Monday, April 25, 2011

BESAR MAKNANYA HIDUP DI KTD


Alhamdulillah.... Bisa mencoret lagi pada hari ini.

Salam teman-teman sekalian, bagaimana anda pada hari ini? Moga-moga semuanya baik-baik sahaja, dan seperti biasa terus segar dalam melaksanakan tugasan atau tanggungjawab yang diberikan.

Hanya sedikit perkongsian pada hari ini untuk ratapan teman-teman semua. Mudah-mudahan bisa improve iman kita, insyaallah.  

Jadi saya sambung.... Pada hari ini saya berkunjung disebuah kedai makan "orang kita" yang terletak di Taman Kurnia Jaya Pengkelan Chepa Kelantan. Seperti biasa, duduk.. "Kak saya mau order" ayat biasa yang anda semua guna.

Kebetulan, disebelah meja saya ada beberapa orang anak muda yang lebih kurang sebaya dengan saya. Begitu asyik mereka bersembang dan bergelak ketawa. Ada beberapa orang diantara mereka tidak menutup aurat dengan sempurna, dan bermacam-macam gaya lagi ditonjolkan. "hee hua haa huu" lebih kurang macam tu lah perbualan mereka.

Habis sahaja mereka semua minum, mereka pun blah.. (Astaghfirullah) mereka pun beredar balik. Apa lagi,saya pun tutup akaun la. "Kak kira"

(Kakak) Tengok la tu dik, semua mereka itu bakal pendidik adik-adik masa akan datang, tapi perangai macam tu pula. Tidak sama dengan pelajar KTD, masih sopan lagi.

(Ter.... apa ya) Saya hanya senyum mendengar kakak tu bercerita. Bukan lah nak merasa bangga, namun rasa bersyukur dapa duduk di KTD. Ya betul, ada juga dikalangan pelajar KTD yang kurang elok, namun semua itu perlukan masa dan juga bimbingan. Begitu juga lah sekumpulan anak muda yang saya ceritakan tadi. Semoga mereka juga akan diberi hidayah dan menjadi pendidik yang hebat.

(Pesanan khas) Kepada adik-adik lepasan SPM MATRI, SMAKL dan SMIK semoga adik-adik menjadi seorang yang hebat walau dimana jua adik-adik berada. KTD mungkin bukan pilihan pertama, namun doa-doa adik saya sangat perlukan agar adik-adik sabah yang akan datang ke KTD menjadi hebat seperti anda semua yang sudah ada asas menjadi seorang da'i. Saya bukan lah pelajar MATRI, mahupun SMAKL apatah lagi SMIK, namun saya sudah beberapa kali menjejaki sekolah-sekolah ini, adik-adik pelajar semuanya berwajah bersih dan baik. Semoga kita semua, senantiasa berada disatu landasan yang sama, iaitu melaksanakan kerja-kerja D&T.

Wahh, mintak maaf pada teman-teman semua, saya agak melencong sikit. Wallahu'alam, mana yang baik itu datang daripada Allah s.w.t dan yang kurang itu datangnya dari diri saya sendiri. wassalam... 

Friday, April 22, 2011

BERCAKAP



Salam ukhwah pada teman-teman sekalian...

Alhamdulillah, sekali lagi saya bersyukur kerana masih diberi ruang untuk mencoret lagi pada hari ini. Semoga kita semua senantiasa ceria dan segar dalam melaksanakan kerja-kerja yang diberikan.

(Sekadar renungan) "Ingatlah keimanan dan keislaman bagaikan tanaman. Apabila dipelihara dengan baik, tanaman tumbuh dengan baik. Sebaliknya apabila ia dibiarkan, tanaman akan layu dan lama kelamaan akan mati" - Tepuk dahi tanya iman kita.

Baiklah, hari ini perkongsian yang saya ingin bentangkan ialah tentang "Hiasi percakapan kita".

Teman-teman sekalian, dalam kita berbicara itu mudah, akan tetapi dalam melaksanakannya amatlah berat. Kalau teman-teman perasan, remaja pada hari ini suka mengeluarkan kata-kata yang kurang elok kita dengari. Zaman saya belajar, antara perkataan yang famous keluar ialah,  "binatang awak ni", "bodoh", "mangkuk hayun", dan bermacam jenis perkataan yang canggih-canggih bunyinya. 

