Sunday, February 6, 2011

BERSOLAT+ BERDOA = ATASI TEKANAN

BERSOLAT
BERDOA

































Alhamdulillah, saya masih lagi diberi peluang untuk menulis satu lagi tajuk yang saya harapkan mampu memberi kesan kepada hati dan juga diri kita. Hari ini saya telah mendapat satu nasihat dari seorang sahabat yang saya kasihi. Nasihat beliau berbunyi seperti ini "menulis blog bukan semata-mata untuk kita lihat followers kita paling ramai, atau menulis blog bukan sekadar nampak cantiknya atau apa-apa sahaja, akan tetapi menulis blog adalah untuk kita menyampaikan mesej yang berguna kepada orang lain."  saya sangat berterima kasih pada sahabat-sahabat yang selalu memperingati diri ini. Semoga sahabat-sahabat saya senantiasa dalam keadaan segar dan bugar dalam kerja-kerja islam.

Hari ini saya terbaca satu artikel yang mana tajuknya berkaitan solat dan juga doa boleh mengatasi masalah tekanan didalam diri kita. Saya cukup tertarik dan terdetik untuk berkongsi dengan teman-teman diluar sana yang sudi melewati ruangan Oh Tidak!.

Baiklah, saya mulakan. Pada hari ini yang serba mencabar kita sering berdepan dengan pelbagai masalah. Maka dengan itu lazimnya kita akan diselubungi tekanan, malah fikiran juga mula menjadi celaru kerana terlalu memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Lalu, dalam meringankan tekanan atau masalah yang dihadapi ada beberapa cara seperti:

  • Bersabar dengan segala yang menimpa. "Wahai anak-anakku, dirikanlah solat, dan suruhlah bebrbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara yang dikehendaki melakukannya."(Luqman: 17)

  • Anggaplah masalah itu sebagai satu ujian, yang akan meningkatkan keimanan dan juga ketabahan. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cabaran)? Dan demi sesungguhnya kami telah menguji orang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang sebenar-benar beriman, dan nyata pula apayang diketahuinya tentang orang yang berdusta." (Al-Ankabuut : 2-3

  • setiap masalah ada hikmahnya, seperti menggugurkan dosa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda : "Tidakkah seorang muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan menggugurkan bersama-sama dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunya." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

  • Ujian adalah tanda Allah mencintai seseorang itu. Rasulullah s.a.w bersabda "sesiapa dikehendaki Allah baginya kebaikan, akan diberikan cubaan kepadanya." (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Teman-teman sekalian, menyedari kehidupan tidak lari dari masalah, maka mari kita sama-sama meringankan ia dengan kita solat dan bermunajat pada Allah agar kita diberikan kekuatan dalam menghadapinya. Wallahu"alam ini sahaja yang mampu saya kongsikan bersama pada hari ini. Tulisan ini khusus peringatan buat diri sendiri dan juga teman-teman yang diredhai Allah sekalian. Sekali lagi, yang mana silap mohon maaf dan segala kebaikan itu datang dari Allah s.w.t lagi maha besar dan juga maha mengetahui. Semoga dengan penulisan ini mampu memberi sesuatu yang baru buat diri saya dan juga anda. Salam..

1 comment:

  1. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Cuma sejauh mana keyakinan kita kepada Allah yang maha kuasa dalam membantu kita selesaikan ia. Thanks for the sharing.

    ReplyDelete

Perlu pandangan dari anda semua

Followers