Friday, February 25, 2011

CINTA PADA SI DIA?

Salam ukhwah pada teman-teman sekalian. Apa khabar anda pada hari ini? Semoga terus bersemangat dalam melaksanakan amanah Allah pada kita semua..Amin.. Alhamdulillah, semalam merupakan pilihan raya bagi Kolej Teknologi Darulnaim, dan calon yang menang sudah pun diketahui. Cuma apa yang boleh yang saya simpulkan ialah, tidak kira siapa yang menang atau kalah, mari kita bersama-sama dalam mendokong cita-cita Kolej Antarabangsa Teknologi Darulnaim untuk menajdi sebuah IPT contoh pada IPT yang lain. Tidak lupa juga untuk melaksanakan kerja-kerja yang paling penting iaitu D&T.

Teman-teman yang dirahmati sekalian, pilihan raya itu tadi hanya lah sekadar selingan semata-mata. Apa yang cuba saya sampaikan pada hari ini ialah berkenaan cinta kita pada si dia. Siapa kah si dia itu? Si dia ialah............ Beberapa hari yang lepas, saya telah memasuki ruangan blog Oh Teman. Blog ini dimiliki oleh seorang sahabat saya, yang telah banyak membimbing dan menyokong sepanjang keberadaan di KTD dari zaman belajar sehinggalah bekerja. Saya sangat tertarik dengan tajuk penulisannya yang berkisar "AKU JUGA MENCINTAIMU".

Ianya berkisar tentang cinta kita kepada Rasulullah s.a.w. Dalam penulisan beliau juga diselitkan satu riwayat hadith yang mana pada ketika itu Rasulullah bertanyakan pada sahabat-sahabatnya "siapakah orang yang MULIA disisi Allah s.w.t?

Sahabat : para malaikat ya Rasulullah. Merekalah yang mulia.
Rasulullah : ya mereka mulia. Mereka dekat dengan Allah, mereka sentiasa bertasbih kepadaNYA. Sudah tentulah mereka mulia, tetapi bukan itu yang aku maksudkan.
* Para sahabat kembali terdiam dan tiba2 ada seorang sahabat yang berkata.
Sahabat : Ya Rasulullah, tentulah para nabi. Merekalah yang mulia.
Rasulullah : tersenyum dan berkata, ya para nabi itu mulia. Mereka adalah utusan Allah di muka bumi ini. lalu baginda berkata, bukan itu yang aku maksudkan.
* Para sahabat kembali terdiam. Siapa lagi yang mulia. lalu ada seorang sahabat yang berkata.
Sahabat : kami ini sahabatmu ya Rasulullah, adakah kami ini yang mulia?
* Rasulullah pun memandang ke wajah setiap sahabatnya yang ada bersama satu persatu lalu tersenyum dengan mereka.
Rasulullah : Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku dan membantu perjuanganku. Bagaimana mungkin kalian ini tidak mulia. Tentulah kalian mulia, tapi...ada lagi yang mulia dari kalian.
* Para sahabat kembali lagi terdiam. Mereka tidak lagi mampu untuk berkata apa-apa. Rasulullah tiba-tiba tunduk dan menangis dihadapan para sahabatnya.
Rasulullah : tahukah kalian siapakah yang mulia itu? mereka adalah manusia yang begitu mencintai Allah selepas ketiadaanku. Mereka tidak pernah melihat wajahku dan mereka tidak pernah dekat denganku seperti kalian. Tapi mereka begitu rindu kepadaku dan ketahuilah sahabatku, aku pun rindu kepada mereka.


Sub'hanaullah,saya sangat tersentuh dengan kisah ini. Kalau kita lihat manusia pada hari ini mula dipalingkan cintanya kepada bermacam jenis cinta. Ada yang cintakan harta, cinta duit, cintakan kereta dan yang tidak boleh tahan cinta pada teman wanita mereka lebih daripada cinta kepada Rasulullah s.a.w. Astaghfirullah'alazim, begitu hebat sekali virus-virus jahiliyah memakan cinta kita pada Rasulullah.