Teman-teman, setiap perkataan yang kita keluarkan menggambarkan diri kita. Sebagai contoh, penghinaan kita terhadap orang lain sebenarnya menunjukkan kehinaan kita sendiri jika dibandingkan dengan kehinaan orang yang kita hina.

Maka dengan itu, seorang individu muslim yang baik haruslah mengeluarkan kata-kata yang baik. Berkata baik itu lebih bermanfaat jika dibandingkan dengan berdiam diri. Namun, menghindari akibat perkataan  kurang baik lebih bermanfaat daripada memaksa diri berbicara sehinggakan mendatangkan keburukan pada diri sendiri mahupun orang yang lain.

Teman-teman sekalian, alangkah ruginya apabila waktu 24jam kita hanya dihabiskan dengan berbicara tentang perkara-perkara yang tidak berfaedah. Sebagai individu muslim, narilah kita sama-sama pertingkatkan hiasan percakapan kita. "Perbaiki dari masa ke semasa lisan kita".

Wallahu'alam, coretan ini peringatan khusus buat diri saya dan juga teman-teman diluar sana. Yang mana terkurang, sila tambah, dan yang mana silap, mohon dimaafkan. Wassalam..


Saturday, April 16, 2011

TAKLIMAT KTD


Alhamdulillah sekali lagi, pada hari ini saya masih bisa menyedut udara yang segar dan nyaman. Yang paling penting, masih diberi peluang untuk mengumpul pahala.

(Sekadar Renungan) "Teman-teman ingatlah, keimanan dan keislaman adalah nikmat yang begitu mahal, melebihi semua benda yang bernilai didunia ini. Ramai orang sibuk mencari dan mempertahankan harta dan jawatan kerana mereka menganggap itu lah segala-galanya untuk bahagia. Namun bagi seseorang yang memahami betapa mahalnya nikmat iman dan islam , keperluan harta dan jawatan tidak melalaikan dirinya daripada keteguhan iman dan juga islam. Tidak mungkin keimanan dan keislaman ditukar dengan harta dan juga jawatan. Tepuk Dahi tanya iman teman-teman sekalian"

Perkongsian saya pada hari ini ialah, usaha sahabat-sahabat saya dari jabatan BPHL KTD dalam rangka melahirkan pelapis-pelabis "Ngaji biar pandai, perangai biar jjuruh dan hidup biar boleh tumpang" seterusnya menjadi orang yang berilmuan untuk islam dan orang sekelilingnya, insyaallah.

Alhamdulillah, dengan izin Allah program yang dianjurkan oleh jabatan kami mendapat sambutan yang sangat baik. "Segala puji hanya bagi Allah s.w.t". 

Pada mulanya, bermacam-macam yang bermain didalam fikiran saya akan program ini. Antaranya, dapat sambutan ke tidak? Ada pelajar tak nak datang ke program ini? dan macam-macam lagi. Sub'hanaullah, akhirnya persoalan saya terjawab apabila ramai adik-adik pelajar SPM datang untuk mendengar taklimat KTD. 

Tuan Hj Hasan (pegawai khas KTD), Puan Wan Hamidah (pengurus kanan operasi KTD), Cik Fatmawati (Kaunselor KTD), En Irwan Affendi (Pensyarah KTD), En Mohd Naiem (Eksekutif Korporat KTD) dan juga dua orang pelajar turut serta dalam menjayakan program ini. Tidak lupa pada sahabat tercinta Brother Zulkifli Muhammad yang berusaha keras dalam mengumpulkan para pelajar lepasan SPM. Buat En Razali dan Cik Nur Faizah yang mendoakan kami juga saya ucapkan tahniah dan terima kasih.  

Berikut merupakan gambar-gambar program:

Tuan Hj Hasan memerhatikan saudara Mohd Naiem beri taklimat
Puan Wan Hamida turut hadir dalam menjayakan program taklimat KTD

En Mohd Naiem bersungguh dalam memberi penjelasan dan juga penerangan tentang KTD

Para pelajar begitu tenang sekali

Sebahagian pelajar fokus dengan taklimat

Ibu Bapa turut hadir memberi sokongan pada anak-anak

(Pesanan) "Kepada adik-adik lepasan SPM yang ada diluar sana, cari lah suasana tempat belajar yang boleh membantu adik dari segi akademik dan juga peningkatan sahsiah serta softskill. Place doesn't matter, but the brain is"

Wallahu'alam, sekali lagi semoga jabatan BPHL KTD terus berjuang dalam rangka mencapai sasaran yang telah ditetapkan.Sehingga bertemu lagi dicoretan pada hari lain, insyaallah. Wassalam.

