Sunday, December 26, 2010

TAHUN BARU

sudah semakin hampir kita menuju ke gerbang tahun 2011.
Begitu pantas tahun 2010 berlalu. Sudah banyak kah amal atau bekal2 yang kita dah kumpul sepanjang tahun 2010?
atau kita hanya memikirkan untuk banyakkan HARTA, kereta atau ISTERI? apa2 pun matlamat anda pada tahun 2010 ini, semoga ianya mendatangkan manfaat pada jalan2 Allah s.w.t.

mari kita merancang pula, apa yang inginkan kita lakukan pada tahun 2011 yang akan mendatang ini, sekiranya masih diberi keizinan oleh Allah s.w.t. Adakah kita ingin penuhkan tahun 2011 dengan amal2 yang merosakkan iman kita? atau apa? jangan kita menjadi seperti orang Hilang ingatan. asal menjelang malam tahun baru, kita sibukkan diri bermaksiat, berminum, bernari, bermabuk dan macam2 lagi.

sebagai manusia yang mengaku akan pengikut Rasulullah s.a.w, mari kita cuba sibukkan diri untuk bermunajat, berzikir dan meminta pada Allah s.w.t agar kita dikurniakan hidayah serta kehidupan yang lebih baik. Ini adalah lebih baik dan terbaik sekiranya kita lakukan pada malam tahun baru.


seperti biasa tepuk DAHI tanya IMAN dan juga DIRI anda!
jangan berlagak HEBAT pada malam tahun baru, kerana Allah s.w.t boleh menarik ia pada bila2 masa.

Thursday, December 23, 2010

MAAF


Subbahanaullah, saya yakin kehidupan anda pada hari ini ada yang happy, dan ada juga yang serabut. Akan tetapi bersyukurlah, happy2 pun serabut2 pun Allah masih lagi beri ruang untuk kita bernafas pada hari ini.

MAAF! bila kita buat salah atau kita salah faham, perkataan ini lah yang biasa kita akan gunakan. malangnya, ada segelintir manusia yang tidak mahu gunakan perkataan ini bila timbul masalah antara individu mahupun melakukan kesalahan.

Kenapa ya? adakah sebab ego? atau "maaf" baginya adalah lapuk. tidak kira lah apapun alasannya, bagi saya sepatutnya tidak ada alasan. Kenapa? mari kita lihat kisah ini:


NABI Muhammad SAW ialah seorang nabi dan rasul yang memiliki akhlak terpuji. Baginda seorang insan mulia yang sanggup memaafkan kesalahan orang lain. Pada suatu hari, ketika baginda sedang berehat-rehat, datanglah seorang wanita Yahudi membawa hidangan yang lazat berupa kambing panggang.

Wanita itu mengetahui bahawa Rasulullah amat gemar kambing panggang. Bahagian kegemaran baginda ialah paha kanan bahagian depan. Lalu wanita tersebut menabur racun di atas kambing panggang itu. Dia melebihkan racun di paha kanan hadapan kambing yang dihidangkan itu.

Setelah melihat hidangan itu, maka Rasulullah pun berasa lapar. Selepas membaca bismillah, baginda pun makan dengan berselera sekali. Baginda makan bersama seorang sahabat, Bisyir bin Barra bin Ma'rur. Namun, sewaktu baginda sedang mengunyah makanan itu, timbul perasaan was-was di hati. Rasulullah pun meluahkan kembali daging kambing panggang yang sedang dikunyah. Ternyata suara hati baginda itu benar, Bisyir bin Barra bin Ma'rur telah menjadi korban. Sahabat baginda itu meninggal dunia kerana termakan racun dalam makanan tersebut.

Rasulullah pun bertanya dan wanita Yahudi itu mengaku secara berterus terang tanpa berselindung berkata:
"Aku mahu menguji kamu. Jika engkau seorang rasul, sudah pasti engkau akan mendapat petunjuk mengenai hal ini. Tetapi kalau engkau hanya orang biasa, maka aku pasti merasa puas kerana dapat menyingkirmu kerana engkau telah banyak membawa kemusnahan kepada kaum Yahudi."
Rasulullah mendengar penjelasan wanita itu dengan tenang. Kemudian, baginda pun memaafkan wanita itu. Baginda tidak menghukum wanita itu walaupun perbuatannya itu telah mengakibatkan kematian seorang sahabat baginda. Baginda sanggup memberi kemaafan kepada seorang wanita yang ternyata mahu membunuh baginda.

