Thursday, April 14, 2011

LAIN DARI YANG LAIN

Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t saya masih mampu untuk mencoret lagi pada hari ini. Pada teman-teman yang mengenali blog oh tidak! sebelum ini, telah pun bertukar namanya menjadi seperti mana yang teman-teman lihat.

Pada hari ini, ingin saya berkongsi satu cerita yang saya cedok dari sahabat baik saya sendiri dan juga merupakan bekas pelajar KTD. Kisah beliau ialah :

"Beliau gemar bermain bola padang dan pernah menjadi wakil daerah pada zaman sekolah beliau. Dari segi corak permainan, skill, speed, dribble memang cukup menarik dan hebat. Azam beliau bila sampai KTD, ialah menjadi wakil KTD bermain bola sepak dan mendapat pemain terbaik diantara IPTA mahupun IPTS yang ada.

Selepas seminggu belajar di KTD, maka satu proses pemilihan pemain diadakan. Tiba saat yang dinanti-nantikan oleh beliau, maka mereka semua dibahagikan mengikut kumpulan A dan juga B. "Prittt" sepak mula pun dimulakan. Beliau pun memulakan aksi dengan begitu cemerlang dan memikat hati setiap pemain lain sehingga lah pegawai yang menguruskan pasukan bola KTD. Skill, Speed, Dribling, Stamina ada pada beliau. 

Sesudah tamat perlawanan pemilihan, maka pegawai yang bertugas mengumpul semua pelajar yang terlibat. Rakan-rakan yang lain memuji aksi beliau dan sangat kagum akan kebolehan yang dia ada. (Ucapan pegawai) "Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t, kerana kita semua dapat beriadah dan mudah-mudahan setitik peluh yang kita keluarkan boleh menjadi pahala buat kita semua. Adik-adik yang dirahmati sekalian, turunnya kita pada hari ini bukan lah semata-mata untuk tunjuk siapa yang paling hebat dan siapa yang paling banyak skill. Akan tetapi, tujuan utama kita ialah ibadah dan ukhwah sesama kita..................... Akhir kalam, tahniah buat semua dan bermula minggu hadapan minta kerjasama untuk semua pemain agar menutup aurat agar main kita bukan sahaja letih semata-mata malah ianya menjadi ibadah pada kita."

(Terasa) Beliau memandag ke bawah, "aduh" aku pakai seluar pendek. 

(Sekarang) Beliau bermain dengan baik sekali dan menjaga aurat sebagai pemain yang bergelar muslim. Walaupun beliau tidak pernah dapat pemain cemerlang, namun satu kebahagian yang beliau dapat ialah, bersukan dan beribadah serta nikmat berukhwah sesama pemain KTD."

Itu lah teman-teman kisah seorang sahabat saya yang aktif bermain bola padang. Kesimpulannya teman-teman sekalian, tidak salah untuk kita main bola atau nak buat skill ala-ala Ronaldo mahupun Messi, namun aurat kena jaga dan niatkan riadah kita kerana Allah dan seterusnya sebagai ibadah buat kita.

“Dan tidak ia (Allah S.W.T.) menanggung budi sesiapa pun, (dengan amalan mereka) yang patut dibalas, melainkan (bagi) yang hanya mengharap keredhaan tuhannya yang Maha Tinggi, dan sesungguhnya ia akan dipuaskan hatinya. (Dengan dikurniakan apa yang diharapkan dari Allah S.W.T.)” [Surah al-Lail ayat 19-21].

Wallahu'alam, sekadar ini sahaja perkongsian saya pada hari ini. Sekali lagi, sekiranya ada yang terkurang, mohon maaf dari saya. Wassalam..

1 comment:

  1. Main kerana ingin mendapat pahala Allah SWT.

    ReplyDelete

Perlu pandangan dari anda semua

Followers