Tuesday, December 7, 2010

COUPLE @ SINGLE


CouPLE oh coUple......

isu single atau couple sudah menjadi satu aktiviti yang sinonim dikalangan anak-anak muda zaman sekarang. ada sesetengah anak muda menganggap couple ini sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ianya melibatkan perasaan dan juga lumrah manusia yang ingin dikasihi serta mengasihi antara satu sama lain.

subbahanaullah, begitu hebat dan dasyatnya fikiran anak-anak muda kita dijajah oleh musuh-musuh yang ada disekeliling kita. saya pernah bertanya dengan beberapa rakan saya yang aktif berpacar-pacaran ni.

"eh bro, best ke ada girlfriend ni?"
"boleh la tahan. kurang-kurang ada yang teman kan nak pi makan, sembang-sembang dan susah senang hadapi sama-sama"
"wah macam tu yer. tapi bro bukan couple ni salah ke dalam islam? yer la dalam Al-Quraan ada menyatakan ayat -jangan kamu dekati zina-. agak-agak bro apa pandangan kamu."
"tu lah, tapi soal couple ni susah sikit bro. sebab soal hati dan perasaan. lagipula kami couple tak buat benda-benda salah pun. kami tak pegang tangan, just sembang-sembang jer. tak salah kot"

itu lah dia mentaliti bila mana orang yang sedang dilamun cinta. ya, memang benar sudah menjadi lumrah manusia yang suka kepada cinta dan juga wanita. akan tetapi kalau kita kaji dan faham akan pengertian cinta sebenar, couple bukanlah jawapannya. kenapa kita sibuk dengan couple kita, "dia sudah makan ke belum", "dia sihat ke", dia ingat aku tak", tapi pernah kah kita sibuk memperkemaskan ubudiyah kita kepada Allah?

betulkah dengan couple kita boleh tingkatkan keimanan kita kepada Allah? ish kalau kahwin insyaallah, tapi kalau couple, macam buat lawak je. hakikatnya couple telah mendatangkan pelbagai masalah serta lupa akan ajaran islam yang sebenar. senang cerita couple is trouble dan sedikit pun tidak mendatangkan faedah kepada kita. couple lah dengan cara yang betul, iaitu kahwin.

No comments:

Post a Comment

Perlu pandangan dari anda semua

Followers