Hari ini ringkas sahaja penulisan saya. Sekadar perkongsian realiti kehidupan.
"1 hari yang lalu, selepas bermain futsal, saya dan member2 pegi minum2 kopi sekaligus beli makanan bersahur. Pada masa tu, tepat jam 3.00 pagi. Sampai2 je, kelihatan di sebelah kanan saya terdapat beberapa orang anak muda lelaki dan perempuan. Kelihatannya seperti pelajar IPT. Apa yang saya kagum ialah..... No no, bukan kagum tapi 'menyedihkan' ialah ada beberapa orang perempuan yg duduk sekali lepak2 tengah sedut SISHA. Tekejut saya!! Biar betul mereka ni. Sisha ni ibarat macam rokok juga lah function nya. Cuma bentuk fizikalnya saja yang berbeza.
![]() |
Gambar Hiasan |
Saya berfikir "agaknya lah apa yang mereka semua rasa bila buat sesuatu yg macam ni. having fun boys and girls, x jaga adap pergaulan, bulan Ramadhan yg mulia ini, anak muda islam and berpakaian spt TUT". Istighfar, itu sahaja lah yang mampu saya ungkapkan pada masa itu. Mudah-mudahan mereka semua diberi Hidayah oleh Allah SWT dan menjadi insan yang bertakwa (peringatan untuk diri saya dan juga teman2 semua) :
"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya" (Surah Ali-Imran 3:102)
Semoga, Ramadhan pada kali ini, menjadi madrasah yang terbaik buat diri kita semua. Insyaallah..
Wallahu'alam, sebelum saya berhenti menekan papan kekunci laptop, ingin saya mohon maaf sekiranya penulisan saya ada yang terkurang dan sebagainya. Tegur lah saya, agar saya mampu memperbetulkan kesilapan. Akhir kata, wassalam."
Percubaan komen
ReplyDeletesalam ukhwah... keep it up
ReplyDeletesisha sgt popular kat malaysia kot
ReplyDeleteaku mencuba lagi..
ReplyDeleteok kot
ReplyDelete