Tuesday, December 7, 2010

NIAT

"Semua yang kita lakukan akan dikira sebagai ibadah sekiranya NIAT kita adalah kerana Allah s.w.t."


sebagai contoh bermain futsal atau bola sepak. masuk gelanggang dengan berniat kerana Allah masih belum cukup. bagaimana ianya dikira sebagai ibadah sedangkan aurat tidak tutup dan mengeluarkan ayat-ayat yang kurang sopan semasa bermain futsal.


ianya boleh dikira sebagai ibadah apabila aurat tutup, pertuturan sopan dan NIAT kerana Allah s.w.t. NIAT merupakan aspek yang penting dalam diri seseorang mukmim. sekiranya NIAT kita benar, maka insyaallah Allah akan pertemukan kita di tempat-tempat yang baik.


NIAT yang baik juga akan menambahkan bekalan kita untuk menuju syurga Allah s.w.t. Sebenarnya nak jaga NIAT ni bukanlah satu perkara yang mudah. Ianya memerlukan penghayatan serta tingkat kefahaman kita pada ajaran islam itu sendiri.


walaubagaimanapun, sebagai hamba Allah kita seharusnya berusaha memahami dan NIATkan setiap prilaku atau kerja yang kita lakukan kerana Allah. hanya kerja-kerja yang bermanfaat sahaja boleh dikira sebagai ibadah. sekiranya kerja yang kita lakukan itu salah tapi niat kerana Allah, maka keputusannya tidak dikira sebagai ibadah malah mendatangkan murka kepada Allah.


semoga kita semua dapat memahami dengan lebih jelas dalam mempraktikkan NIAT kerana Allah dalam setiap apa yang kita lakukan. Mohon teman-teman tambah atau betulkan sekiranya penulisan saya ini ada yang silap atau terkurang.

No comments:

Post a Comment

Perlu pandangan dari anda semua

Followers