Mudah-mudahan cinta kita pada Rasulullah s.a.w yang masih ada ini, kita jaga lah ia dan pastikan ia terus berkembang mekar sehingga akhir hayat kita. Diri saya sendiri juga kadang-kadang hampir tewas dengan cinta-cinta yang lain, akan tetapi berbekalkan tarbiyah, teman-teman baik dan suasana yang soleh sedikit sebanyak membantu saya untuk melawan virus-virus ini. Wallahu'alam, peringatan ini khusus buat diri saya yang sering goyah dan perlu kepada peringatan yang selalu mahupun kerap kali. Mudah-mudahan kita mendapat petunjuk serta hidayah daripada Allah s.w.t, amin..






Sunday, February 20, 2011

PROGRAM i-Like KTD 2011


Apa kahabar teman-teman seperjuangan sekalian yang ada diluar sana? Semoga sihat-sihat dan diberi kekuatan dalam menyempurnakan tugasan masing-masing pada hari ini, insyaallah. Alhamdulillah hujung minggu saya pada kali ini diisi dengan satu program yang cukup-cukup bermanfaat dan seronok sekali. "Program i-Like" merupakan satu program yang santai dan dalam masa yang sama diisi dengan pelbagai aktiviti menarik. Selain daripada santai, program ini juga menekankan aspek kerohanian yang cukup baik. Seramai 38 orang peserta dan juga fasilitator bergabung tenaga dalam menjayakan program i-Like ini.  

Saya begitu tertarik dengan modul yang terdapat didalam program i-Like ini. Antara modul yang paling saya gemari ialah modul yang menekankan kepada 2 aspek utama yang sering kali berlaku didalam kehidupan kita. Pertama sekali "Sabar", dan yang kedua  tentang "Kesungguhan". 

SABAR - Dalam kehidupan kita, sudah semestinya kita akan diuji dengan pelbagai masalah dan juga ujian hidup. Persoalannya ialah apa yang perlu kita lakukan? Teringat akan kisah Nabi Ayyub a.s yang mana bila dia diuji dengan seluruh harta kekayaannya musnah terbakar. Kedua, dengan izin Allah juga anak-anaknya meninggal dunia, dan ujian yang paling berat sekali bila Nabi Ayyub diserang penyakit Kudis yang teramat lah teruk sehingga digambarkan kulit, isi daging Nabi Ayyub menjadi nipis. 'Subhanaullah'  begitu hebat sekali ujian yang diberikan kepada Nabi Ayyub. Akan tetapi beliau tetap sabar dan terus beriman kepada Allah s.w.t. 'Allahuakbar', kita bagaiman teman-teman? Adakah masalah yang kita hadapi terlalu besar sehinggakan kita tidak mampu untuk bersabar dan tenang dalam menghadapinya. SABAR SABAR SABAR!

KESUNGGUHAN - Dalam kita melaksanakan aktiviti rutin harian kita, perlunya ada kesungguhan yang tinggi. Tanpa kesungguhan, sesuatu kerja yang kita lakukan akan tidak berkualiti dan ala kadar. Hakikatnya, segelintir manusia hanya akan bersungguh apabila sesuatu kerja itu menwarkan ganjaran yang lumayan dan bukan menganggap kerja itu sebagai satu amanah dan juga ibadah kepada Allah s.w.t. 

Manusia... Sering lupa dan leka. Mudah-mudahan program seperti ini mampu memberi sesuatu yang baru pada diri kita. Selain itu juga, apa yang menarik dalam program i-Like ini ialah UKHWAH antara peserta program dan juga fasilitator. Wallahu'alam, ini sahaja yang mampu saya contengkan pada hari ini. Terkurang, Terlebih atas kelemahan diri saya. Mudah-mudahan semua kita terus segar dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada kita.

Thursday, February 17, 2011

SI CANTIK

Salam ukhwah kepada semua teman-teman yang diredhai Allah sekalian. Bagaimana perjalanan aktiviti rutin harian teman-teman sekalian? Semoga ianya berjalan dengan lancar dan penuh dengan kesungguhan dalam melaksanakannya. Pada hari ini, saya lalu disebuah taman yang penuh dengan bunga-bunga hijau, dan ada juga yang berwarna warni. Saya sangat tertarik dan begitu kagum dengan ciptaan Allah s.w.t ini. "Allahuakbar" 

Kemudian, saya cuba kaitkan rupa bunga yang cantik ini pada diri saya sendiri, mungkin juga diri teman-teman sekalian. Persoalan pertama yang timbul ialah " Adakah diri saya ini sama cantik dengan bunga? Cantik dari segi akhlak, jiwa, peribadi dan juga keimanan yang ada pada diri saya." Bila saya cuba bandingkan, keputusan yang saya perolehi ialah masih banyak lagi yang perlu dilakukan. Kadang-kadang kita rasa sudah banyak kebaikan yang kita lakukan, namun sejauh mana pula ianya disisi Allah s.w.t? 

