Tuesday, March 22, 2011

MANA YANG PENTING?



Assalamualaikum wbt.
Sebelum saya memulakan coretan saya pada hari ini, jom kita istighfar sama-sama dan cek apa yang telah kita lakukan setengah jam yang lalu. Alhamdulillah, seperti kebiasaannya saya mengharapkan teman-teman diluar sana senantiasa segar dalam melaksanakan tugas masing-masing dan menjadikan ia sebagai satu ibadah dalam kehidupan kita. Insyaallah.

Baik, apa yang ingin saya kongsikan pada hari ini ialah tentang satu situasi yang amat membuat saya sangat rasa kecewa dan juga sedih. Apa yang berlaku ialah, bila mana perkara wajib kita tinggal, perkara yang tidak syarak kita utamakan!!! Maafkan saya, ya memang benar saya juga ada melakukan kesilapan. 1, 2, 3, 4 kali merupakan perkara yang biasa, akan tetapi sampai bila kita nak lakukan perkara yang sama? Sedangkan antivirus kita update, sedangkan status facebook kita update, ini kan pula diri kita teman-teman. Diri kita juga perlu diupdate dari masa ke semasa dan ianya lebih priroti berbanding facebook mahupun antivirus laptop.

Saya terus sahaja pada situasi yang saya maksudkan:

"Si A cuba menggerakkan si B untuk bangun solat subuh. Kedengaran azan sudah pun berkumandang. Namun tetap tidak ada reaksi. Maka dengan itu si A pun menunaikan solat subuh. Sesudah itu si A kembali semula gerakkan si B untuk solat subuh, kerana waktu masih ada lagi. Malangnya si B tidak bangkit-bangkit juga. Tiba-tiba telefon bimbit si B berbunyi, kelihatan nama My Lo... terpampang diskrin telefon si B. Dengan pantas si B bangkit menjawab panggilan telefon dari kekas...nya. Si A pun merasa lega, yalah si B dan bangkit. Malang dan malangnya, si B tidak juga solat subuh dan hanya menghabiskan masa bergayut tanpa menghiraukan dah solat ke belum? Dan tidak ada rasa bersalah langsung tinggal solat subuh. Seolah-olah tidak takut dengan Allah s.w.t."

Apa yang ingin saya simpulkan ialah, sesetengah manusia sudah mula lupa apa itu solat. Ya mungkin lupa, mungkin juga buat-buat lupa? Firman Allah s.w.t:

"Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan mungkar" (Surah Al-Ankabut 29:45)

Maknanya kalau kita tinggal solat, kita akan diselebungi dengan perbuatan mungkar? Tepuk dada tanya iman kita masing-masing.

Satu lagi pengajaran yang boleh kita cungkil dari situasi tadi ialah, tidak ada panggilan yang lebih penting selain dari panggilan dari Allah s.w.t. Bagaimana teman-teman? Saya cukup yakin kalau teman-teman mungkin lebih arif dari saya tentang solat ini. Hukum meninggalkannya, apa dosa tinggalkan solat dan apa kelebihan sekiranya kita jaga solat. Cuma apa yang penting ialah, sesama kita harus saling ingat mengingati dan nasihat menasihati.

wallahu'alam, sampai disini sahaja dahulu. Mana yang terkurang saya mohon maaf dan mintak teman-teman perbaiki atau tambah ok. Akhir kalam, mari terus berupdate.

No comments:

Post a Comment

Perlu pandangan dari anda semua

Followers