pada hari ini kehidupan kita penuh dengan cabaran. Tambahan pula, sekitar kita senantiasa memaparkan aktiviti2 yang merosakkan MATA, TANGAN, TELINGA dan akhir sekali merobek iman kita sedikit demi sedikit. Astaghfirullahal'azim!
Perhubungan diantara lelaki dan wanita ada batas-batas yang perlu kita patuhi. berurusan atau berhubung bila perlu sahaja. sebagai contoh urusan yang melibatkan perkara-perkara penting seperti urusan kerja, urusan belajar serta perkara-perkara yang tidak merosakkan HATI kita.
sudah menjadi lumrah lelaki dan wanita saling suka menyukai antara satu sama lain. akan tetapi, kalau tidak disalurkan dengan cara yang betul ianya boleh mengundang PADAH! sudah terbukti pada hari ini, bermacam-macam gejala sosial yang melibatkan lelaki dan wanita. kita lihat sahaja didada-dada akhbar mahupun kaca televisyen, ada sahaja berita-berita berkenaan aktiviti lelaki dan perempuan yang diluar syarak serta luar kawalan.
begitu hebat pemikiran kita diajah, sehinggakan islam dicampuradukkan. tidak cukup sekadar mengaku islam tetapi tidak melaksanakan perintah Allah s.w.t.. lelaki dan wanita yang bukan muhrim pada hari ini sudah lupa akan batas-batas yang telah ditetapkan. bagi mereka sama sahaja tidak kira lah lelaki mahupun wanita. Oh Tidak! kita perlu sedar akan hal ini. perlunya ada garis panduan yang betul dalam menjalankan komunikasi atau beraktiviti diantara lelaki dan wanita yang bukan muhrim.
No comments:
Post a Comment
Perlu pandangan dari anda semua