Sunday, May 8, 2011

BANYAK LAGI YANG HARUS DILAKUKAN



Salam ukhwah kepada teman-teman sekalian. Mudah-mudahan kita berada didalam keadaan yang senantiasa beriman dengan Allah SWT. "Allahuakbar" Allah Maha Besar.

Baru sahaja beberapa jam yang lalu selesai program bersama Dr Agus dari Indonesia. Apa yang ingin saya kongsikan ialah, tentang ceramah beliau yang sangat-sangat bagus dan santai.

Apa yang membuat saya lagi tertarik dengan beberapa soalan beliau kepada kami semua :

1) Siapakah diantara kalian yang hafal 30juzuk Al-Quraan?

2) Siapa disini yang hafal 100 hadis?

3) Siapa disini yang hafal doa makan? Doa tidur? Doa melihat cermin?

Subhanaullah, soalan-soalan beliau sangat tajam dan menusuk jiwa saya. 

Teman-teman yang dirahmati Allah SWT sekalian, mendengar sahaja soalan-soalan yang diajukan oleh beliau, terasa diri perlu banyak perkara yang belum sempurna dan masih banyak lagi yang harus dilakukakan.

Beliau juga ada menyentuh surah Al-Isra ayat 70 yang berbunyi :
"Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak Adam, kami angkut mereka di daratan dan di lautan, kami berikan mereka rezeki dari yang baik-baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah kami ciptakan"

Beliau menambah lagi, terlalu banyak nikmat serta potensi yang Allah telah beri kepada kita. Semua potensi ini hanya ada pada umat islam. Seharusnya kita mempergunakan potensi yang ada untuk menjadi pemimpin yang hebat dan mengajak orang lain menuju redha Allah SWT.

"Alhamdulillah" bersyukur kita sebagai hamba Allah SWT. Kepada teman-teman seperjuangan yang ada di KTD, masih banyak lagi perkara yang harus kita lakukan dan jangan cepat berpuas hati dengan apa yang kita ada sekarang.

5 tahun saya berada dalam keadaan yang kucar-kacir dan sehinggalah saya dipilih untuk berada di KTD barulah saya merasai apa itu nikmat islam yang sebenar. Walaubagaimanapun, masih banyak lagi yang harus dipelajari, ini kerana proses ini memakan masa yang agak panjang serta penghayatan yang bersungguh. 

Seperti yang saya selalu warwarkan, teori semua boleh, namun dari sudut perlaksanaan tidak mudah. Akhir kata, terima kasih kepada Dr Agus yang sudi meluangkan masa dengan warga KTD, dan semoga ketemu lagi, insyaallah.

Wallahu'alam, yang mana kurang mohon ditambah. Segala peringatan didalam penulisan saya, khusus untuk diri sendiri dan mudah-mudahan kita senantiasa segar dalam merubah masa depan diri untuk islam. Wassalam..

No comments:

Post a Comment

Perlu pandangan dari anda semua

Followers