Friday, February 25, 2011

CINTA PADA SI DIA?

Salam ukhwah pada teman-teman sekalian. Apa khabar anda pada hari ini? Semoga terus bersemangat dalam melaksanakan amanah Allah pada kita semua..Amin.. Alhamdulillah, semalam merupakan pilihan raya bagi Kolej Teknologi Darulnaim, dan calon yang menang sudah pun diketahui. Cuma apa yang boleh yang saya simpulkan ialah, tidak kira siapa yang menang atau kalah, mari kita bersama-sama dalam mendokong cita-cita Kolej Antarabangsa Teknologi Darulnaim untuk menajdi sebuah IPT contoh pada IPT yang lain. Tidak lupa juga untuk melaksanakan kerja-kerja yang paling penting iaitu D&T.

Teman-teman yang dirahmati sekalian, pilihan raya itu tadi hanya lah sekadar selingan semata-mata. Apa yang cuba saya sampaikan pada hari ini ialah berkenaan cinta kita pada si dia. Siapa kah si dia itu? Si dia ialah............ Beberapa hari yang lepas, saya telah memasuki ruangan blog Oh Teman. Blog ini dimiliki oleh seorang sahabat saya, yang telah banyak membimbing dan menyokong sepanjang keberadaan di KTD dari zaman belajar sehinggalah bekerja. Saya sangat tertarik dengan tajuk penulisannya yang berkisar "AKU JUGA MENCINTAIMU".

Ianya berkisar tentang cinta kita kepada Rasulullah s.a.w. Dalam penulisan beliau juga diselitkan satu riwayat hadith yang mana pada ketika itu Rasulullah bertanyakan pada sahabat-sahabatnya "siapakah orang yang MULIA disisi Allah s.w.t?

Sahabat : para malaikat ya Rasulullah. Merekalah yang mulia.
Rasulullah : ya mereka mulia. Mereka dekat dengan Allah, mereka sentiasa bertasbih kepadaNYA. Sudah tentulah mereka mulia, tetapi bukan itu yang aku maksudkan.
* Para sahabat kembali terdiam dan tiba2 ada seorang sahabat yang berkata.
Sahabat : Ya Rasulullah, tentulah para nabi. Merekalah yang mulia.
Rasulullah : tersenyum dan berkata, ya para nabi itu mulia. Mereka adalah utusan Allah di muka bumi ini. lalu baginda berkata, bukan itu yang aku maksudkan.
* Para sahabat kembali terdiam. Siapa lagi yang mulia. lalu ada seorang sahabat yang berkata.
Sahabat : kami ini sahabatmu ya Rasulullah, adakah kami ini yang mulia?
* Rasulullah pun memandang ke wajah setiap sahabatnya yang ada bersama satu persatu lalu tersenyum dengan mereka.
Rasulullah : Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku dan membantu perjuanganku. Bagaimana mungkin kalian ini tidak mulia. Tentulah kalian mulia, tapi...ada lagi yang mulia dari kalian.
* Para sahabat kembali lagi terdiam. Mereka tidak lagi mampu untuk berkata apa-apa. Rasulullah tiba-tiba tunduk dan menangis dihadapan para sahabatnya.
Rasulullah : tahukah kalian siapakah yang mulia itu? mereka adalah manusia yang begitu mencintai Allah selepas ketiadaanku. Mereka tidak pernah melihat wajahku dan mereka tidak pernah dekat denganku seperti kalian. Tapi mereka begitu rindu kepadaku dan ketahuilah sahabatku, aku pun rindu kepada mereka.


Sub'hanaullah,saya sangat tersentuh dengan kisah ini. Kalau kita lihat manusia pada hari ini mula dipalingkan cintanya kepada bermacam jenis cinta. Ada yang cintakan harta, cinta duit, cintakan kereta dan yang tidak boleh tahan cinta pada teman wanita mereka lebih daripada cinta kepada Rasulullah s.a.w. Astaghfirullah'alazim, begitu hebat sekali virus-virus jahiliyah memakan cinta kita pada Rasulullah.

Mudah-mudahan cinta kita pada Rasulullah s.a.w yang masih ada ini, kita jaga lah ia dan pastikan ia terus berkembang mekar sehingga akhir hayat kita. Diri saya sendiri juga kadang-kadang hampir tewas dengan cinta-cinta yang lain, akan tetapi berbekalkan tarbiyah, teman-teman baik dan suasana yang soleh sedikit sebanyak membantu saya untuk melawan virus-virus ini. Wallahu'alam, peringatan ini khusus buat diri saya yang sering goyah dan perlu kepada peringatan yang selalu mahupun kerap kali. Mudah-mudahan kita mendapat petunjuk serta hidayah daripada Allah s.w.t, amin..






1 comment:

  1. hadits di atas tadi riwayat siapa?
    tak pernah dengar..
    boleh ana dapatkan matannya
    atau teks arabnya?

    atau mungkin boleh bagi url
    ruangan blog oh teman?

    ReplyDelete

Perlu pandangan dari anda semua

Followers