Tuesday, August 23, 2011

HATI ku .. ABADIKAN dgn sifat MAHMUDAH

Assalamualaikum teman-teman yang dirahmati Allah SWT sekalian..
Alhamdulillah, saat saya menaip artikel baru, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya selamat sampai di Daerah kelahiran yang amat saya rindui.. Segala puji hanya bagi-Mu Ya Allah..


Artikel yang ingin saya kongsikan pada hari ini ringkas sahaja dan semoga ia bermanfaat buat kita semua, insyaAllah. Dalam kita mengejar cita-cita, impian atau apa sahaja aktiviti seharian yang kita lakukan sudah pasti akan penuh dengan cabaran-cabaran yang boleh merosakkan hati. Kongsi sedikit pengalaman perjalanan pulang kampung daripada Kota Bharu, Kuala Lumpur dan destinasi terakhir lapangan terbang Tawau, 'wow' penuh dengan perkara-perkara yang menguji hati. "Depan, belakang, kiri mahupun kanan ianya penuh dengan virus-virus hati"


Ya, saya yakin teman-teman juga arif akan hal ini, dan bukan pertama kali membaca tentang masalah-masalah hati mahupun artikel berkaitan hati. Teman-teman yang saya kasihi, tidak kisah berapa kali kita baca mahupun dengar, ianya perlu pada penerusan dan perlu di ingatkan selalu. Luangkan lah masa anda untuk sama-sama kita 'recall' balik perkara-perkara yang boleh menguatkan lagi hati kita, dengan sifat mahmudah insyaAllah.

Iman Ghazali menggariskan sifat mahmudah kepada beberapa bahagian :


 
  • Taubat - Keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.

  •  Takut akan Allah SWT - Perasaan takut terhadap Allah akan membuatkan seseorang itu melipatgandakan amalan soleh dan meninggalkan larangan-Nya.
          "realiti kita masa ini, lebih takut kehilangan duit, miskin, hilang kekasih dan yang paling best   TAKUT Hantu kak limah tak balik-balik"


  • Mahabbah - Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahirkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang kerana mempertahankan islam. Buka cinta sebaliknya yang berlaku dikalangan kita cinta kekasih (teman wanita), harta, pangkat. Mudah-mudahan kita dijauhkan dari semua itu.


  • Zuhud - Kehidupan insan mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik. 

  • Sabar - Perasaan memujuk jiwa dengan keimanan. Ia merangkumi sabar atas ketaatan dan juga sabar dalam menjauhi maksiat.




  • Bersyukur - Bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat kesihatan, rezeki, kemudahan hidup, pancaindera dan sebagainya yang telah Allah kurniakan kepada kita semua. Jangan lah kita merasa bangga dengan apa yang kita ada, ini kerana semua itu merupakan pinjaman dar-Nya bersifat sementara.

Alhamdulillah berikut merupakan antara sifat mahmudah yang saya senaraikan. Teman-teman semua, ada lagi beberapa sifat mahmudah yang belum saya berikan, Antaranya ialah : IKHLAS dan BENAR, TAWAKAL, REDA DENGAN QADAK ALLAH serta INGAT MATI. Sebagai hamba Allah yang selalu berdepan dengan virus-virus perosak hati, kita perlu memformat hati kita dari masa ke semasa agar sentiasa bersih dan sihat. Nah, bukan laptop sahaja yang perlu kita jaga atau bersihkan, rupanya bahagian terpenting yang perlu diJAGA, RAWAT ialah HATI kita.

Sedia maklum, hati merupakan anugerah Allah SWT kepada kita semua. Sebagai tanda terima kasih kita kepada Allah SWT, gunakan hati kita dengan sebaik mungkin dan sentiasa bersihkan hati agar tidak berkarat dengan bintik-binti jahiliah. Wallahu'alam, setakat ini sahaja dahulu penulisan saya dan insyaAllah ada masa lain kita menulis lagi. Mohon maaf sekiranya ada yang silap mahupun terkurang. Mudah-mudahan kita semua mampu menjaga hati kita dengan sebaik mungkin. Wassalam..  
  •  

No comments:

Post a Comment

Perlu pandangan dari anda semua

Followers