Nah bagaimana teman2 sekalian? pantas ka kita rasa ego? atau tidak mahu memaafkan dan meminta maaf? Kalau la kita mengaku yang kita ini pengikut Rasulullah s.a.w, sepatutnya kita mengikuti dan mencontohi akhlak Baginda.
-seperti biasa tepuk DAHI tanya IMAN-

Tuesday, December 21, 2010

Kerja, kerja, kerja dan terus kerja.

kehidupan kita yang serba moden ini, manusia berebut-rebut mencari peluang pekerjaan dan juga DUIT untuk survive.

akan tetapi adakah kita juga berebut-rebut untuk melaksanakan IBADAH yang diperintahkan Allah s.w.t?

"Hakikatnya, segelintir manusia hanya sibuk dengan kerja-kerja dunia sehinggakan lupa akan perkara DASAR iaitu mendalami ilmu Islam dan juga BERuBUDIyah kepada Allah"

ia sebagai manusia mahupun individu, sudah semestinya kita perlu kerja untuk menampung perbelanjaan sehari-harian kita. akan tetapi IBADAH pun kena jaga. Ingat, yang beri rezeki adalah Allah. Bagaimana Allah nak bagi kalau amanah yang diberikan kepada kita, tidak kita laksanakan.

-peringatan untuk diri sendiri dan juga teman-teman yang sudah bekerja-

yang belum kerja, cari lah kerja dan niatkan ian sebagai ibadah.

Monday, December 20, 2010

KHUSYUK

Oh Tidak! adakah kita seperti gambar diatas? tapi yang mana satu?

1.memikirkan awek kesayangan kita?
2. memikirkan lauk apa untuk makan malam nanti?
3.memikirkan hanya pada Allah?
4.atau memikirkan gigitan nyamuk?

sekiranya kita masih lagi belum sampai ketahap khusyuk dalam ibadah kita, mari lah kita bertanya pada orang2 yang  arif akan hal ini. Jangan biarkan diri pada tahap yang sama. setiap hari perlunya pada UPDATE.

kurang baik UPDATE jadi baik
tidak solat UPDATE solat 5 x sehari
kurang khusyuk UPDATE lebih khusyuk serta bersungguh2

peringatan buat DIRI SENDIRI dan juga TEMAN2 sekalian

RUKUN IMAN

alhamdulillah masih lagi diberi keizinan untuk UPDATE blog oh tidak! syukur kepadaNYA yang maha besar lagi maha kuasa.

RUKUN IMAN? saya yakin semua tahu apa itu rukun iman. cumanya adakah kita sekadar menghafalnya, membacanya atau lihat2 sahaja rukun iman diatas.

teman2 yang dikasihi sekalian rukun iman merupakan bahagian terpenting didalam hidup kita. justeru itu sebagai hamba Allah, seharusnya rukun2 ini dibaca,hafal seterusnya difahami dengan jelas.

mudah-mudahan, dengan fahamnya kita akan rukun iman, ianya boleh tambah + UPDATE iman kita serta kentalnya jiwa kita didalam menghadapi cabaran yang senantiasa mendatang.

peringatan untuk diri sendiri = tulis dan cakap sahaja tidak guna sekiranya tidak disusuli dengan PRAKTIKAL + BUAT.
walaupun sukar, tidak ada alasan untuk kita ketengahkan!

-CAKAP + PRAKTIKAL = UPDATE diri menjadi lebih BAIK-

Thursday, December 16, 2010

HATI INI

hati berpenyakit penyebab lemah IMAN:
  1. Iman lemah penyebab kita akrab dengan kemungkaran sehingga menjadi penderhaka terhadap Allah s.w.t
  2. Iman lemah penyebab kita kurang tekun malah malas BERIBADAH!
  3. Iman lemah penyebab kita tidak tersentuh lagi dengan ayat2 Al-Quraan.
  4. Iman lemah menghilangkan "himmah" dan tekad membawa kepada kejayaan.
 
Kesimpulannya
"HATI kita sebenarnya sama seperti tubuh badan kita yang senantiasa memerlukan kepada PEMELIHARAAN agar selamat, MAKANAN supaya ianya hidup, dan juga PENGUBATAN agar hati kita sihat selalu"

Wednesday, December 15, 2010

STRESS AKU


Arghhhhhhhhh!!!! Stres AKU!

