Sunday, January 23, 2011

PELURU



Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk UPDATE BLOG OH TIDAK pada hari ini. Syukur hanya kepada Allah s.w.t yang maha besar lagi maha pemurah. Terlalu banyak sudah nikmat yang diberikan kepada kita, sehinggakan ada segelintir manusia lupa, bahawa nikmat-nikmat yang Allah berikan ini hanya lah pinjaman semata-mata. Tidak sepantasnya untuk kita berbangga dengan apa yang kita miliki, akan tetapi berbanggalah dengan ikhlas untuk memberi manfaat kepada orang lain.


Kehidupan remaja pada hari ini sangatlah mencabar dan penuh dengan onar dan duri. Kenapa tidak? remaja islam yang ada disekeliling kita senantiasa dibedil dengan pelbagai jenis peluru sehinggakan remaja kita musnah dan punah. Peluru-peluru yang saya maksudkan ialah bukannya peluru pistol mahupun senapang gajah, akan tetapi peluru-peluru yang berunsurkan hiburan, couple, permainan, kekayaan dan bermacam jenis lagi sehinggakan meruntuhkan akhlak anak-anak muda yang ada.


Sehinggakan tahap pemikiran remaja islam boleh jadi singkat dan selalu mengambil jalan mudah. Apa sudah jadi? Adakah langakah-langkah yang telah diambil dari pelbagai pihak tidak berkesan atau pun kurang berkesan. Kita sendiri boleh lihat dengan pelbagai gejala sosial yang melanda seperti Buang bayi, merempit, membuli, mencabul, merompak dan macam-macam lagi kejahilan yang senantiasa berlaku dikalangan anak muda kita.


Sudah tidak ada rasa takut lagi dengan kuasa Allah s.w.t. Pelbagai kejadian yang telah Allah tunjukkan kepada kita semua, namun keberkesanannya hanyalah bersifat sementara dan tidak kekal lama. Sudah tentu manusia itu pelupa dan sering melakukan kesilapan. Akan tetapi kalau asyik buat silap sahaja dan tidak ada usaha untuk memperbaiki diri, apa kes sahabat-sahabat sekalian? Persoalannya apa peranan kita dalam mengatasi masalah seperti ini sekirannya ia berlaku keatas diri kita. "Tepuk Dahi Tanya Iman kita"

No comments:

Post a Comment

Perlu pandangan dari anda semua

Followers