Saya teringat kata-kata seorang pakcik iaitu "anak-anak sekalian, cuba tanyakan didalam diri anda sekalian, adakah semakin hari Allah sayang akan kita ataupun syaitan yang sayang kita? Mari kita sama-sama agar senantiasa UPDATE diri dalam kita mengejar redha Allah s.w.t."  Teman-teman sekalian, sebenarnya kita sudah kerap kali banyak dengar majlis-majlis ilmu, mahupun terbaca artikel-artikel yang menyeru kepada kebaikan, peningkatan iman, hindari perbuatan mungkar dan sebagainya. Namun yang menjadi persoalan utama ialah, sejauh mana pula dari segi perlaksanaannya? Sebagai hamba Allah yang bertakwa, seharusnya percakapan yang dilontarkannya itu selari dengan perbuatannya.
Sebagai manusia, kita sering lupa dan lalai dengan perkara-perkara yang menghalang hubungan kita dengan Allah s.w.t. Maka dengan itu, mari lah kita sama-sama senantiasa periksa akan diri kita setiap hari. Biarlah diri kita dipandang cantik bukan sahaja manusia akan tetapi yang lebih penting ialah pandangan Allah s.w.t kepada kita. Wallahu'alam, semoga kita mampu memperbaiki setiap kelemahan dan kekurangan dalam diri kita.
 

Wednesday, February 16, 2011

SEKADAR BUAT TAPI TIDAK FAHAM



Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t kerana pada hari ini saya masih lagi diberi kesempatan untuk update blog Oh Tidak! Pada hari ini, saya ingin berkongsi satu ucapan yang telah disampaikan oleh ketua eksekutif kolej Teknologi Darulnaim kepada kami semua.

Ucapan beliau berbunyi :
"Kita pada hari ini dalam melaksanakan sesuatu perkara hanya dengan buat sahaja dan tidak ada kepada penghayatan. saya mengambil contoh pelajar yang menjawab soalan pendidikan islam dan boleh A. Akan tetapi pelajar tadi tidak menghayati pun akan islam yang sebenar. Atau misal kata guru yang ingin mengajar anak-anak muridnya agar jauhi perkara-perkara mungkar, sedangkan dia tengah buat perkara-perkara mungkar. Bagaimana mesej nak sampai kalau lagu tu? Sebagai umat manusia yang mengucap dua kalimah syahadah seharusnya menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kebaikan dan kemungkaran tidak boleh dilaksanakan seiring. Ianya serupa kita mengambil ajaran islam separuh sahaja. Sekiranya kita berhajat kepada kebaikan maka ambil lah islam sepenuhnya dalam segala aspek."

Bagaimana sahabat-sahabat sekalian? Dimana kah tahap diri kita pada masa ini? Saya yakin sahabat-sahabat mempunyai jawapan sendiri didalam hati. Apa yang harus kita lakukan ialah jangan pernah berhenti daripada melamar redha Allah s.w.t. Walaubagaimana sekalipun keadaan kita, teruskan berjuang dan sabar dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran ini.

Wallahu'alam, semoga kita diberikan pintu hidayahNya dan sering berada dalam keadaan yang segar dengan keimanan. 
 

Tuesday, February 8, 2011

BAJU ANDA YANG MANA?

Assalamualaikum pada teman-teman semua. Moga-moga pada hari ini kita berada didalam keceriaan dan diri kita masih lagi tidak pernah berhenti daripada diUPDATE agar menjadi yang lebih baik. Alhamdulillah, hari ini sekali lagi saya akan berkongsikan satu tajuk didalam Oh Tidak!

Baiklah teman-teman sekalian, pada hari ini kita telah diserang satu fenomena yang dipanggil jersi bola kegemaran. Ya, jersi bola kelab-kelab hebat seperti Manchester United, Chealsea, Barcelona, Real Madrid dan macam-macam lagi. Antara golongan penggemar akan baju-baju ini adalah anak muda yang minat akan dunia bola sepak. 