Pada hari ini bila kita stress, kita akan cuba cari pelbagai kaedah untuk menghilangkan stress yang tersangkut mahupun bersarang didalam fikiran kita. cuma bezanya, kaedah yang digunakan dalam menghilangkan stress sama ada syarak atau pun tidak.

mari kita cuba lihat kaedah-kaedah manusia pada hari ini menghilangkan stress:


nah ini aksi pun boleh hilangkan stress. kenapa? yalah dah ni cara yang dia ada. paling tidak pun jatuh lalu tidak sedarkan diri, maka dengan itu lesap lah segala masalah dan juga stress.

dengan cara begini pun boleh juga. menari sampai lupa akan segala-galanya. lepas itu esok pagi datang lagi masalah, menari lagi. begitu lah seterusnya.tapi masih juga buntu2 dan tidak jumpa jalan penyelesaian pun.



itu lah dia antara-antara aktiviti yang bagi mereka dapat selesaikan masalah stress. akan tetapi mari kita cuba guna kaedah ini pula, mana lah tahu lebih efektif dan berkesan:


bila kita stress atau dilanda masalah, mari kita banyakkan meminta petunjuk daripada Allah s.w.t, banyakkan zikir, tingkatkan ibadah dan senantiasa tawakkal kepadaNya. Insyaallah dengan cara ini hati lebih tenang dan lebih yakin untuk menghadapi masalah yang kita alami. Semoga kita dapat cari jalan2 yang syarak untuk menghilangkan STRESS yang kita hadapi. Jangan terlalu cepat mengambil jalan-jalan yang mudah sehinggakan merugikan diri kita di DUNIA mahupun di AKHIRAT kelak. Fikir-fikir kan lah ia dengan penuh penghayatan sebenar!

Monday, December 13, 2010

JARAK ANDA

Salam ukhwah kepada teman-teman semua. Apa khabar anda-anda sekalian? semoga berada didalam keadaan yang segar serta Iman yang sihat.


pada hari ini kehidupan kita penuh dengan cabaran. Tambahan pula, sekitar kita senantiasa memaparkan aktiviti2 yang merosakkan MATA, TANGAN, TELINGA dan akhir sekali merobek iman kita sedikit demi sedikit. Astaghfirullahal'azim!
Perhubungan diantara lelaki dan wanita ada batas-batas yang perlu kita patuhi. berurusan atau berhubung bila perlu sahaja. sebagai contoh urusan yang melibatkan perkara-perkara penting seperti urusan kerja, urusan belajar serta perkara-perkara yang tidak merosakkan HATI kita.


sudah menjadi lumrah lelaki dan wanita saling suka menyukai antara satu sama lain. akan tetapi, kalau tidak disalurkan dengan cara yang betul ianya boleh mengundang PADAH! sudah terbukti pada hari ini, bermacam-macam gejala sosial yang melibatkan lelaki dan wanita. kita lihat sahaja didada-dada akhbar mahupun kaca televisyen, ada sahaja berita-berita berkenaan aktiviti lelaki dan perempuan yang diluar syarak serta luar kawalan.

begitu hebat pemikiran kita diajah, sehinggakan islam dicampuradukkan. tidak cukup sekadar mengaku islam tetapi tidak melaksanakan perintah Allah s.w.t.. lelaki dan wanita yang bukan muhrim pada hari ini sudah lupa akan batas-batas yang telah ditetapkan. bagi mereka sama sahaja tidak kira lah lelaki mahupun wanita. Oh Tidak! kita perlu sedar akan hal ini. perlunya ada garis panduan yang betul dalam menjalankan komunikasi atau beraktiviti diantara lelaki dan wanita yang bukan muhrim.

semoga kita semua dapat merujuk dengan individu-individu yang arif akan batas-batas diantara lelaki dan juga wanita yang bukan muhrim. peringatan untuk diri sendiri dan juga teman-teman diluar sana. harap maaf kalau ada ayat-ayat yang kasar dan kurang menyenangkan.

Saturday, December 11, 2010

DEMI MASA

masa merupakan aspek penting didalam kehidupan kita.sebagai hamba Allah yang bertanggungjawab serta amanah, kenalah mempergunakan masa yang ada kepada perkara-perkara kebaikan.



elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang BUANG MASA! hari ini kita lebih suka abiskan masa diwarung-warung kopi, lepak-lepak di MALL,seronok-seronok, hiburan tanpa henti, sukan tanpa sempadan,dan bermacam-macam lagi perkara yang mana menyebabkan kita lupa akan tujuan sebenar kita hidup dimuka BUMI ALLAH S.W.T ini.



wal 'asr! (Demi masa) menyeru pada diri sendiri dan juga teman-teman agar abiskan masa dengan perkara-perkara yang boleh tingkatkan IMAN sera diri kita kepadaNYA. jangan biarkan kita terkejar-kejar dengan masa, akan tetapi biar masa terkejar-kejarkan kita.



anda boleh pilih? MASA untuk FULL of TAKWA or FULL of damages our IMAN! pilihan diTANGAN-tangan anda. tetapi harus dingat, tangan itu pinjaman daripada ALLAH. so jangan salah guna tangan. pilih jalan yang benar! Insyaallah you find you way. Way to ALLAH s.w.t.

