Friday, June 10, 2011

7 GOLONGAN DILINDUNGI ALLAH

Assalamualaikum teman-teman pembaca sekalian, alhamdulillah, dengan sedikit kekuatan yang Allah berikan, saya mampu untuk mencoret lagi pada hari ini. Sedikit perkongsian ringan dari saya untuk teman-teman semua, khususnya member-member yang ada di Kolej Teknologi Darulnaim. Mudah-mudahan ianya bermanfaat.

Hadis sahih Bukhari, daripada Abu Hurairah ra, Nabi Muhammad SAW bersabda :Tujuh golongan dilindungi Allah SWT pada hari yang tidak ada lindungan selain lindungan-Nya
  1. Imam (pemimpin) yang adil
  2. Pemuda yang hidup dalam beribadat pada Allah
  3. Orang yang mengingati Allah ketika bersendirian lalu menitis air matanya
  4. Orang yang hatinya tergantung pada masjid
  5. Dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah
  6. Lelaki yang digoda oleh perempuan berdarjat cantik, tetapi dia mengatakan "AKU TAKUT ALLAH"
  7. Orang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dibuat oleh tangan kanannya

Mudah-mudahan kita semua tergolong dikalangan golongan yang mendapat perlindungan Allah SWT. Sama-sama lah kita proses akan diri kita untuk menjadi yang terbaik dalam kita menuju kembali pada Allah SWT. Wallahu'alam, coretan ini khusus sebagai peringatan pada diri saya sendiri dan juga teman-teman yang dirahmati Allah sekalian. Wassalam.

Wednesday, June 1, 2011

AKU DAPAT 10 A

Sebagai seorang pelajar, sudah pasti kita mahukan banyak A dalam kesemua matapelajaran kita. Dan normal bagi seorang pelajar, datang ke Sekolah adalah untuk menjadi cemerlang. Insyaallah pada hari ini, ingin saya berkongsi berkenaan dengan satu formula untuk kita cemerlang dalam peperiksaan menuju Allah SWT. Maka dengan itu, kita harus memperolehi 10 A. Antara A tersebut ialah :
  1. Kena A dengan Allah SWT - semua aspek yang melibatkan ibadah kita kepada Allah
  2. Kena A dengan Rasulullah SAW - mengikuti segala teladan dan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW
  3. Kena A dengan Al-Quraan - Baca, faham dan juga amal
  4. Kena A degan Mak Ayah - tidak lawan serta mendoakan mereka
  5. Kena A dengan ahli-ahli ilmu - senantiasa menghormati dan memanfaatkan ilmu yang telah diberikan
  6. Kena A dengan ibadah - senantiasa bersemangat dalam melaksanakan ibadah
  7. Kena A dengan akhlak - senantiasa mempamerkan akhlak yang baik
  8. Kena A dengan Akademik - belajar kerana Allah SWT
  9. Kena A dengan Akhirat - percaya pada kewujudan akhirat
  10. Kena A untuk menjadi ahli syurga - menjadi hamba Allah SWT yang cintakan dan mendambakan syurga Allah sesuai dengan perlaksanaan amal di dunia.
Itu lah dia teman-teman pembaca sekalian, 10 A yang harus kita capai dalam mempertingkatkan lagi keimana kita serta menambah bekalan untuk menuju Allah SWT. Wallahu'alam, hanya lah sekadar peringatan buat diri sendiri dan juga teman-teman. Wassalam...

MUSLIM MINDA SUPER

Assalamualaikum teman-teman pembaca yang penuh dengan kecerian pada hari ini. Mudah-mudahan kita semua senantiasa berada didalam keadaan yang penuh dengan kesegaran dalam melaksanakan perintah Allah SWT. 

Alhamdulillah, sangat  lah saya bersyukur kepada Allah SWT, kerana saya masih berkesempatan untuk menulis lagi. Insyaallah pada hari ini, akan saya kongsikan satu formula yang saya petik daripada seorang Abang yang sangat berjiwa besar. 28Jam yang lalu saya sempat menemani beliau dalam satu sesi ceramah beliau dalam program PROCAST di Tok Bali Kelantan.  Beliau yang saya maksudkan ialah :

Ayuh datang ziarah blog ana "usrahkeluarga.blogspot.com"

Apa yang ingin saya kongsikan ialah, salah satu isi yang saya ambil daripada penyampaian beliau iaitu berkenaan dengan " BAGAIMAN MELAHIRKAN MUSLIM MINDA SUPER?"

Sebagai hamba Allah SWT, kita mesti memiliki minda super, agar kita mampu menjadi seorang yang lebih baik dan hebat. Antara formula yang diberikan pada kami semua iaitu :

  1. Mengenal diri sendiri terlebih dahulu - Manusia yang tidak mengenal diri sendiri, tidak akan memilik masa depan yang jelas.
  2. Bercerminkan dari orang-orang yang berjaya
  3. Memiliki cita-cita yang luar biasa
  4. Mendasyatkan Niat - "Berapa banyak amal yang remeh menjadi besar gara-gara niat. Dan berapa banyak amal yang besar menjadi remeh gara-gara niat"
  5. Berjiwa besar - Mengambil contoh Rasulullah SAW dan juga para Sahabat Baginda
  6. Memiliki matlamat yang benar 
  7. Merubah malas menjadi POSITIVE (+) - Formulanya ialah  :
                           M = Matlamat Jelas, 
A = Anjakan paradigma,
L = Lead (diri sendiri sebelum hawa nafsu lead), 
A = Agenda (Kena ada agenda dalam kehidupan kita), 
S = Spiritual quotient (kerohanian dalam diri) 

Bagaimana teman-teman? Anda anda sudah bersedia menjadi minda islam yang super atau pun minda yang "ala ok lah ni, biasa-biasa je lah". Maka mulai saat ini, kita harus membuat pilihan yang terbaik buat diri kita semua. Wallahu'alam, ini sahaja lah yang dapat saya kongsikan buat teman-teman pada hari ini. Mudah-mudahan ianya dapat bermanfaat buat diri saya khusunya dan juga teman-teman pembaca sekalian. Yang mana kurang, saya mohon maaf. Sehingga ketemu lagi dalam penulisan yang lain. Wassalam..

Followers