"Subhanaullah! Kekuatan terbesar daripada kata-kata yang dapat memberikan manfaat  kepada orang lain yang mendengarnya"

Thursday, April 14, 2011

LAIN DARI YANG LAIN

Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t saya masih mampu untuk mencoret lagi pada hari ini. Pada teman-teman yang mengenali blog oh tidak! sebelum ini, telah pun bertukar namanya menjadi seperti mana yang teman-teman lihat.

Pada hari ini, ingin saya berkongsi satu cerita yang saya cedok dari sahabat baik saya sendiri dan juga merupakan bekas pelajar KTD. Kisah beliau ialah :

"Beliau gemar bermain bola padang dan pernah menjadi wakil daerah pada zaman sekolah beliau. Dari segi corak permainan, skill, speed, dribble memang cukup menarik dan hebat. Azam beliau bila sampai KTD, ialah menjadi wakil KTD bermain bola sepak dan mendapat pemain terbaik diantara IPTA mahupun IPTS yang ada.

Selepas seminggu belajar di KTD, maka satu proses pemilihan pemain diadakan. Tiba saat yang dinanti-nantikan oleh beliau, maka mereka semua dibahagikan mengikut kumpulan A dan juga B. "Prittt" sepak mula pun dimulakan. Beliau pun memulakan aksi dengan begitu cemerlang dan memikat hati setiap pemain lain sehingga lah pegawai yang menguruskan pasukan bola KTD. Skill, Speed, Dribling, Stamina ada pada beliau. 

Sesudah tamat perlawanan pemilihan, maka pegawai yang bertugas mengumpul semua pelajar yang terlibat. Rakan-rakan yang lain memuji aksi beliau dan sangat kagum akan kebolehan yang dia ada. (Ucapan pegawai) "Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t, kerana kita semua dapat beriadah dan mudah-mudahan setitik peluh yang kita keluarkan boleh menjadi pahala buat kita semua. Adik-adik yang dirahmati sekalian, turunnya kita pada hari ini bukan lah semata-mata untuk tunjuk siapa yang paling hebat dan siapa yang paling banyak skill. Akan tetapi, tujuan utama kita ialah ibadah dan ukhwah sesama kita..................... Akhir kalam, tahniah buat semua dan bermula minggu hadapan minta kerjasama untuk semua pemain agar menutup aurat agar main kita bukan sahaja letih semata-mata malah ianya menjadi ibadah pada kita."

(Terasa) Beliau memandag ke bawah, "aduh" aku pakai seluar pendek. 

(Sekarang) Beliau bermain dengan baik sekali dan menjaga aurat sebagai pemain yang bergelar muslim. Walaupun beliau tidak pernah dapat pemain cemerlang, namun satu kebahagian yang beliau dapat ialah, bersukan dan beribadah serta nikmat berukhwah sesama pemain KTD."

Itu lah teman-teman kisah seorang sahabat saya yang aktif bermain bola padang. Kesimpulannya teman-teman sekalian, tidak salah untuk kita main bola atau nak buat skill ala-ala Ronaldo mahupun Messi, namun aurat kena jaga dan niatkan riadah kita kerana Allah dan seterusnya sebagai ibadah buat kita.

“Dan tidak ia (Allah S.W.T.) menanggung budi sesiapa pun, (dengan amalan mereka) yang patut dibalas, melainkan (bagi) yang hanya mengharap keredhaan tuhannya yang Maha Tinggi, dan sesungguhnya ia akan dipuaskan hatinya. (Dengan dikurniakan apa yang diharapkan dari Allah S.W.T.)” [Surah al-Lail ayat 19-21].

Wallahu'alam, sekadar ini sahaja perkongsian saya pada hari ini. Sekali lagi, sekiranya ada yang terkurang, mohon maaf dari saya. Wassalam..

Wednesday, April 13, 2011

STOP HAYAL DAN BERSYUKUR LAH!!


Pada hari ini, saya ingin mengajak diri saya dan juga teman-teman agar sering kali mengingati nikmat Allah s.w.t yang dikurniakan kepada kita. Nikmat Allah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan, hutan belantara, udara, air, serta banyak lagi yang tidak terkira dengan akal kita.

