Wednesday, May 4, 2011

AYUH KITA SENYUM

 

Assalamualaikum teman-teman yang dirahmati Allah SWT sekalian. Mudah-mudahan selepas membaca artikel saya ini, anda bisa tersenyum, insyaallah..

Alhamdulillah, sedikit peringatan pada diri saya dan juga teman-teman. 

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna."
                                                 (Surah Mukmin ayat 1 - 3)

Pada hari ini, ingin saya berbicara tentang senyum. Mengapa saya memilih "senyum" ini kerana amatlah bersesuaian dengan persekitaran KTD yang penuh dengan pelbagai suku kaum dan pelbagai jenis negeri dan juga agama. 

Dengan senyuman ini lah, akan menguatkan lagi ukhwah diantara kita semua, insyaallah.

Baik teman-teman yang dirahmati Allah SWT sekalian,islam tidak mengenal erti kemuraman sehinggakan apabila orang lain melihat wajah kita menjadi tidak selesa dan takut. Akan tetapi, islam senantiasa mengajar kita agar menampilkan wajah yang tenang, senantiasa berseri dan sehinggakan orang lain menjadi selesa akan kita.

Nah, sebagai seorang pelajar mahupun bekerja, pasti kita akan mengalami saat-saat sukar. Namun saya terbaca satu buku yang mana penulis ada menyatakan

"Orang yang murah dengan senyuman dalam menjalani kehidupan seharian bukan sahaja mampu membahagiakan diri sendiri, tetapi juga orang yang berkemampuan lebih dalam mengerjakan pelbagai urusan"

Maka dengan itu, setiap kerja yang diberikan pada kita haruslah disertai dengan senyuman. Malah, kalau bisa sebelum memulai sesuatu pekerjaan, haruslah senyum terlebih dahulu, insyaallah dengan izin Allah kita bukan sahaja boleh pahala, malah pekerjaan yang kita lakukan itu lebih beramanah dan ceria.

Senyuman juga, tidak akan berharga sekiranya ia tidak datang dari hati yang tulus. Ianya tidak sama dengan senyum yang kita buat-buat. Malahan, kita juga bisa melihat perbezaan manusia senyum ikhlas dengan senyum yang hanya tahi-tahi ayam. 

Dengan senyuman juga, segala kesulitan yang kita hadapi akan menjadi lebih tenang sambil kita berusaha dalam mengatasinya. Nah, bagi jiwanya yang muram pasti akan melihat kesulitan dengan kesedihan.Hasilnya, ia akan mula menyalahkan apa yang ada disekelilingya.

Bagaiman teman-teman? Adakah anda masih mahu menyimpan senyuman didalam peti mahupun didalam kocek baju? Nah, ayuh kita lontarkan senyuman sesama kita, biar persekitaran kita itu menjadi lebih nampak indah dan ceria. Malahan, dengan senyuman juga boleh menjadi sumber pahala buat kita, insyaallah...

Yang terakhir, ingatlah teman-teman sekalian, dalam kita masih lagi diberi kesempatan untuk mengumpul bekalan-bekalan akhirat, hargailah setiap saat yang ada dan manfaatkan lah ia dengan perkara-perkara yang tidak sia-sia. 

Wallahu'alam, orang pertama yang membaca penulisan ini, sudah semestinya saya sendiri dan baru lah disusuli dengan teman-teman. Teori sudah ada, tinggal saja lagi perlaksanaannya. Sesiapa sahaja boleh tulis artikel tentang senyum. Cedok lah dari buku manapun mahupun internet. Akan tetapi, itu semua tidak bermanfaat apabila ia tidak diamalkan.

Yang mana kurang, mohon ditambah dan mana yang silap mohon dinasihati. Mudah-mudahan kita semua senantiasa improve dari masa ke semasa. Takbir!!! "Allahuakbar"

Wassalam....

1...2...3... Senyum

No comments:

Post a Comment

Perlu pandangan dari anda semua

Followers