Kenapa isu jersi bola sepak pula yang ingin saya sentuh? Baiklah,  segelintir anak muda kita pada hari ini terlalu khusyuk dan mengagung-agungkan baju diatas. Akan tetapi bagaimana pula baju-baju yang membawa mesej-mesej islam? Adakah juga ia diagung-agungkan seperti jersi bola diatas? Oh Tidak, ya memang ada akan tetapi pada hakikatnya yang lebih digemari ialah jersi-jersi bola sepak yang mereka gemari.

Pergi kuliah, solat, ronda-ronda area KB Mall, tidur guna jersi bola. Kenapa mereka suka guna? Adakah sebab jersi tersebut bercahaya. Ataupun bila pakai ia akan kelihatan sebagai pemain bintang terkenal eropah Lionel Messi? Ronaldo? Kaka? Drogba? atau apa kah? Apa sahaja alasan anda mesti ada sebabnya. 

Baik, bagaimana pula dengan baju-baju seperti dibawah?




Adakah baju-baju seperti ini amat popular dikalangan kita? Adakah anak-anak mudak sibuk mencari baju-baju seperti ini di pasaraya-pasaraya besar? Kb Mall? Parkson? Pasar Malam? Sudah semestinya ada. Tetapi tidak lah sehebat jersi bola sepak kegemaran anda.

Teman-teman sekalian, sebenarnya kita sudah mula dikikis keislaman kita sedikit demi sedikit. Musuh-musuh islam menggunakan apa sahaja cara, asalkan melihat anak-anak muda yang ada hanya sibuk dengan benda-benda yang tidak berfaedah. Hatta dengan jersi-jersi bola sepak kegemaran kita mampu merubah kita menjadi sama sperti mereka (musuh-musuh islam), yang hanya asyik dengan jersi + bola sepak + sokong yang mana hebat + kenal pemain bintang bola = baju islam tidak popular + tokoh-tokoh islam tidak kenal + kisah sahabat-sahabat Rasulullah out = Jahil tentang sejarah dan tokoh islam.

Teman-teman sekalian, walaupun kita penggemar baju apa sekalipun, kenal akan tokoh-tokoh bola sepak akan tetapi seimbangkan lah ia dengan mengenal sejarah-sejarah perjuangan Rasulullah dan juga tokoh-tokoh islam terdahulu sehingga ke hari ini. Kalau tahu lebih lagi tentang sirah  Rasulullah dari bola, lagi bagus dan sangat bagus. 

Akhir kalam, sekiranya diri saya terlalu banyak mencarut mohon dimaafkan. Begitu juga teman-teman yang terasa atau kurang senang dengan coretan saya pada hari ini, juga mohon dimaafkan. Lain dan tidak bukan sekadar peringatan buat diri sendiri. Wallahu'alam..


Sunday, February 6, 2011

BERSOLAT+ BERDOA = ATASI TEKANAN

BERSOLAT
BERDOA

































Alhamdulillah, saya masih lagi diberi peluang untuk menulis satu lagi tajuk yang saya harapkan mampu memberi kesan kepada hati dan juga diri kita. Hari ini saya telah mendapat satu nasihat dari seorang sahabat yang saya kasihi. Nasihat beliau berbunyi seperti ini "menulis blog bukan semata-mata untuk kita lihat followers kita paling ramai, atau menulis blog bukan sekadar nampak cantiknya atau apa-apa sahaja, akan tetapi menulis blog adalah untuk kita menyampaikan mesej yang berguna kepada orang lain."  saya sangat berterima kasih pada sahabat-sahabat yang selalu memperingati diri ini. Semoga sahabat-sahabat saya senantiasa dalam keadaan segar dan bugar dalam kerja-kerja islam.

Hari ini saya terbaca satu artikel yang mana tajuknya berkaitan solat dan juga doa boleh mengatasi masalah tekanan didalam diri kita. Saya cukup tertarik dan terdetik untuk berkongsi dengan teman-teman diluar sana yang sudi melewati ruangan Oh Tidak!.

