Monday, January 24, 2011

HATI KITA

Hati kita ibarat 1 tangki yang kosong. Ianya perlu dipenuhi dengan pelbagai isi kandungan yang positif. Antaranya ialah dengan mendengar ayat-ayat suci Al-Quraan dan juga mendengar ilmu-ilmu yang bermanfaat agar ia menjadi santapan hati kita. Akan tetapi, dalam proses mengisi hati kita, ianya tidak cukup dengan sekadar isi sahaja. Perlunya pula kepada penghayatan apa yang terisi didalam hati kita.


Sebagai contoh, kita mendengar atau membaca ayat-ayat suci Al-Quraan akan tetapi jiwa kita tidak rasa apa yang kita lakukan. Ianya kosong semata-mata. Hanya sekadar dengar dan juga baca. Subahanaullah, begitu hebatnya hati kita ini. Hati kita yang hidup akan membawa kita ketempat-tempat yang baik disisi Allah s.w.t dan begtu jugalah sebaliknya.


Teringat kata-kata seorang Pakcik, anak-anak ku untuk kita menjadi seorang yang baik dan hebat perlu ada proses-prosesnya. Tidak ada jalan lain untuk ketahap itu. Sekiranya anda skip atau lompat maka proses pembaikan diri kita akan rompang dan juga cacat. Saya begitu tersentuh dengan apa yang pakcik sampaikan. Begitu hebat cabaran dunia pada masa kini, sehinggakan boleh membutakan mata dan juga hati.


Moga-moga diri ini mampu mengisi hati dan dalam masa yang sama menghayati apa yang terisi didalam hati. Peringatan buat diri sendiri agar mampu menjadi seorang manusia yang hebat disisi Allah s.w.t. Yang baik itu datang dari Allah dan yang lemah itu datang dari diri saya sendiri. Mohon maaf sekiranya penulisan saya ini ada yang terkurang mahupun silap. Salam kemaafan.

No comments:

Post a Comment

Perlu pandangan dari anda semua

Followers