Wednesday, February 2, 2011

KTD KE YANG SALAH?

 Salam ukhwah kepada semua teman-teman diluar sana yang sudi memasuki ruangan Oh Tidak! Alhamdulillah, saya mengajak diri dan juga teman-teman untuk beristighfar akan segala aktiviti yang merosakkan iman dan juga pahala kita pada hari ini. Baik, insyaallah pada hari ini saya akan menceritakan kisah realiti ditempat saya belajar dan juga bekerja sekarang.

Kolej Teknologi Darulnaim, itulah nama keramat bagi diri saya. Why? Disini lah saya menemui kehidupan yang baru dan juga erti kehidupan yang sebenar. Di Kolej Teknologi Darulnaim selalu menerapkan aspek kerohanian yang tinggi dikalangan pelajar. Selain itu juga, disini banyak menyediakan program-program yang mengisi hati dan juga jiwa kita. Malangnya, apa yang berlaku ialah masih ada pelajar-pelajar yang tidak mahu kepada tawaran-tawaran pahala. 

Bukan nak kata diri ini baik sangat, well ada juga kelemahan. Akan tetapi mari lah datang program sekali sekala. Jangan duk asyik buat program sendiri. Kalau program sendiri tu boleh memanfaatkan diri, it"s ok lah. But, dah lah tak nak datang, cakap pula bukan-bukan pasal KTD. Teman-teman sekalian yang kenal akan KTD, dan terutamanya yang duduk di KTD, jangan kita menjadi salah seorang yang menconteng arang di KTD. Dah kalau kita tidak support, duduk diam sudah. Just fokus on you study and finish it. 

Di KTD lah banyak mengajar saya akan realiti kehidupan sebenar dan mula kenal akan islam yang sebenar. Bagi saya, mana-mana pelajar yang masih kelihatan buntu, serabut, tak nak support, memburuk-burukkan KTD dan macam-macam lagi, sebenarnya yang bermasalah ialah diri mereka sendiri. Bukannya KTD yang bermasalah. Maka dengan itu saya mengajak teman-teman untuk positif terhadap KTD. Mudah-mudahan dengan positfinya kita Allah beri kita sesuatu yang baru. 

Wallahua"lam, yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang lemah itu datang dari diri saya. Semoga kita menjadi sebahagian keluarga KTD yang cemerlang, gemilang dari segala aspek. Mari kita bangun dan pakat-pakat tolong KTD untuk menjadi satu Institusi yang hebat,gemilang dan TERBILANG!

3 comments:

  1. Hidup KTD...!!!!!
    meraka yg menconteng arang adalah orang2 seni yg tiada kesedaran Islam. (walau 'parents'nya mempunyai kesedaran).

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah,syukur sangat...
    perasaan yang sama dan turut saya rasai apabila saya datang menimba ilmu di KTD...bukan setakat ilmu duniawi bahkan akhirat...
    tetapi kita manusia biasa (fokus kepada diri sendiri)sentiasa lalai,sering kali lupa mengingati Allah...ya Allah...nothing to say just,keep it up and smoga berjaya encik zulkarnain...

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar! KTD= Kolej Terbaik Dunia. Mari kita sama-sama membantu KTD untuk menjadi Kolej yang terbaik.Amin

    ReplyDelete

Perlu pandangan dari anda semua

Followers