Baiklah, saya mulakan. Pada hari ini yang serba mencabar kita sering berdepan dengan pelbagai masalah. Maka dengan itu lazimnya kita akan diselubungi tekanan, malah fikiran juga mula menjadi celaru kerana terlalu memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Lalu, dalam meringankan tekanan atau masalah yang dihadapi ada beberapa cara seperti:

  • Bersabar dengan segala yang menimpa. "Wahai anak-anakku, dirikanlah solat, dan suruhlah bebrbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara yang dikehendaki melakukannya."(Luqman: 17)

  • Anggaplah masalah itu sebagai satu ujian, yang akan meningkatkan keimanan dan juga ketabahan. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cabaran)? Dan demi sesungguhnya kami telah menguji orang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang sebenar-benar beriman, dan nyata pula apayang diketahuinya tentang orang yang berdusta." (Al-Ankabuut : 2-3

  • setiap masalah ada hikmahnya, seperti menggugurkan dosa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda : "Tidakkah seorang muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan menggugurkan bersama-sama dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunya." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

  • Ujian adalah tanda Allah mencintai seseorang itu. Rasulullah s.a.w bersabda "sesiapa dikehendaki Allah baginya kebaikan, akan diberikan cubaan kepadanya." (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Teman-teman sekalian, menyedari kehidupan tidak lari dari masalah, maka mari kita sama-sama meringankan ia dengan kita solat dan bermunajat pada Allah agar kita diberikan kekuatan dalam menghadapinya. Wallahu"alam ini sahaja yang mampu saya kongsikan bersama pada hari ini. Tulisan ini khusus peringatan buat diri sendiri dan juga teman-teman yang diredhai Allah sekalian. Sekali lagi, yang mana silap mohon maaf dan segala kebaikan itu datang dari Allah s.w.t lagi maha besar dan juga maha mengetahui. Semoga dengan penulisan ini mampu memberi sesuatu yang baru buat diri saya dan juga anda. Salam..

Friday, February 4, 2011

GAME GAME GAME


Salam ukhwah pada teman-teman semua.Alhamdulillah, mari sekali lagi kita bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izinnya kita masih lagi diberi ruang untuk bernafas dan melaksanakan aktiviti rutin kita harian.

Alhamdulillah, Insyaallah saya akan kupas sedikit mengenai "Games" yang berlaku dipersekitaran kita pada hari ini. Budaya main game ini sudah sinonim dengan remaja yang bersekolah menengah mahupun mahasiswa di IPT/IPTS. Terlalu banyak sehinggakan anak-anak muda kita terus khusyuk dan leka dengan aktiviti games ini.

Pes 2011, Counter Strike, Star Wars, FIFA, Cabal, Dota dan bermacam lagi jenis game telah bersarang didalam diri anak-anak muda pada hari ini. Apa yang menyedihkan ialah, aktiviti games ini menyebabkan anak-anak muda kita pada hari ini sudah lupa akan solat. Malah ada juga maklumat mengatakan faktor tidak hadir ke kelas adalah disebabkan bermain game 24jam.

Adakah anak muda seperti ini yang kita inginkan? Ataupun adakah kita ingin menjadi seperti ini? Sebagai insan yang bergelar manusia islam, kita seharusnya bersama-sama mencari jalan penyelesaian dalam membendung masalah ini. Adakah aktiviti seperti ini sia-sia dan haram? Yes Of Course sekiranya kita terlalu khusyuk dan menjadi hamba kepada games sehinggakan kita lupa melaksanakan perintah Allah s.w.t.

Cuba anda berfikir dengan lebih kritis dan kritikal? Selain itu juga, ada sesetengah pelajar yang mengatakan dengan games boleh hilangkan tension? Iya ke? Saya rasa lagi tension ialah. Nak hilangkan tension bukan ini caranya. Caranya ialah satu sahaja, solat. Ditambah pula dengan kita beristighfar serta zikir, insyaallah akan mengurangkan beban didalam diri kita.

Jadi, sebagai remaja yang masih lagi normal dan tidak gila, mari kita bersama-sama mengatasi masalah games ini dan cuba untuk mengawalnya. Jangan biarkan games mengawal kita. Senang cerita mari kita buat satu formula ringkas =

Games 2jam/Akan tetapi solat jangan tinggal!!

Saya yakin anda mempunyai formula yang lebih baik dari saya. Berusahalah menjadi seorang yang mampu melawan segala cabaran yang mendatang. Peringatan buat diri saya sendiri dan juga teman-teman yang diredhai Allah sekalian.Segala kekurangan saya memohon maaf. Wassalam..