"Dan Dia telah berikan kepada kamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menghitungnya. Sungguh manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah" (Surah Ibrahim :34)

Begitu besar sekali nikmat Allah teman-teman.. Pokoknya, semua yang ada disekeliling kita ini Allah berikan untuk kita manfaatkannya. Tidak ada sebab untuk kita merasa angkuh dengan apa yang kita miliki pada hari ini. Semua ini datangnya dari Allah yang maha kuasa. Bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik balik.

Cuba bayangkan, anda sedang seronok bermain futsal, gelecek dengan hebat, buat skill sana sini, tiba-tiba dengan izin Allah, kaki anda berhenti berfungsi dan tidak dapat berlari, berjalan mahupun menggelecek. Pada masa itu baru lah kita akan "Ya Allah" Ya Allah kaki aku!!

(Tarik nafas dalam-dalam) hembus... Apa perasaan anda? Nikmat bukan? Sebelum penulisan-penulisan saya sebelum ini, kita sebenarnya sedar dan maklum, cuma kita terlalu sibuk kejar benda-benda yang memutuskan kita denganNya sehingga menyebabkan kita lupa dan ada juga yang buat-buat lupa.

Teman-teman, lihat lah diri kita, keluarga kita, tempat tinggal kita, pekerjaan kita dan dunia sekeliling kita. Dan jangan kita termasuk golongan seperti:

"Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya..."               (Surah An-Nahl :83)

Itu sahaja perkongsian saya pada hari ini, mudah-mudahan ianya bisa bermanfaat pada teman-teman sekalian. Bila bercerita soal nikmat Allah ini, seringkali sudah kita dengar.. Namun, ianya perlu diulang-ulang agar kita sering ingat NIKMAT Allah yang ada pada kita. Sesungguhnya penulisan saya ini, khusus buat diri saya terlebih dahulu. Wallahu'alam, maafkan saya sekiranya banyak yang kurang. Wassalam.. 

Tuesday, April 12, 2011

BIKIN GUA PANAS!!


"Astaghfirullah, hati ini bagai disiat-siat bila melihat adik junior buat hal!! Rasa nak pukul pun ada. Rasa meluat dan benci melihat adik berbuat kemungkaran. Sudah tidak ada rasa takut lagi dengan Allah s.w.t."

Astaghfirullah'alazim 3X...

Adik-adik ku, sedar lah! Jangan buat-buat lupa ingatan pula? Cukup sudah kesalahan dan kederhakaan, mengabai perintah Tuhan, menjadi pengikut fitnah dan kesesatan, cukup sudah, enough! 
"Ala abg lupa ke abg dulu pun macam itu. Nak ajar orang pula!" Yes memang, tapi kita tetap ada hak dan peluang untuk memilih jalan yang lebih baik. Adik memilih jalan yang tidak adik akan capai di dunia ini dan menjaga diri adik dari azab akhirat.

"Beritahulah hamba-hamba Ku bahawa Akulah Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang serta bahawa seksa-Ku adalah seksa yang amat pedih"  (Al-Hijr : 49-50)

Rasulullah s.a.w pernah bersabda;
"Jika seseorang hamba berbuat dosa dan benar-benar bertaubat kepada Allah s.w.t, Dia menerima setiap kebaikan yang telah dilakukannya dan mengampuni setiap dosa yang pernah diperbuatnya. Setiap dosa bererti sebuah darjat di syurga dan Allah berikan atas setiap kebaikannya sebuah istana sdi syurga. Allah akan menikahkannya dengan bidadari"

Adik-adik ku, bukan nak jaga tepi kain, tapi niat dihati untuk melihat adik-adik senantiasa berada dijalan yang betul. Yes, kadang-kadang kita akan tersasar, namun sesama kita ini lah perlu saling tegur-menegur, agar bila tersasar ada yang pimpin tangan adik-adik. 

Adik-adik, siapa yang tidak marah bila adik yang kita sayang berbuat perkara yang tidak elok depan mata abang sendiri. Bukan marah sebab nak jatuhkan adik, nak balas dendam atau buli. Akan tetapi sayang pada adik-adik, dan takut Allah akan tanya di akhirat kelak?

Renung-renungkan lah, adik takut  buat salah depan abang, tapi tidak takut pula dengan Allah? Dimana kah tahap keimanan kita pada Allah s.w.t? Harapan abang, kakak, ayah, ibu, pakcik, makcik pada adik-adik sangat lah besar maknanya.

