Tuesday, April 12, 2011

BIKIN GUA PANAS!!


"Astaghfirullah, hati ini bagai disiat-siat bila melihat adik junior buat hal!! Rasa nak pukul pun ada. Rasa meluat dan benci melihat adik berbuat kemungkaran. Sudah tidak ada rasa takut lagi dengan Allah s.w.t."

Astaghfirullah'alazim 3X...

Adik-adik ku, sedar lah! Jangan buat-buat lupa ingatan pula? Cukup sudah kesalahan dan kederhakaan, mengabai perintah Tuhan, menjadi pengikut fitnah dan kesesatan, cukup sudah, enough! 
"Ala abg lupa ke abg dulu pun macam itu. Nak ajar orang pula!" Yes memang, tapi kita tetap ada hak dan peluang untuk memilih jalan yang lebih baik. Adik memilih jalan yang tidak adik akan capai di dunia ini dan menjaga diri adik dari azab akhirat.

"Beritahulah hamba-hamba Ku bahawa Akulah Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang serta bahawa seksa-Ku adalah seksa yang amat pedih"  (Al-Hijr : 49-50)

Rasulullah s.a.w pernah bersabda;
"Jika seseorang hamba berbuat dosa dan benar-benar bertaubat kepada Allah s.w.t, Dia menerima setiap kebaikan yang telah dilakukannya dan mengampuni setiap dosa yang pernah diperbuatnya. Setiap dosa bererti sebuah darjat di syurga dan Allah berikan atas setiap kebaikannya sebuah istana sdi syurga. Allah akan menikahkannya dengan bidadari"

Adik-adik ku, bukan nak jaga tepi kain, tapi niat dihati untuk melihat adik-adik senantiasa berada dijalan yang betul. Yes, kadang-kadang kita akan tersasar, namun sesama kita ini lah perlu saling tegur-menegur, agar bila tersasar ada yang pimpin tangan adik-adik. 

Adik-adik, siapa yang tidak marah bila adik yang kita sayang berbuat perkara yang tidak elok depan mata abang sendiri. Bukan marah sebab nak jatuhkan adik, nak balas dendam atau buli. Akan tetapi sayang pada adik-adik, dan takut Allah akan tanya di akhirat kelak?

Renung-renungkan lah, adik takut  buat salah depan abang, tapi tidak takut pula dengan Allah? Dimana kah tahap keimanan kita pada Allah s.w.t? Harapan abang, kakak, ayah, ibu, pakcik, makcik pada adik-adik sangat lah besar maknanya.

Sedar lah adik ku....


3 comments:

  1. Salam pada teman-teman semua, Saya memerlukan pandangan dan juga idea dalam meningkatkan penulisan blog oh tidak! dari masa ke semasa. Dan saya juga bercadang untuk menukar nama oh tidak ke nama yang lain.

    ReplyDelete
  2. La...Senyum pula sahabat ana ni.. Bagi la pandangan..

    -Zulkarnain-

    ReplyDelete

Perlu pandangan dari anda semua

Followers