Thursday, February 3, 2011

SAHABAT....JANGAN SEDIH!



"yA Allah, kuatkan kan lah tali persahabatan kami dan satukan lah kami dijalan-jalan keredhaan Mu ya Allah"

Alhamdulillah, coretan pada kali ini saya tujukan khusus buat sahabat baik saya yang senantiasa bersama saya disetiap saat saya berduka. Kami ibarat adik beradik yang rapat. Hampir semua perkara kami lakukan adalah bersama. Sekolah, Kampung, Sukan, Unit beruniform, Hobi dan sampai ke KTD pun masih lagi bersama. Allahuakbar, bila flashback semula, kenangan-kenangan lalu masih segar didalam ingatan.

Sahabat saya ini telah banyak membantu dalam menambah baik segala kelemahan dan juga kekurangan didalam diri ini. Disaat saya melalui saat sukar, dia juga lah orang yang banyak membantu dan memberi pandangan serta nasihat. Subahanaullah segala puji bagi Allah dan syukur kerana dengan izinnya saya mendapat seorang sahabat yang baik.

Sehinggalah pada satu hari kami perlu berpisah diatas 1 sebab, iaitu dalam rangka mencari redha Allah s.w.t. Berjuang dalam memperbaiki kehidupan masyarakat ditanah kelahiran kami. Saya memilih untuk tidak pulang bersamanya, kerana ada sesuatu yang harus dilaksanakan disini dan juga dalam proses memantapkan diri serta menimba seberapa banyak ilmu dunia mahupun akhirat. Saat ini merupakan ujian yang berat buat saya dan juga sahabat yang saya kasihi.

Namun, kerja-kerja dakwah harus diteruskan. "Sahabat saya, jangan pernah bersedih! Sesungguhnya Allah senantiasa bersama mu." Itu lah ayat yang mampu saya lontarkan kepadanya. "Sahabatku, ana akan senantiasa mencari ruang untuk meluangkan masa dalam melaksanakan kerja-kerja yang mulia ini. Walaupun kita jauh, namun iringan doaku tetap senantiasa bersama mu."

Teman-teman sekalian, apa yang saya nak anda semua dapat daripada perkongsian pada hari ini ialah, CARI LAH SEORANG SAHABAT YANG MAMPU MENDIDIKMU. YANG SENANTIASA INGATKAN KITA KEPADA ALLAH S.W.T. Jangan memilih teman atau sahabat yang membawa kita jauh dari jalan-jalan Allah s.w.t.

Akhir kalam, mari kita sama-sama memilih kepada jalan-jalan kebenaran dan saya juga mengajak untuk kita senantiasa UPDATE iman dan juga diri kita pada setiap masa. Wallahu"alam sesungguhnya Allah itu lagi maha mengetahui dan maha besar. Wassalam...

Wednesday, February 2, 2011

MR J SUDAH BERUBAH.

 
 
 Alhamdulillah, hari ini aku terinspirasi dengan kisah seorang sahabat aku, bagaimana dia boleh menjadi seorang yang baru dan lebih baik dari dulu. Ish-ish, bukan senang nak dapat cerita macam ni, kalau filem iya kot. Tapi ini sesuatu yang nyata, dan sudah tentu kita boleh jadikan iktibar. Biar aku mulakan kisah beliau secara sinopsis je lah noh, kang kalau nak full cerita tak muat ruangan blog aku ni.

Baik, Nama beliau ialah MR J, aku gelar dia macam tu la, tak boleh nak bagitau betul-betul, kang kontroversi plak ok. Beliau merupakan anak jati diri sabah yang tinggal disebuah pekan kecil yang diberi nama "Bandaraya bersejarah KUNAK" yang terletak diantara Tawau dan juga Lahad Datu. Nah, kalau ada sapa-sapa yang nak pi sini, boleh hubungi aku terus, kita adjust molek. Teruskan lagi, MR J ni dulunya terkenal dengan keaktifannya berprogram, berjiwa pemimpin, berkaliber dan bercita-cita menjadi seorang Y.B (Yang Amat Berhormat)

