Sunday, February 6, 2011

BERSOLAT+ BERDOA = ATASI TEKANAN

BERSOLAT
BERDOA

































Alhamdulillah, saya masih lagi diberi peluang untuk menulis satu lagi tajuk yang saya harapkan mampu memberi kesan kepada hati dan juga diri kita. Hari ini saya telah mendapat satu nasihat dari seorang sahabat yang saya kasihi. Nasihat beliau berbunyi seperti ini "menulis blog bukan semata-mata untuk kita lihat followers kita paling ramai, atau menulis blog bukan sekadar nampak cantiknya atau apa-apa sahaja, akan tetapi menulis blog adalah untuk kita menyampaikan mesej yang berguna kepada orang lain."  saya sangat berterima kasih pada sahabat-sahabat yang selalu memperingati diri ini. Semoga sahabat-sahabat saya senantiasa dalam keadaan segar dan bugar dalam kerja-kerja islam.

Hari ini saya terbaca satu artikel yang mana tajuknya berkaitan solat dan juga doa boleh mengatasi masalah tekanan didalam diri kita. Saya cukup tertarik dan terdetik untuk berkongsi dengan teman-teman diluar sana yang sudi melewati ruangan Oh Tidak!.

Baiklah, saya mulakan. Pada hari ini yang serba mencabar kita sering berdepan dengan pelbagai masalah. Maka dengan itu lazimnya kita akan diselubungi tekanan, malah fikiran juga mula menjadi celaru kerana terlalu memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Lalu, dalam meringankan tekanan atau masalah yang dihadapi ada beberapa cara seperti:

  • Bersabar dengan segala yang menimpa. "Wahai anak-anakku, dirikanlah solat, dan suruhlah bebrbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara yang dikehendaki melakukannya."(Luqman: 17)

  • Anggaplah masalah itu sebagai satu ujian, yang akan meningkatkan keimanan dan juga ketabahan. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cabaran)? Dan demi sesungguhnya kami telah menguji orang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang sebenar-benar beriman, dan nyata pula apayang diketahuinya tentang orang yang berdusta." (Al-Ankabuut : 2-3

  • setiap masalah ada hikmahnya, seperti menggugurkan dosa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda : "Tidakkah seorang muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan menggugurkan bersama-sama dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunya." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

  • Ujian adalah tanda Allah mencintai seseorang itu. Rasulullah s.a.w bersabda "sesiapa dikehendaki Allah baginya kebaikan, akan diberikan cubaan kepadanya." (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Teman-teman sekalian, menyedari kehidupan tidak lari dari masalah, maka mari kita sama-sama meringankan ia dengan kita solat dan bermunajat pada Allah agar kita diberikan kekuatan dalam menghadapinya. Wallahu"alam ini sahaja yang mampu saya kongsikan bersama pada hari ini. Tulisan ini khusus peringatan buat diri sendiri dan juga teman-teman yang diredhai Allah sekalian. Sekali lagi, yang mana silap mohon maaf dan segala kebaikan itu datang dari Allah s.w.t lagi maha besar dan juga maha mengetahui. Semoga dengan penulisan ini mampu memberi sesuatu yang baru buat diri saya dan juga anda. Salam..

Friday, February 4, 2011

GAME GAME GAME


Salam ukhwah pada teman-teman semua.Alhamdulillah, mari sekali lagi kita bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izinnya kita masih lagi diberi ruang untuk bernafas dan melaksanakan aktiviti rutin kita harian.

Alhamdulillah, Insyaallah saya akan kupas sedikit mengenai "Games" yang berlaku dipersekitaran kita pada hari ini. Budaya main game ini sudah sinonim dengan remaja yang bersekolah menengah mahupun mahasiswa di IPT/IPTS. Terlalu banyak sehinggakan anak-anak muda kita terus khusyuk dan leka dengan aktiviti games ini.

Pes 2011, Counter Strike, Star Wars, FIFA, Cabal, Dota dan bermacam lagi jenis game telah bersarang didalam diri anak-anak muda pada hari ini. Apa yang menyedihkan ialah, aktiviti games ini menyebabkan anak-anak muda kita pada hari ini sudah lupa akan solat. Malah ada juga maklumat mengatakan faktor tidak hadir ke kelas adalah disebabkan bermain game 24jam.