Thursday, December 9, 2010

MARI UPDATE DIRI KITA


  1. akidah yang sejahtera.
  2. ibadah yang sahih
  3. akhlak yang mantap
  4. luas ilmu pengetahuan
  5. sihat tubuh badan
  6. mampu berdikari
  7. MELAWAN NAFSU!
  8. sangat menjaga masa
  9. tersusun urusannya
  10. bermanfaat pada orang lain

-Moga-moga 10 peribadi ini telah diaplikasikan dalam kehidupan sehari-harian kita. sama-sama lah kita UPDATE iman dan juga diri kita. Jangan UPDATE antivirus laptop sahaja ok-

TAKWA + IMAN


mari kita laksanakan segala perintah Allah dengan bersungguh-sungguh dan tidak pernah jemu-jemu UPDATE iman kita.

walau kadang kita jatuh, akan tetapi berusahalah untuk BANGUN dan terus TEGUH dalam menghadapai cabaran-cabaran yang ada disekeliling kita.

"Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar"

-Peringatan Untuk Diri Sendiri dan Juga Teman-Teman yang dikasihi sekalian- 

Tuesday, December 7, 2010

NIAT

"Semua yang kita lakukan akan dikira sebagai ibadah sekiranya NIAT kita adalah kerana Allah s.w.t."


sebagai contoh bermain futsal atau bola sepak. masuk gelanggang dengan berniat kerana Allah masih belum cukup. bagaimana ianya dikira sebagai ibadah sedangkan aurat tidak tutup dan mengeluarkan ayat-ayat yang kurang sopan semasa bermain futsal.


ianya boleh dikira sebagai ibadah apabila aurat tutup, pertuturan sopan dan NIAT kerana Allah s.w.t. NIAT merupakan aspek yang penting dalam diri seseorang mukmim. sekiranya NIAT kita benar, maka insyaallah Allah akan pertemukan kita di tempat-tempat yang baik.


NIAT yang baik juga akan menambahkan bekalan kita untuk menuju syurga Allah s.w.t. Sebenarnya nak jaga NIAT ni bukanlah satu perkara yang mudah. Ianya memerlukan penghayatan serta tingkat kefahaman kita pada ajaran islam itu sendiri.


walaubagaimanapun, sebagai hamba Allah kita seharusnya berusaha memahami dan NIATkan setiap prilaku atau kerja yang kita lakukan kerana Allah. hanya kerja-kerja yang bermanfaat sahaja boleh dikira sebagai ibadah. sekiranya kerja yang kita lakukan itu salah tapi niat kerana Allah, maka keputusannya tidak dikira sebagai ibadah malah mendatangkan murka kepada Allah.


semoga kita semua dapat memahami dengan lebih jelas dalam mempraktikkan NIAT kerana Allah dalam setiap apa yang kita lakukan. Mohon teman-teman tambah atau betulkan sekiranya penulisan saya ini ada yang silap atau terkurang.

MAKANAN


- MaKanaN untuk PERUT kita, agar kita bertenaga dan Kuat dalam beriBadah serta Riadah.*TAPI JANGAN MAKAN LEBIH2, nanti jadi lagi tidak bermaya dan MALAS.






- Nah ini pula makAnan untUK tubuh Badan kita agar lebih SIHAT dan Aktif.





- Yang INI pula makanan untuk HATI kita. Dengan Al-Quraan lah HATI kita akan menjadi lebih UTUH, dan IsnyaAllah dapat menghilangkan KARAT-karat diDalam Hati. Baca, Faham Dan Hayati!






sebagai individu muslim yang baik perlu mengamalkan ketiga-tiga makanan diatas untuk mendapatkan keseimbangan dalam menambah keimanan kepada Allah s.w.t.

makan nasi, daging, ayam dan minum air tidak sempurna kalau tidak beriadah untuk menyihatkan tubuh badan. Akan tetapi jangan hanya fikirkan makanan perut dan makanan tubuh badan kita sahaja. sedangkan makanan untuk hati kita tidak ada. makanan hati merupakan makanan yang penting dalam proses menghilangkan karat-karat didalam hati kita.