Walaupun MR J ni berjiwa pemimpin, akan tetapi sifat nakalnya, barannya, samsengnya, playboynya dan macam-macam lagi lah sangat-sangat terkenal dikalangan para pelajar mahupun guru. Kalau bukan sebab dia ni banyak bagi sumbangan kat sekolah, rasanya lama dah dia ni kena buang. Haha, macam-macam MR J ni. Mr Bean betul lah. Sambung plak, dia juga dahulunya tidak berapa kenal akan ISLAM yang sebenar, senang cerita ISLAM campur-campur lah, ala macam "Gadoh-gadoh" sejenis makanan orang jawa. Dia juga kata, kat tempat dia tu, kalau dah boleh jaga solat 5 waktu sehari semalam, confirm lah awek suka, Ustaz la katakan, hahaha ada juga macam tu.

Sambung lagi, pendek dan panjangnya cerita ni, dia dulu seorang yang "JAHIL". So, bagaimana pula dia boleh menjadi seorang yang baru dan lebih baik dari yang lepas-lepas. Nah, dia cerita lagi, "Allah izin, pada satu hari ada seorang pakcik ni yang digelar sebagai Brother Azman telah mengajaknya masuk ke salah sebuah IPTS yang nak kata dikenali, tak la juga. Ermm boleh lah. Pada mulanya MR J ni agak keberatan, iya lah takut tak boleh jadi HERO kat tempat lain. Lagipula kat pekan dia ni, kiranya dia yang paling HERO lah.

Gedebak-gedebuk, maka dipendekkan dia pun datang mengaji di Kolej tersebut. What happen ialah, bilamana beliau duduk di Kolej ni, sesuatu yang baru baginya. Apa yang dia lakukan selama ini di Pekan lamanya, adalah bercanggah sama sekali di Kolej ini. Para pelajar, Tenaga pengajar, dan seluruh kakitangan Kolej ini membawa satu mesej yang lain. Satu mesej yang belum ada dan sangat asing baginya. "Jaga Iman, Tarbiyah, Akhlak kena jaga, sahsiah sebagai seorang muslim kena jaga, dan pelbagai nasihat yang sering berlegar disekitar penghidupannya sepanjang berada di Kolej tersebut".

Maka dengan itu, selepas berhempas pulas belajar dan mengikuti segala bentuk program yang tersedia untuknya, lahir lah seorang MR J yang baru. Well, semua ini tidak akan dapat sekiranya Allah tidak susun beliau datang ke Kolej ini. Kita selalu dengar bahawa Hidayah itu milik Allah, nah jelas lah bahawa, Allah akan beri kepada sesiapa sahaja yang mengkehendaki kebaikan. Beliau juga bagitau aku, biar macam mana banyak nasihat, ceramah atau bentuk-bentuk majlis ilmu yang kita ikuti, tetapi HATI masih tak nak kepada cintaNYA, maka tidak akan dapatlah seperti apa yang dia dapat pada masa kini. "Ingat hanya diri sendiri sahaja yang mampu mengubah nasib, cara hidup dan jalan yang kita ingin pilih", itu lah ayat yang bagi aku sangat-sangat ..........apa ya? Tapi pendek kata, satu ayat yang power lah senang cerita.

Ish-ish, aku lah..Kagum dengan sahabat ni. Tu lah teman-teman sekalian, selagi kita masih diberi ruang untuk bernafas dimuka bumi Allah s.w.t ni, mari lah kita sama-sama berusaha mengubah diri kita. Aku ni pun bukan lah hebat sangat, atau nak dikata Ustaz ke, tapi sebagai hamba Allah s.w.t yang sedar akan tanggungjawab yang beri, maka kita kena laksanakan sehabis baik. Iya lah, kadang-kadang ada masa kita berada dipuncak yang baik, dan ada masa juga kita berada dibawah puncak yang kurang baik.Well semua itu cabaran, jadi kena berani dan tabah menghadapinya ok. Wahhh, panjang dah ni..Cukup dulu lah share untuk kali ini, nanti ada masa aku share lagi.

"Moga-moga kisah sahabat tadi boleh kita jadikan sebagai teladan dan ispirasi kita semua"
Eh eh eh, jap-jap.. Lupa nak bagitau nama Kolej tempat MR J belajar. Kolej Teknologi Darulnaim, Jalan padang golf, Pengkalan Chepa Kelantan Darulnaim. Bagi adik-adik yang lepas SPM tu tak sambung pegi mana-mana lagi, Mai lah datang ke Kolej ini untuk merasai sesuatu yang baru dan luar biasa hasilnya.

