Alhamdulillah sekali lagi, pada hari ini saya masih bisa menyedut udara yang segar dan nyaman. Yang paling penting, masih diberi peluang untuk mengumpul pahala.
(Sekadar Renungan) "Teman-teman ingatlah, keimanan dan keislaman adalah nikmat yang begitu mahal, melebihi semua benda yang bernilai didunia ini. Ramai orang sibuk mencari dan mempertahankan harta dan jawatan kerana mereka menganggap itu lah segala-galanya untuk bahagia. Namun bagi seseorang yang memahami betapa mahalnya nikmat iman dan islam , keperluan harta dan jawatan tidak melalaikan dirinya daripada keteguhan iman dan juga islam. Tidak mungkin keimanan dan keislaman ditukar dengan harta dan juga jawatan. Tepuk Dahi tanya iman teman-teman sekalian"
Perkongsian saya pada hari ini ialah, usaha sahabat-sahabat saya dari jabatan BPHL KTD dalam rangka melahirkan pelapis-pelabis "Ngaji biar pandai, perangai biar jjuruh dan hidup biar boleh tumpang" seterusnya menjadi orang yang berilmuan untuk islam dan orang sekelilingnya, insyaallah.
Alhamdulillah, dengan izin Allah program yang dianjurkan oleh jabatan kami mendapat sambutan yang sangat baik. "Segala puji hanya bagi Allah s.w.t".
Pada mulanya, bermacam-macam yang bermain didalam fikiran saya akan program ini. Antaranya, dapat sambutan ke tidak? Ada pelajar tak nak datang ke program ini? dan macam-macam lagi. Sub'hanaullah, akhirnya persoalan saya terjawab apabila ramai adik-adik pelajar SPM datang untuk mendengar taklimat KTD.
Tuan Hj Hasan (pegawai khas KTD), Puan Wan Hamidah (pengurus kanan operasi KTD), Cik Fatmawati (Kaunselor KTD), En Irwan Affendi (Pensyarah KTD), En Mohd Naiem (Eksekutif Korporat KTD) dan juga dua orang pelajar turut serta dalam menjayakan program ini. Tidak lupa pada sahabat tercinta Brother Zulkifli Muhammad yang berusaha keras dalam mengumpulkan para pelajar lepasan SPM. Buat En Razali dan Cik Nur Faizah yang mendoakan kami juga saya ucapkan tahniah dan terima kasih.
Berikut merupakan gambar-gambar program:
![]() |
Tuan Hj Hasan memerhatikan saudara Mohd Naiem beri taklimat |
![]() |
Puan Wan Hamida turut hadir dalam menjayakan program taklimat KTD |
![]() |
En Mohd Naiem bersungguh dalam memberi penjelasan dan juga penerangan tentang KTD |
![]() |
Para pelajar begitu tenang sekali |
![]() |
Sebahagian pelajar fokus dengan taklimat |
![]() | |
Ibu Bapa turut hadir memberi sokongan pada anak-anak |
(Pesanan) "Kepada adik-adik lepasan SPM yang ada diluar sana, cari lah suasana tempat belajar yang boleh membantu adik dari segi akademik dan juga peningkatan sahsiah serta softskill. Place doesn't matter, but the brain is"
Wallahu'alam, sekali lagi semoga jabatan BPHL KTD terus berjuang dalam rangka mencapai sasaran yang telah ditetapkan.Sehingga bertemu lagi dicoretan pada hari lain, insyaallah. Wassalam.
"Subhanaullah! Kekuatan terbesar daripada kata-kata yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain yang mendengarnya"
No comments:
Post a Comment
Perlu pandangan dari anda semua