Sunday, December 26, 2010

TAHUN BARU

sudah semakin hampir kita menuju ke gerbang tahun 2011.
Begitu pantas tahun 2010 berlalu. Sudah banyak kah amal atau bekal2 yang kita dah kumpul sepanjang tahun 2010?
atau kita hanya memikirkan untuk banyakkan HARTA, kereta atau ISTERI? apa2 pun matlamat anda pada tahun 2010 ini, semoga ianya mendatangkan manfaat pada jalan2 Allah s.w.t.

mari kita merancang pula, apa yang inginkan kita lakukan pada tahun 2011 yang akan mendatang ini, sekiranya masih diberi keizinan oleh Allah s.w.t. Adakah kita ingin penuhkan tahun 2011 dengan amal2 yang merosakkan iman kita? atau apa? jangan kita menjadi seperti orang Hilang ingatan. asal menjelang malam tahun baru, kita sibukkan diri bermaksiat, berminum, bernari, bermabuk dan macam2 lagi.

sebagai manusia yang mengaku akan pengikut Rasulullah s.a.w, mari kita cuba sibukkan diri untuk bermunajat, berzikir dan meminta pada Allah s.w.t agar kita dikurniakan hidayah serta kehidupan yang lebih baik. Ini adalah lebih baik dan terbaik sekiranya kita lakukan pada malam tahun baru.


seperti biasa tepuk DAHI tanya IMAN dan juga DIRI anda!
jangan berlagak HEBAT pada malam tahun baru, kerana Allah s.w.t boleh menarik ia pada bila2 masa.

No comments:

Post a Comment

Perlu pandangan dari anda semua

Followers