Salam ukhwah semua teman-teman yang dirahmati Allah SWT sekalian. Alhamdulillah, sedar tidak sedar kita sudah semakin hampir dengan bulan Ramadhan. Begitu pantas masa berlalu. Sub'hanaullah, begitu hebat kuasa Allah yang mengawal sekalian alam ini. Ayuh kita sama-sama berdoa, agar kita menjadi salah seorang hambaNya yang diberi peluang untuk melaksanakan ibadah puasa yang tidak lama lagi menjelang, amin.
Alhamdulillah, hari ini saya nak share satu artikel ringan-ringan je buat teman-teman semua. Harap bermanfaat :-). Dengan izin Allah SWT, saya terbaca satu buku yang mengisahkan perihal komunikasi yang pernah berlaku antara seekor semut dengan Nabi Sulaiman a.s. Jom hayati kisah ini :
"Pada suatu hari Nabi Sulaiman a.s bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebiji gandum. Lalu Nabi Sulaiman a.s memasukkan semut tersebut dalam suatu botol dengan diletakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.
Cukup tempoh setahun, mulut botol itu kemudiannya dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Apa yang menghairankan baginda, didapatinya hanya separuh sahaja daripada gula tersebut habis dimakan oleh sang semut. Lalu baginda bertanya pada semut "Mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan, sedangkan sang semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji gandum?"
Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol, rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu. Akan tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman a.s) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keperihatinan manusia. Mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya lebih daripada setahun, lalu apa akan terjadi kepadanya?
Begitu lah teman-teman sekalian. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat membuat satu kesimpulan yang baik daripada kisah yang saya kongsikan pada teman-teman semua. Saya yakin teman-teman mampu membedah kesimpulan daripada kisah sang semut dan juga Nabi Sulaiman a.s tadi. Yang mana baik, kita jadikan teladan dan yang kurang baik jadikan sebagai sempadan. Wallahu'alam, terus bertinta untuk kebaikan. Wassalam..
No comments:
Post a Comment
Perlu pandangan dari anda semua