Wednesday, February 2, 2011

DETIK MANIS


Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah banyak memberi nikmat kepada kita. Antara nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan juga Islam. Pada 28 dan juga 29hb Jan 2011 saya telah mengikuti satu program pemantapan sahsiah Sekolah Menengah Agama Kampung Laut Terengganu di Taman Pertanian Sekayu. Subahanaullah, begitu indah sekali tempat program yang kami tujui. Saya begitu tertarik dan teruja akan tempat tersebut.

 



























Selain itu, pengisian program pula lebih menjurus kepada melatih adik-adik muda menjadi seorang pemimpin muslim yang soleh. Para cikgu, Fasilitator dan juga urusetia bukan calang-calang orangnya. Saya mengambil peluang yang ada untuk meminta pandangan dan juga berkongsi pengalaman antara cikgu-cikgu dan juga para fasilitator. Program ini juga banyak memberi pengisian didalan HATI kita. "Ya Allah, saya bersyukur kepadaMu kerana memilih saya untuk berada didalam program ini." Perasaan ini lah yang dapat saya gambarkan pada masa itu.















 Program seperti ini juga mampu melahirkan insan yang cemerlang dan juga mempunyai keperibadian yang baik. Bukan itu sahaja, aspek rohani juga diterapkan didalam program ini. Dengan aspek rohani itu tadi maka lengkap lah ciri-ciri pemimpin muslim yang soleh. Akhir kalam, semoga sahabat-sahabat yang ada diluar sana mengikuti program-program seperti ini dalam rangka meningkatkan keimanan kita kepada Allah s.w.t. Jangan asyik ikut program-program yang melalaikan dan juga hati tidak terisi dengan makanan-makanan yang tarbawi.

4 comments:

  1. salam akh..ad gambar lain lagi x?? by the way syukran ats meluangkan masa akh bersama kami dan perkongsian yg diberikan...

    fasilitator kem pemntpn sahsiah...

    ReplyDelete
  2. wsalam..Insyaallah ada. Ana juga begitu. Insyaallah sekiranya diberi ruang dan waktu kita akan jumpa lagi diprogram2 yg akn dtg.

    ReplyDelete
  3. inshaAllah akh...ana nk gambar..nk buat knngan ...mcm mana nak dptkan???

    fasilitator..

    ReplyDelete
  4. salam..enta dapatkan drpd abg afdhol atau qayyim.

    ReplyDelete

Perlu pandangan dari anda semua

Followers