Tuesday, February 8, 2011

BAJU ANDA YANG MANA?

Assalamualaikum pada teman-teman semua. Moga-moga pada hari ini kita berada didalam keceriaan dan diri kita masih lagi tidak pernah berhenti daripada diUPDATE agar menjadi yang lebih baik. Alhamdulillah, hari ini sekali lagi saya akan berkongsikan satu tajuk didalam Oh Tidak!

Baiklah teman-teman sekalian, pada hari ini kita telah diserang satu fenomena yang dipanggil jersi bola kegemaran. Ya, jersi bola kelab-kelab hebat seperti Manchester United, Chealsea, Barcelona, Real Madrid dan macam-macam lagi. Antara golongan penggemar akan baju-baju ini adalah anak muda yang minat akan dunia bola sepak. 



Kenapa isu jersi bola sepak pula yang ingin saya sentuh? Baiklah,  segelintir anak muda kita pada hari ini terlalu khusyuk dan mengagung-agungkan baju diatas. Akan tetapi bagaimana pula baju-baju yang membawa mesej-mesej islam? Adakah juga ia diagung-agungkan seperti jersi bola diatas? Oh Tidak, ya memang ada akan tetapi pada hakikatnya yang lebih digemari ialah jersi-jersi bola sepak yang mereka gemari.

Pergi kuliah, solat, ronda-ronda area KB Mall, tidur guna jersi bola. Kenapa mereka suka guna? Adakah sebab jersi tersebut bercahaya. Ataupun bila pakai ia akan kelihatan sebagai pemain bintang terkenal eropah Lionel Messi? Ronaldo? Kaka? Drogba? atau apa kah? Apa sahaja alasan anda mesti ada sebabnya. 

Baik, bagaimana pula dengan baju-baju seperti dibawah?




Adakah baju-baju seperti ini amat popular dikalangan kita? Adakah anak-anak mudak sibuk mencari baju-baju seperti ini di pasaraya-pasaraya besar? Kb Mall? Parkson? Pasar Malam? Sudah semestinya ada. Tetapi tidak lah sehebat jersi bola sepak kegemaran anda.

Teman-teman sekalian, sebenarnya kita sudah mula dikikis keislaman kita sedikit demi sedikit. Musuh-musuh islam menggunakan apa sahaja cara, asalkan melihat anak-anak muda yang ada hanya sibuk dengan benda-benda yang tidak berfaedah. Hatta dengan jersi-jersi bola sepak kegemaran kita mampu merubah kita menjadi sama sperti mereka (musuh-musuh islam), yang hanya asyik dengan jersi + bola sepak + sokong yang mana hebat + kenal pemain bintang bola = baju islam tidak popular + tokoh-tokoh islam tidak kenal + kisah sahabat-sahabat Rasulullah out = Jahil tentang sejarah dan tokoh islam.

Teman-teman sekalian, walaupun kita penggemar baju apa sekalipun, kenal akan tokoh-tokoh bola sepak akan tetapi seimbangkan lah ia dengan mengenal sejarah-sejarah perjuangan Rasulullah dan juga tokoh-tokoh islam terdahulu sehingga ke hari ini. Kalau tahu lebih lagi tentang sirah  Rasulullah dari bola, lagi bagus dan sangat bagus. 

Akhir kalam, sekiranya diri saya terlalu banyak mencarut mohon dimaafkan. Begitu juga teman-teman yang terasa atau kurang senang dengan coretan saya pada hari ini, juga mohon dimaafkan. Lain dan tidak bukan sekadar peringatan buat diri sendiri. Wallahu'alam..


2 comments:

  1. baju bola kn trend masa sekarang???
    of course lah ramai yang suka memakainya...
    p apa2 hal dimulakan dengan niat, if kita pkai baju bola tu adalah utk menutup aurat xpa kn???
    x salah kn??? (klau salah minta betulkan ye) p 2 lah revolusi barat sentiasa menghantui t'utama muda mudi cam saya ne, ntah lah susah gak nak cakap banyak ne, bab ilmu kurang sangat...en rosdi da habaq yang doa 2 tiang agama, so hanya doa yang dapat mengiringi...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..saya setuju dgn suzie..Cuma apa yg saya maksudkan ialah anak-anak muda yang terlalu taksub dengan baju bola. Kenapa kita tidak trenkan baju yang berbentuk islam. Sedangkan sesetengah baju bola ada logo2 yang tidak sepatutnya kita guna. Satu lagi isu ini saya timbulkan sebagai peringatan sahaja kepada kita semua agar beringat utk seimbangkan kehidupan kita.

    ReplyDelete

Perlu pandangan dari anda semua

Followers