan kehidupan kita. Akan tetapi, peringatan untuk rakan-rakan dan juga DIRI saya sendiri, jangan lupa UPDATE keimanan kita. Keimanan ini lah menjadi tunjang utama dalam kita membawa diri menghadap sang pencipta Allah SWT. Seperti kata rakan saya "bebas-bebas juga, tapi jangan sampai terbabas!". Persoalannya, bebas yang macam mana?  Adakah bebas mengikut syarak atau tidak mengikut syarak? Rakan-rakan fikir-fikirkan lah bersama.

Akhir penulisan, artikel ini khusus buat diri sendiri dan juga rakan-rakan yang dikasihi Allah SWT sekalian. Saya owner 360 darjah memohon maaf sekiranya saya tersilap tulis ayat atau terdapat kekurangan dalam artikel saya kali ini. Yang mana baik, datang daripada Allah SWT dan yang kurang itu datang dari diri saya sendiri. Akhir kata jangan lupa UPDATING OUR Iman!. Nampak nak tulis mudah, akan tetapi nak laksanankan perlukan kesungguhan dan tawakkal yang tinggi kepada-Nya. Mudah-mudahan kita semua mendapat hidayah daripada Allah SWT, amin... 

Followers