Sunday, February 20, 2011

PROGRAM i-Like KTD 2011


Apa kahabar teman-teman seperjuangan sekalian yang ada diluar sana? Semoga sihat-sihat dan diberi kekuatan dalam menyempurnakan tugasan masing-masing pada hari ini, insyaallah. Alhamdulillah hujung minggu saya pada kali ini diisi dengan satu program yang cukup-cukup bermanfaat dan seronok sekali. "Program i-Like" merupakan satu program yang santai dan dalam masa yang sama diisi dengan pelbagai aktiviti menarik. Selain daripada santai, program ini juga menekankan aspek kerohanian yang cukup baik. Seramai 38 orang peserta dan juga fasilitator bergabung tenaga dalam menjayakan program i-Like ini.  

Saya begitu tertarik dengan modul yang terdapat didalam program i-Like ini. Antara modul yang paling saya gemari ialah modul yang menekankan kepada 2 aspek utama yang sering kali berlaku didalam kehidupan kita. Pertama sekali "Sabar", dan yang kedua  tentang "Kesungguhan". 

SABAR - Dalam kehidupan kita, sudah semestinya kita akan diuji dengan pelbagai masalah dan juga ujian hidup. Persoalannya ialah apa yang perlu kita lakukan? Teringat akan kisah Nabi Ayyub a.s yang mana bila dia diuji dengan seluruh harta kekayaannya musnah terbakar. Kedua, dengan izin Allah juga anak-anaknya meninggal dunia, dan ujian yang paling berat sekali bila Nabi Ayyub diserang penyakit Kudis yang teramat lah teruk sehingga digambarkan kulit, isi daging Nabi Ayyub menjadi nipis. 'Subhanaullah'  begitu hebat sekali ujian yang diberikan kepada Nabi Ayyub. Akan tetapi beliau tetap sabar dan terus beriman kepada Allah s.w.t. 'Allahuakbar', kita bagaiman teman-teman? Adakah masalah yang kita hadapi terlalu besar sehinggakan kita tidak mampu untuk bersabar dan tenang dalam menghadapinya. SABAR SABAR SABAR!

KESUNGGUHAN - Dalam kita melaksanakan aktiviti rutin harian kita, perlunya ada kesungguhan yang tinggi. Tanpa kesungguhan, sesuatu kerja yang kita lakukan akan tidak berkualiti dan ala kadar. Hakikatnya, segelintir manusia hanya akan bersungguh apabila sesuatu kerja itu menwarkan ganjaran yang lumayan dan bukan menganggap kerja itu sebagai satu amanah dan juga ibadah kepada Allah s.w.t. 

Manusia... Sering lupa dan leka. Mudah-mudahan program seperti ini mampu memberi sesuatu yang baru pada diri kita. Selain itu juga, apa yang menarik dalam program i-Like ini ialah UKHWAH antara peserta program dan juga fasilitator. Wallahu'alam, ini sahaja yang mampu saya contengkan pada hari ini. Terkurang, Terlebih atas kelemahan diri saya. Mudah-mudahan semua kita terus segar dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada kita.

1 comment:

Perlu pandangan dari anda semua

Followers