Sedar lah adik ku....


Monday, April 11, 2011

SAYA SUKA FORMULA INI


Alhamdulillah, sekali lagi saya mengucapkan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana masih diberi ruang untuk beramal dan mengumpul pahala.

Setiap hari, pasti kita akan dilanda masalah. Dan saya yakin,semua hamba Allah yang bergelar manusia pasti akan ada masalah. Apa yang ingin saya kongsikan ialah, berkenaan dengan formula manusia pada hari ini mengatasi masalah.

Dahulunya saya pelajar, so member-member saya mempunyai kaedah tersendiri dalam mengatasi masalah mereka? Akan tetapi, jalan penyelesaian yang dibuat hanya bersifat sementara, dan tidak boleh selesai pun. 

Antara cara yang paling famous bila ada masalah, pegi keluar jalan-jalan dekat mana-mana lah asal boleh lupakan masalah. Pegi mall atau pusat hiburan, merupakan tempat yang sinonim lah bagi member-member saya release they problem's. Unfortunately guys, bila dah abis enjoy, hang out, fun's, their problem's still tak selesai-selesai.

Ada sesetengah member saya, nak kurangkan masalah, rokok? Rasanya saya tak perlu nak hurai kenapa rokok? Bagi yang merokok mesti dia tahu. 

Ok guys, tidak kira lah apa sahaja solution yang anda semua ambil, itu cara anda rights? Cuma satu sahaja saya nak sentuh, apa sahaja formula yang teman-teman guna, biar lah syarak dan tidak membelakangi ajaran islam. Member-member's yang dah 20 keatas, or student IPT sudah pun boleh fikir. Jangan terlalu cepat berpuas hati dengan apa yang kita ada sekarang, WHY? belum tentu Allah s.w.t berpuas hati dengan apa yang kita ada, bahkan mungkin tidak redha dengan kita.

Semoga kita boleh mengambil jalan penyelesaian atau formula didalam kitab Allah Al-Quraan dan juga sunnah Rasulullah s.a.w dalam menyelesaikan our problem's. Ini kerana tidak ada lagi formula yang terbaik selain 2 sumber ini.

Wallahu'alam, maafkan saya abang, adik,kakak, pakcik dan makcik kalau bahasa saya kurang menyenangkan dan tidak sedap dibaca. Sekadar untuk berkongsi dan mudah-mudahan boleh menjadi platform untuk kita semua update ourself. Sekian, wassalam.

Saturday, April 9, 2011

ANDA TAHU JAWAPAN NYA?

Assalamualaikum teman-teman sekalian. semoga terus segar dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t, kerana masih lagi diberi ruang untuk update penulisan untuk blog Oh Tidak!
Pada kali ini, saya hanya akan berkongsi sepotong nasihat oleh seorang pakcik kepada saya.

"Akhi, setiap hari (bermula bangun tidur sehingga lah tidur semula) kita harus membuat pilihan, baik atau buruk"
Kalau ana tanya enta, yang mana enta akan pilih? Jawab dalam hati akhi? Ana yakin semua akan jawab baik. Akan tetapi sejauh mana perlaksanaan dan juga tindakan dalam mengejar kebaikan.

Teman-teman sekalian, semoga kita jelas dengan pilihan kita. Selalu lah berdoa kepada Allah dan minta petunjuknya. Wallahu'alam, saya akan sambung semula penulisan saya pada hari lain, insyaallah.a
 

Friday, April 1, 2011

KAGUM


Assalamualaikum teman-teman sekalian...Apa khabar? Semoga sihat dan terus segar dalam melaksanakan kehidupan sebagai hamba Allah dan tidak lupa juga untuk terus gigih dalam melaksanakan ibadahNya. Alhamdulillah, pada hari ini saya sangat bersyukur sekali kerana Allah masih beri saya ruang untuk update blog Oh Tidak. Dengan kerja yang sudah bertambah, namun ianya bukan alasan untuk tidak memperbahurui penulisan saya.

Apa yang ingin saya kongsikan ialah, pengalaman saya sebagai seorang penolong pegawai pemasaran Kolej Teknologi Darulnaim. Hampir 8 bulan gitu saya sudah berkhidmat di Kolej ini. Apa yang menariknya juga, hampir negeri di Malaysia ini sudah saya jejaki. Sub'hanaullah, semua ini berlaku dengan izin Allah.

