Thursday, May 19, 2011

CINTA PHOTOSTATE


Rangkap 1
Assalamualaikum dan salam sejahtera pada teman-teman pemmbaca yang dirahmati Allah SWT sekalian. Alhamdulillah, ayuh kita sama-sama mengucapkan rasa syukur kepada Allah SWT yang telah banyak memberi kita nikmat di dunia ini.

Rangkap 2
Antara nikmat yang Allah SWT beri kepada kita, iaitu perasaan kasih dan sayang sesama manusia. Indahnya nikmat yang Allah beri pada kita. Malangnya, ada juga segelintir kita yang menyalahgunakan nikmat yang telah diberi. Ish ish ish...

Rangkap 3
Allah telah mengunjurkan beberapa cara dalam berkasih sayang dan hendaklah mengikuti syarak. Apa yang berlaku ialah, apabila remaja kita kini dilanda kasih sayang palsu iaitu "COUPLE". Couple boleh didifenisikan sebagai "dua insan yang bukan muhrim lelaki dan wanita bekongsi perasaan cinta dan kasih sama seperti dua insan yang sudah berumah tangga".

Rangkap 4
Tuan2 dan puan2 yang dirahmati Allah SWT sekalian, begitulah pengertian kasih anak muda pada masa ini. 1 demi 1 peringatan serta penjelasan yang telah diberikan pada kita semua, bahawa "couple" ini tidak boleh. Namun, masih juga wujud pecouple2 tegar. Teman2 sekalian, sebagai manusia kita sudah tentu ingin menyayangi dan ingin disayangi. Akan tetapi, pastikan ianya biarlah berada dilandasan yang benar. Bukan landasan keretapi atau landasan jalan raya.

Rangkap 5
Allah SWT berfirman:
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk.” 
                                                         (Surah Al Isra': Ayat 32)

Couple and zina. Kenapa couple dikaitkan dengan zina? Mudah sahaja, ini kerana :

Carta Alir Proses COUPLE   

Dua insan bertemu bertentang Mata (Dah zina Mata)
Bermulalah perkenalan (SMS, CHAT, JUMPA)
Proses seterusnya bertemulah dua insan tadi (Mungkin jalan2, minum2 atau makan2)
 Jumpa lagi.... Sehingga tahap yg teman2 semua sendiri boleh tepuk dahi tanya iman masing2. (Mohon Maaf klu terkasar bahasa)

Apa yg boleh kita simpulkan ialah, pertemuan pertama sehinggalah pertemuan seterusnya wujud beberapa zina seperti mata, hati, dan juga tangan.

Rangkap 6
Ayuh kita lihat senario hari ini : 
Kemusnahan dek couple dikalangan pelajar IPT/IPTS 
  •  Berita siswi hendak bunuh diri terjun dalam tasik akibat teman lelaki tidak mahu bertanggungjawab atas kesilapan yg dilakukan
  • Berita ibu bapa tidak mengaku anak kerana anaknya melakukan kesilapan
  • Berita teman lelaki belasah teman wanita sendiri
  • Berita ayah bealsah anak selepas tahu anak couple
  • Berita pelajar dibuang Universiti selepas ditangkap kering
  • Dan bermacam lagi jenis berita....
 Sedangkan Mak/Ayah pula 
  • Senantiasa ingatkan anak2 agr belajar sungguh
  • Bangga anak belajar di Universiti
  • Hantar duit pada anak, dengan harapan anak guna seeloknya
  • Dan Mak/Ayah senantiasa doakan anak2 agar dilindungi
Akan tetapi, lain yg diharapkan lain pula jadinya. (Istighfar)

Rangkap 7
Teman-teman yg dirahmati Allah SWT sekalian, sudah tidak ada cara atau kaedah lain yg kita boleh lakukan melainkan kembali pada Al-Quraan dan juga Hadis. Setiap kita perlu memahaminya setiap masa dan banyak duduk didalam suasana yang elok. Kefahaman tentang cinta juga haruslah jelas. Cinta dan kasih adalah anugerah Allah SWT yg perlu kita gunakan seeloknya dan bercinta seperti mana yg telah disyariatkan dalam islam. 

Rangkap 8
Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya Al-Quraan memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mu'min yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar"
                                                               Surah Al-Israa 17:9

Seperti yang saya warwarkan pada rangkap 7 tadi, setiap kita harus kembali pada Al-Quraan. Nah, sudah jelas dalam surah Al-Israa' ayat 7 bahawa Al-Quraan memberi petunjuk yg lurus pada kita semua. Begitu besar peranan Al-Quraan dalam kehidupan kita. "Allahuakbar".

Rangkap 9
Alhamdulillah, penulisan saya sudah pun sampai ke penghujung keyboard laptop. Apa yg penting ialah teman2 yg dirahmati Allah SWT sekalian, ayuh kita mula mencari cinta sejati dan bukanya cinta "couple" yg penuh dengan photostate. Mari kita berkasih sayang dgn cara yg halal dan bukan sebaliknya. 

Wallahu'alam, saya mohon ampun pada Allah SWT sekiranya penulisan saya ini menyinggung sesiapa sahaja. Tidak berniat sama sekali, cuma sekadar untuk memberi peringatan pada diri sendiri dan juga teman2 sekalian. Teori sudah ada, tinggal sahaja lg praktikalnya. Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Perlu pandangan dari anda semua

Followers