Wednesday, February 16, 2011

SEKADAR BUAT TAPI TIDAK FAHAM



Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t kerana pada hari ini saya masih lagi diberi kesempatan untuk update blog Oh Tidak! Pada hari ini, saya ingin berkongsi satu ucapan yang telah disampaikan oleh ketua eksekutif kolej Teknologi Darulnaim kepada kami semua.

Ucapan beliau berbunyi :
"Kita pada hari ini dalam melaksanakan sesuatu perkara hanya dengan buat sahaja dan tidak ada kepada penghayatan. saya mengambil contoh pelajar yang menjawab soalan pendidikan islam dan boleh A. Akan tetapi pelajar tadi tidak menghayati pun akan islam yang sebenar. Atau misal kata guru yang ingin mengajar anak-anak muridnya agar jauhi perkara-perkara mungkar, sedangkan dia tengah buat perkara-perkara mungkar. Bagaimana mesej nak sampai kalau lagu tu? Sebagai umat manusia yang mengucap dua kalimah syahadah seharusnya menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kebaikan dan kemungkaran tidak boleh dilaksanakan seiring. Ianya serupa kita mengambil ajaran islam separuh sahaja. Sekiranya kita berhajat kepada kebaikan maka ambil lah islam sepenuhnya dalam segala aspek."

Bagaimana sahabat-sahabat sekalian? Dimana kah tahap diri kita pada masa ini? Saya yakin sahabat-sahabat mempunyai jawapan sendiri didalam hati. Apa yang harus kita lakukan ialah jangan pernah berhenti daripada melamar redha Allah s.w.t. Walaubagaimana sekalipun keadaan kita, teruskan berjuang dan sabar dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran ini.

Wallahu'alam, semoga kita diberikan pintu hidayahNya dan sering berada dalam keadaan yang segar dengan keimanan. 
 

1 comment:

  1. sekadar buat tapi tak faham, teda guna..
    itu namanya taklid semata2..

    ReplyDelete

Perlu pandangan dari anda semua

Followers