Adakah anak muda seperti ini yang kita inginkan? Ataupun adakah kita ingin menjadi seperti ini? Sebagai insan yang bergelar manusia islam, kita seharusnya bersama-sama mencari jalan penyelesaian dalam membendung masalah ini. Adakah aktiviti seperti ini sia-sia dan haram? Yes Of Course sekiranya kita terlalu khusyuk dan menjadi hamba kepada games sehinggakan kita lupa melaksanakan perintah Allah s.w.t.

Cuba anda berfikir dengan lebih kritis dan kritikal? Selain itu juga, ada sesetengah pelajar yang mengatakan dengan games boleh hilangkan tension? Iya ke? Saya rasa lagi tension ialah. Nak hilangkan tension bukan ini caranya. Caranya ialah satu sahaja, solat. Ditambah pula dengan kita beristighfar serta zikir, insyaallah akan mengurangkan beban didalam diri kita.

Jadi, sebagai remaja yang masih lagi normal dan tidak gila, mari kita bersama-sama mengatasi masalah games ini dan cuba untuk mengawalnya. Jangan biarkan games mengawal kita. Senang cerita mari kita buat satu formula ringkas =

Games 2jam/Akan tetapi solat jangan tinggal!!

Saya yakin anda mempunyai formula yang lebih baik dari saya. Berusahalah menjadi seorang yang mampu melawan segala cabaran yang mendatang. Peringatan buat diri saya sendiri dan juga teman-teman yang diredhai Allah sekalian.Segala kekurangan saya memohon maaf. Wassalam..

Thursday, February 3, 2011

SAHABAT....JANGAN SEDIH!



"yA Allah, kuatkan kan lah tali persahabatan kami dan satukan lah kami dijalan-jalan keredhaan Mu ya Allah"

Alhamdulillah, coretan pada kali ini saya tujukan khusus buat sahabat baik saya yang senantiasa bersama saya disetiap saat saya berduka. Kami ibarat adik beradik yang rapat. Hampir semua perkara kami lakukan adalah bersama. Sekolah, Kampung, Sukan, Unit beruniform, Hobi dan sampai ke KTD pun masih lagi bersama. Allahuakbar, bila flashback semula, kenangan-kenangan lalu masih segar didalam ingatan.

Sahabat saya ini telah banyak membantu dalam menambah baik segala kelemahan dan juga kekurangan didalam diri ini. Disaat saya melalui saat sukar, dia juga lah orang yang banyak membantu dan memberi pandangan serta nasihat. Subahanaullah segala puji bagi Allah dan syukur kerana dengan izinnya saya mendapat seorang sahabat yang baik.

Sehinggalah pada satu hari kami perlu berpisah diatas 1 sebab, iaitu dalam rangka mencari redha Allah s.w.t. Berjuang dalam memperbaiki kehidupan masyarakat ditanah kelahiran kami. Saya memilih untuk tidak pulang bersamanya, kerana ada sesuatu yang harus dilaksanakan disini dan juga dalam proses memantapkan diri serta menimba seberapa banyak ilmu dunia mahupun akhirat. Saat ini merupakan ujian yang berat buat saya dan juga sahabat yang saya kasihi.

Namun, kerja-kerja dakwah harus diteruskan. "Sahabat saya, jangan pernah bersedih! Sesungguhnya Allah senantiasa bersama mu." Itu lah ayat yang mampu saya lontarkan kepadanya. "Sahabatku, ana akan senantiasa mencari ruang untuk meluangkan masa dalam melaksanakan kerja-kerja yang mulia ini. Walaupun kita jauh, namun iringan doaku tetap senantiasa bersama mu."

Teman-teman sekalian, apa yang saya nak anda semua dapat daripada perkongsian pada hari ini ialah, CARI LAH SEORANG SAHABAT YANG MAMPU MENDIDIKMU. YANG SENANTIASA INGATKAN KITA KEPADA ALLAH S.W.T. Jangan memilih teman atau sahabat yang membawa kita jauh dari jalan-jalan Allah s.w.t.

Akhir kalam, mari kita sama-sama memilih kepada jalan-jalan kebenaran dan saya juga mengajak untuk kita senantiasa UPDATE iman dan juga diri kita pada setiap masa. Wallahu"alam sesungguhnya Allah itu lagi maha mengetahui dan maha besar. Wassalam...

Followers