KTD KE YANG SALAH?

 Salam ukhwah kepada semua teman-teman diluar sana yang sudi memasuki ruangan Oh Tidak! Alhamdulillah, saya mengajak diri dan juga teman-teman untuk beristighfar akan segala aktiviti yang merosakkan iman dan juga pahala kita pada hari ini. Baik, insyaallah pada hari ini saya akan menceritakan kisah realiti ditempat saya belajar dan juga bekerja sekarang.

Kolej Teknologi Darulnaim, itulah nama keramat bagi diri saya. Why? Disini lah saya menemui kehidupan yang baru dan juga erti kehidupan yang sebenar. Di Kolej Teknologi Darulnaim selalu menerapkan aspek kerohanian yang tinggi dikalangan pelajar. Selain itu juga, disini banyak menyediakan program-program yang mengisi hati dan juga jiwa kita. Malangnya, apa yang berlaku ialah masih ada pelajar-pelajar yang tidak mahu kepada tawaran-tawaran pahala. 

Bukan nak kata diri ini baik sangat, well ada juga kelemahan. Akan tetapi mari lah datang program sekali sekala. Jangan duk asyik buat program sendiri. Kalau program sendiri tu boleh memanfaatkan diri, it"s ok lah. But, dah lah tak nak datang, cakap pula bukan-bukan pasal KTD. Teman-teman sekalian yang kenal akan KTD, dan terutamanya yang duduk di KTD, jangan kita menjadi salah seorang yang menconteng arang di KTD. Dah kalau kita tidak support, duduk diam sudah. Just fokus on you study and finish it. 

Di KTD lah banyak mengajar saya akan realiti kehidupan sebenar dan mula kenal akan islam yang sebenar. Bagi saya, mana-mana pelajar yang masih kelihatan buntu, serabut, tak nak support, memburuk-burukkan KTD dan macam-macam lagi, sebenarnya yang bermasalah ialah diri mereka sendiri. Bukannya KTD yang bermasalah. Maka dengan itu saya mengajak teman-teman untuk positif terhadap KTD. Mudah-mudahan dengan positfinya kita Allah beri kita sesuatu yang baru. 

Wallahua"lam, yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang lemah itu datang dari diri saya. Semoga kita menjadi sebahagian keluarga KTD yang cemerlang, gemilang dari segala aspek. Mari kita bangun dan pakat-pakat tolong KTD untuk menjadi satu Institusi yang hebat,gemilang dan TERBILANG!

DETIK MANIS


Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah banyak memberi nikmat kepada kita. Antara nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan juga Islam. Pada 28 dan juga 29hb Jan 2011 saya telah mengikuti satu program pemantapan sahsiah Sekolah Menengah Agama Kampung Laut Terengganu di Taman Pertanian Sekayu. Subahanaullah, begitu indah sekali tempat program yang kami tujui. Saya begitu tertarik dan teruja akan tempat tersebut.

 



























Selain itu, pengisian program pula lebih menjurus kepada melatih adik-adik muda menjadi seorang pemimpin muslim yang soleh. Para cikgu, Fasilitator dan juga urusetia bukan calang-calang orangnya. Saya mengambil peluang yang ada untuk meminta pandangan dan juga berkongsi pengalaman antara cikgu-cikgu dan juga para fasilitator. Program ini juga banyak memberi pengisian didalan HATI kita. "Ya Allah, saya bersyukur kepadaMu kerana memilih saya untuk berada didalam program ini." Perasaan ini lah yang dapat saya gambarkan pada masa itu.















 Program seperti ini juga mampu melahirkan insan yang cemerlang dan juga mempunyai keperibadian yang baik. Bukan itu sahaja, aspek rohani juga diterapkan didalam program ini. Dengan aspek rohani itu tadi maka lengkap lah ciri-ciri pemimpin muslim yang soleh. Akhir kalam, semoga sahabat-sahabat yang ada diluar sana mengikuti program-program seperti ini dalam rangka meningkatkan keimanan kita kepada Allah s.w.t. Jangan asyik ikut program-program yang melalaikan dan juga hati tidak terisi dengan makanan-makanan yang tarbawi.

Followers