Seorang pegawai @ penolong pegawai bila turun ke medan pemasaran, mereka akan berusaha mempromote produk yang mereka ada. Sepanjang pengalaman saya, bermacam-macam jenis ayat yang digunakan. Ada yang menceritakan tentang pencapaian akademik mereka, ada juga yang bercerita tentang bangunan mereka dan ada juga yang bercerita tentang kelamahan produk orang lain dengan harapan pengguana akan minat pada produk mereka. Ish ish ish, tak dapat nak nolong.

Cara kami? Mestilah rahsia. Pada 2 @ 3 bulan yang lepas, saya ditugaskan menjaga pameran disebuah karnival yang agak besar dan meriah. Pengurus jabatan saya telah menhantar beberapa orang pelajar KTD untuk membantu saya. Apa yang menarik minat saya ialah?



Pelajar KTD : Selamat datang adik ke booth kami..

Adik2 Lepasan SPM : Kolej ni dimana ya?

Pelajar KTD : Kolej kami ini terletak di Pengkelan Chepa Kota Bharu Kelantan.

Adik2 Lepasan SPM : Ooo.. Herm boleh kakak terangkan sedikit tentang kolej ni?

Pelajar KTD : Insyaallah, boleh. Baik dik, di KTD terdapat 3 jenis Diploma. Pertama Diploma kerjasama dengan UTM, Kedua Diploma kerjasama dengan KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor) dan terakhir Diploma KTD sendiri. Kursus-kursus yang ditawarkan adik boleh lihat dalam risalah yang kakak beri. Bantuan kewangan @ pinjaman yang disediakan ialah PTPTN dan juga MARA. Segala kemudahan seperti asrama, transport, bilik kuliah, makmal dan lain2 kemudahan juga kami sediakan. Ada apa2 lagi yang adik ingin tahu? Insyaallah kakak akan cuba jawab.

Adik2 Lepasan SPM : Oo Ok. Agak-agak apa kelebihan Kolej ni ya kak?

Pelajar KTD : Kelebihan? Sepanjang kakak belajar di KTD kelebihan dari segi pembelajaran, kemudahan lebih kurang juga lah dengan IPTA mahupun IPTS lain. 1 jer yang akak rasa paling istimewa, iaitu di KTD kita akan cuba dilatih menjadi seorang pelajar @ manusia yang merangkumi 3 aspek utama. Pertamanya, KTD akan latih kita menjadi seorang yang bijak dan pandai dalam akademik. Kedua KTD juga akan latih dan bentuk peribadi @ akhlak kita agar menjadi seorang insan yang baik dan soleh/soleha. Ketiga KTD akan latih kita sehingga kita mampu untuk menyumbang pada masyarakat diluar sana. Apa yang kita belajar, mahupun rasa di KTD, mampu untuk kita kongsi bersama orang diluar sana. Kalau adik seorang pelajar Multimedia, adik mampu kongsi multimedia adik terhadap orang lain seterusnya memberi manfaat pada orang lain. :-). Kalau adik nak rasa kehidupan sebenar dan juga pengalama-pengalaman yang hebat, jom masuk KTD. Pasti adik akan rasa semua ini, insyaallah.

Adik2 Lepasan SPM : Insyaallah kak. Terima kasih atas penerangan yang diberikan.
Saya begitu kagum terhapad pelajar tersebut. Walaupun seorang pelajar, namun dia boleh yakin menceritakan tentang apa yang ada di KTD. Saya teringat motto KTD yang sering dilaungkan oleh ketua Eksekutif kami, NGAJI BIAR PANDAI, PERANGAI BIAR ELOK, dan HIDUP BIAR BOLEH TUMPANG.

Bila melihat adik tadi, ketiga-tiga elemen motto KTD sudah mula tumbuh didalam diri adik ini. Sub'hanaullah, begitu hebat sentuhan yang terdapat di KTD.
Akhir kalam, pada teman-teman yang ada adik lepasan SPM mahupun teman-teman lepasan SPM, jom kita masuk KTD. Sebarang pertanyaan atau kemuskilan boleh layari laman web http://ktd.edu.my/


SELAMAT BERKENALAN DENGAN KTD!!

Wallahu'alam, yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang kurang itu datang dari diri saya sendiri.

Followers