COUPLE @ SINGLE


CouPLE oh coUple......

isu single atau couple sudah menjadi satu aktiviti yang sinonim dikalangan anak-anak muda zaman sekarang. ada sesetengah anak muda menganggap couple ini sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ianya melibatkan perasaan dan juga lumrah manusia yang ingin dikasihi serta mengasihi antara satu sama lain.

subbahanaullah, begitu hebat dan dasyatnya fikiran anak-anak muda kita dijajah oleh musuh-musuh yang ada disekeliling kita. saya pernah bertanya dengan beberapa rakan saya yang aktif berpacar-pacaran ni.

"eh bro, best ke ada girlfriend ni?"
"boleh la tahan. kurang-kurang ada yang teman kan nak pi makan, sembang-sembang dan susah senang hadapi sama-sama"
"wah macam tu yer. tapi bro bukan couple ni salah ke dalam islam? yer la dalam Al-Quraan ada menyatakan ayat -jangan kamu dekati zina-. agak-agak bro apa pandangan kamu."
"tu lah, tapi soal couple ni susah sikit bro. sebab soal hati dan perasaan. lagipula kami couple tak buat benda-benda salah pun. kami tak pegang tangan, just sembang-sembang jer. tak salah kot"

itu lah dia mentaliti bila mana orang yang sedang dilamun cinta. ya, memang benar sudah menjadi lumrah manusia yang suka kepada cinta dan juga wanita. akan tetapi kalau kita kaji dan faham akan pengertian cinta sebenar, couple bukanlah jawapannya. kenapa kita sibuk dengan couple kita, "dia sudah makan ke belum", "dia sihat ke", dia ingat aku tak", tapi pernah kah kita sibuk memperkemaskan ubudiyah kita kepada Allah?

betulkah dengan couple kita boleh tingkatkan keimanan kita kepada Allah? ish kalau kahwin insyaallah, tapi kalau couple, macam buat lawak je. hakikatnya couple telah mendatangkan pelbagai masalah serta lupa akan ajaran islam yang sebenar. senang cerita couple is trouble dan sedikit pun tidak mendatangkan faedah kepada kita. couple lah dengan cara yang betul, iaitu kahwin.

TIDUR OH TIDUR....ENAKNYA


ZZZZZ......ZZZZZ.......ZZZZZ..........ZZZZZZ

Tidur is NIKMAT...Tapi kalau tidurrr lebih, kerja kurang is PROBLEM...SeBagai individu yang BIJAK, kita kena pandai mengURUSKAN tidURR kita.

JaNGAN samPai 24JAM hanya di ABISKAN dengan tiDURR. SOlat! Kerja! RiaDah! entah pigi manA? 

tidur LAH dengan BIJAK dan CERMAT
BerHATI-hati Semasa TIDUR





 

Monday, December 6, 2010

SAHABAT IS SAHABAT


Seorang sahabat yang baik, apabila dia selalu menegur akan salah silapnya kita. Dalam masa yang sama, sahabat yang baik akan selalu ingatkan kita kepada Allah s.w.t. Bila kita terpandang wajah sahabat kita, secara tidak langsung kita akan teringat akan Allah s.w.t.


Bersahabat bukanlah kita boleh ukur dengan satu kepala atau satu fikir. Kalau satu fikir untuk beribadah serta beriman kepada Allah s.w.t, Alhamdulillah. Akan tetapi kalau satu fikir untuk melakukan kerja-kerja yang kurang manfaat dan mendatangkan murka Allah, ianya belum boleh dikira sebagai seorang sahabat. Akan tetapi hanya lah kawan biasa.

SI AYAH




mari kita sama-sama mengimbau kembali jasa ayah kita selama kita bergantung harap kepadanya. seorang ayah yang tidak pernah putus-putus mencari rezeki untuk memastikan anak-anaknya tidak kelaparan. seorang ayah yang tidak pernah jemu melayan segala kerenah dan juga kemahuan anaknya.

tidak kira hujan atau panas, si ayah tetap berhempas pulas mencari nafkah agar si ayah dapat memberikan anak-anaknya tempat tinggal, makanan, pakaian, permainan, sekolah, kolej, universiti dan akhir sekali sampailah si anak berjaya. tidak sedikit pun si ayah mengenakkan sebarang cas perkhidmatan sepanjang membesarkan kita.

kepada si anak, berusahalah menjadi seorang anak yang baik kepada si ayah. kalau kita balas dengan duit yang bertimbun-timbun sekalipun, kita tetap masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan pengorbanan si ayah. "FIKIR-FIKIR kan lah bersama".

CINTA NOT COUPLE



"Lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik, dan begitu lah juga sebaliknya"
"Jangan pernah mengimpikan wanita yang baik, sekiranya kamu belum cukup baik"

Mintak lah kepada Allah s.w.t agar dikurniakan pasangan yang baik

Followers