Thursday, February 17, 2011

SI CANTIK

Salam ukhwah kepada semua teman-teman yang diredhai Allah sekalian. Bagaimana perjalanan aktiviti rutin harian teman-teman sekalian? Semoga ianya berjalan dengan lancar dan penuh dengan kesungguhan dalam melaksanakannya. Pada hari ini, saya lalu disebuah taman yang penuh dengan bunga-bunga hijau, dan ada juga yang berwarna warni. Saya sangat tertarik dan begitu kagum dengan ciptaan Allah s.w.t ini. "Allahuakbar" 

Kemudian, saya cuba kaitkan rupa bunga yang cantik ini pada diri saya sendiri, mungkin juga diri teman-teman sekalian. Persoalan pertama yang timbul ialah " Adakah diri saya ini sama cantik dengan bunga? Cantik dari segi akhlak, jiwa, peribadi dan juga keimanan yang ada pada diri saya." Bila saya cuba bandingkan, keputusan yang saya perolehi ialah masih banyak lagi yang perlu dilakukan. Kadang-kadang kita rasa sudah banyak kebaikan yang kita lakukan, namun sejauh mana pula ianya disisi Allah s.w.t? 

Saya teringat kata-kata seorang pakcik iaitu "anak-anak sekalian, cuba tanyakan didalam diri anda sekalian, adakah semakin hari Allah sayang akan kita ataupun syaitan yang sayang kita? Mari kita sama-sama agar senantiasa UPDATE diri dalam kita mengejar redha Allah s.w.t."  Teman-teman sekalian, sebenarnya kita sudah kerap kali banyak dengar majlis-majlis ilmu, mahupun terbaca artikel-artikel yang menyeru kepada kebaikan, peningkatan iman, hindari perbuatan mungkar dan sebagainya. Namun yang menjadi persoalan utama ialah, sejauh mana pula dari segi perlaksanaannya? Sebagai hamba Allah yang bertakwa, seharusnya percakapan yang dilontarkannya itu selari dengan perbuatannya.
Sebagai manusia, kita sering lupa dan lalai dengan perkara-perkara yang menghalang hubungan kita dengan Allah s.w.t. Maka dengan itu, mari lah kita sama-sama senantiasa periksa akan diri kita setiap hari. Biarlah diri kita dipandang cantik bukan sahaja manusia akan tetapi yang lebih penting ialah pandangan Allah s.w.t kepada kita. Wallahu'alam, semoga kita mampu memperbaiki setiap kelemahan dan kekurangan dalam diri kita.
 

1 comment:

  1. Btol..ilmu tanpa amal..takde apa2..
    Allah..btapa bnyak kita rugi kerana ta mengamalkan ilmu...
    Syukran ats pringatan..

    ReplyDelete

Perlu pandangan dari anda semua

Followers