Friday, March 4, 2011

SURAT BUAT KTD

"Sudah genap 3 tahun dan 8 bulan aku berada di Kolej Teknologi Darulnaim. Alhamdulillah, terlalu banyak yang telah aku perolehi dari tempat yang kecil ini.. Diri ku yang dulu kosong, kini mula dipenuhi dengan benih-benih tarbiyah dan juga kasihku kepada islam. Ya Allah, sujud syukur kepada MU yang telah memilih aku untuk berada di Kolej ini..

Semoga, benih-benih yang aku perolehi ini tidak berciciran dan terus kekal menjadi bekalan untuk aku bawa pulang kelak.. Harapan kepada adik-adikku yang berada ditempat ini, "Adik-adik ku cari lah ilmu yang berguna dan juga jangan sia-siakan segala peluang yang telah Allah berikan kepada kita.. Sesungguhnya, kita dipilih untuk berada disini, untuk kita memperoleh kebaikan.."

Tidak lupa juga aku ucapkan kepada seluruh sahabat-sahabat ku yang telah banyak membantu diri ini untuk merasai nikmat tarbiyah dan juga islam.. Semoga sahabat-sahabat ku berada didalam keadaan yang terus segar dengan keimanan dan jangan pernah lupa pada UKHWAH kita yang telah terbina dari semester 1 sehingga lah semester akhir.. Aku sayang pada kalian..

KTD KTD KTD KTD.. biar lah aku menjadi sebahagian dalam merealisasikan impian KTD untuk menjadi sebuah IPT yang hebat dan terbaik dunia.. Allahuakbar!! Aku menadahkan tangan dan berdoa agar KTD menjadi sebuah tempat pendidikan yang terbaik dunia dan juga akhirat.. AMIN


Yang benar

.......................
(Hamba Allah s.w.t)

2 comments:

  1. mana tandatangan nya.... benar ke tak benar ni?....
    huhuhu.... :)

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar... Nanti ana t.t ok.. :-)

    ReplyDelete

Perlu pandangan dari anda semua

Followers