Wednesday, June 22, 2011

KELUARGA BARU DENGAN HARAPAN BARU


Salam ukhwah teman-teman sekalian. Alhamdulillah, tepat 18 jun 2011, kami telah didatangi dengan kehadiran wajah-wajah baru dan juga harapan baru. Syukur kepada Allah SWT, dengan izinnya segala usaha yang kami lakukan akhirnya membuahkan hasil seramai 296 orang pelajar mendafatar di Kolej Terbaik Dunia. (KTD)


"Selamat datang" saya ucapkan pada adik-adik pelajar baru semester 1 sesi 2011/2012. Mudah-mudahan KTD menjadi tempat terbaik buat adik-adik semua. Ya, memang KTD serba kekurangan, namun ingin saya memetik kata-kata graduan KTD 2011 Stacy Binatus yang berkata "The place is not the matter but the brain is". Apa yang perlu kita semua lakukan ialah mengasah akal fikiran dan juga hati kita untuk berubah daripada kurang baik menjadi baik.


Teringat juga akan kata-kata sahabat saya En Jumat Mat Salleh, "Saya berbangga menjadi pelajar Kolej Terbaik Dunia". Begitu juga lah harapan kami semua pada adik-adik. Berbangga lah dengan apa yang telah Allah SWT tetapkan buat kita semua. Gali lah ilmu serta peluang yang ada di Kolej Teknologi Darulnaim. Akhir kalam dari saya, "Ngaji biar pandai, perangai biar jjuruh, hidup biar boleh tumpang" insyaallah.


Wallahu'alam, mohon maaf pada semua teman-teman pembaca, sekiranya artikel saya ini tidak lah begitu menarik. Mudah-mudahan "penulisan kita boleh menjadi sumbangan pada agama". Wassalam.

Friday, June 17, 2011

JOM CAKAP SABAH


Salam perjuangan dari saya from Sabah.

Hari ini, saya ingin berkongsikan sedikit cara tutur bicara negeri saya sendiri. Sabah merupakan negeri yang mempunyai pelbagai suku kaum dan memiliki tutur bicara yang berbeza-beza. Bila sebut Sabah, sudah tentu sinonim dengan Gunung Kinabalu, Pulau Sipadan dan pelbagi jenis tempat yang menarik dan sering menjadi tumpuan para pelancong tempatan mahupun luar. 

Baik, kita letak tepi dulu tentang Gunung Kinabalu. "Cakap Sabah bah", izinkan saya untuk berkongsikan cara tutur orang sabah yang diguna pakai setiap hari. Penggunaan bahasa melayu sabah banyak dipengaruhi oleh bahasa Indonesia dan juga Brunei. Ayuh kita lihat beberapa contoh :
* Bilang - Cakap, bagitau
* Limpas - Lepas (masa). atau lintas (Seberang)
* Pigi - Pergi
* Aisboks - Peti Sejuk
* Bubut - Kejar
* Silaka - Celaka
* Mangkali - Barangkali
* Dan banyak lagi yang kita akan sambung pula lepas ini.

Penggunaan kata tambah "Bah" - Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kita. Sebagai contoh :
* Iya, bah - Iya lah

Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan.Sebagai contoh :
* Bah, pigi la kamu dulu - (Saya menjawab kamu), pergi lah dahulu

Perbezaan yang dapat kita lihat diantara penduduk Negeri Sabah dan juga Negeri-negeri lain yang ada di Semenanjung Malaysia dalam bertutur kata seperti :
  * Sebutan "saya" - Sabah sebut = Aku, Saya  (Manakala) Semenanjung sebut = Saye, kita

Dan banyak lagi penggunaan bahasa yang dapat kita kenalpasti. Setakat ini sahaja lah dahulu yang dapat saya kongsikan. Insyaallah saya akan kongsi lagi pada masa akan datang. Bah, jumpa lagi ya. Wassalam.

Thursday, June 16, 2011

HATI LAPAR

Salam ukhwah pada teman-teman semua... Bagaimana dengan khabar iman kita pada hari ini? Mudah-mudahan iman kita senantiasa berada dalam keadaan paras yang baik.

Hanya sedikit perkongsian daripada saya buat teman-teman yang ada diluar sana :

 " Bila perut terasa lapar, kita merasa sakit perut dan rasa berangin didalamnya. Namun teman-teman, lapar hati langsung kita tidak rasa. Maka dengan itu, mari lah sama-sama kita senantiasa menjaga hati kita daripada kebuluran dengan majlis-majlis ilmu serta program-program yang dapat membentuk hati menjadi ampuh dan utuh"

Itu sahaja dari saya, mari lah sama-sama kita periksa akan hati kita dari masa ke semasa. Wallahu'alam, mana yang kurang datang dari diri saya, dan mana yang baik datang dari Allah SWT yang lagi maha Besar dan maha Mengetahui. Wassalam..

Followers