Saturday, August 27, 2011

KENAPA TIDAK!



“Kenapa tidak? Kenapa tidak saya dilahirkan dalam kalangan keluarga yang kaya dan memiliki banyak duit!” Jo (nama samaran) menjerit dihadapan laut yang terbentang luas itu. Jo merupakan anak sulung daripada 7 orang adik beradik. Dengan izin Allah SWT, Jo dilahirkan dalam keluarga yang susah dan tidak seperti anak-anak remaja yang lain. Seusia 12 tahun dia telah bekerja bagi menampung perbelanjaan ibu dan adik-adiknya. Ayahnya telah meninggal dunia seusia Jo 5 tahun lagi.

“Kenapa tidak? Kenapa tidak saya jadi seperti kawan-kawan lain yang mampu menimba ilmu sampai sekolah Menengah!” Jo bermain perasaan sendirian di dalam rumah kecilnya. Tidak ada siapa yang mampu mendengar keluhan yang dikeluarkannya melainkan Allah SWT. Ibu Jo tahu akan penderitaan yang dialami anaknya itu. Setiap hari seorang ibu berdoa agar anaknya ini dipermudahkan segala urusan dunia mahupun akhirat. Begitu suci dan telus hati seorang ibu.

Kenapa tidak kamu berniaga Jo? Tanya Roy (sahabat baik) kepada Jo. “Aku nak berniaga apa bro? Modal pun aku tidak ada?” Jo cuba menjelaskan situasi sebenarnya pada teman baiknya itu. Ala Jo, kita buat simple (ringkas) sudah. Macam ni, kita kutip semua tin-tin yang dekat tempat kita ni, lepas tu kita jual dekat tauke Apek tu.Nah insyaAllah ada la income (pendapatan) sikit-sikit. Amacam bro? Ada bran (sama maksud dengan berani) ka? Roy cuba meyakinkan Jo akan rancangannya itu. “Weh, ko ni kan bijak lah. Patut la ko dapat banyak A kat sekolah! Ok cantik, aku setuju idea tu. Tapi… Ko bantu-bantu la juga aku run projek ni. Aku seorang tak larat kot.” Jo dengan bersahaja meminta bantuan sahabat baiknya itu.

4 Tahun berlalu….

“Kenapa tidak anda boleh berjaya seperti abang? Tidak ada alasan yang adik-adik boleh berikan pada abang!” Begitu lantang suara Jo memberikan perkongsian pada pelajar-pelajar sekolah. Akhir perkongsian Jo pada semua adik pelajar “adik-adik, sekiranya anda rajin berusaha, apa yang adik hajatkan pasti adik-adik akan dapat!” Penuh semangat dan harapan ungkapan yang dilontarkan pada adik pelajar. Jo tersenyum penuh dengan kesyukuran pada Allah SWT. Begitu hebat cabaran yang Jo lalui menjadi pengutip tin dan akhirnya mampu membuka syarikat pengitaran bahan-bahan buangan seperti tin, besi dan juga surat khabar lama. Berkat doa ibunya, Jo telah menjadi seorang yang baru dan penuh dengan tenaga.

Nak, kenapa tidak kamu ziarahi Roy? Sudah lama ibu tidak jumpa dia nak. Ibu Jo bertanyakan pada anaknya. “InsyaAllah ibu, dia akan balik minggu depan dari England.” Jo memberi jawapan pada ibunya. Teringat masa 4 tahun lalu. Roy la yang banyak membantunya megumpul tin-tin terbuang. Walau bergelar seorang pelajar dan berlatar belakangkan keluarga yang mewah, Roy tetap merendah diri dan tidak pilih kawan. Keluarga Roy juga sangat baik dan pemurah pada semua orang malah disenangi oleh jiran tetangga mereka. Roy juga lah yang memperkenalkan dirinya dengan ‘usrah’ (majlis ilmu). Setiap hujung minggu, Roy akan bawa Jo pergi usrah bersama keluarganya. Melalui usrah lah Jo mula memiki jiwa juang yang tinggi dan nilai-nilai islam sentiasa menjadi panduannya dalam menghadapi hari-hari susahnya. “Subhanaullah” terkeluar kalimah indah dari bibir Jo sambil menitis air jernih dari kelopak matanya. “Begitu hebat perancangan Allah” Jo bermonolog sendirian.

1 minggu berlalu…

“Kenapa tidak Encik Rohaisyam (nama sebenar Roy) kerja sahaja di syarikat saya? Saya boleh beri Encik gaji sesuai berdasarkan taraf pendidikan Encik, Ijazah dan Master dalam bidang Finance.” Jo sahaja menawarkan pada sahabat baiknya Roy yang baru sahaja pulang dan menamatkan pengajian di England. Tergelak kecil Roy mendengar tawaran sahabatnya Jo. “InsyaAllah, saya akan pertimbangkan tawaran Encik Johari (nama sebenar Jo) itu.” Sambil kedua-dua mereka berpelukan satu sama lain. Hari demi hari berlalu, Jo dan Roy aktif melaksanakan program berbentuk kerohanian dan kebajikan khususnya anak-anak yatim dan piatu. Nama mereka berdua disegani dan disenangi orang ramai.

Jo, ada perkara yang ingin aku hajatkan dari ko? Roy dengan penuh kesungguhan bertanya pada sahabat baiknya itu. “Apa dia bro? Kalau aku mampu, insyaAllah aku cuba tunaikan hajat ko tu” Jo cuba memberikan harapan. Begini, aku hajat sangat kalau ko boleh jadi sebahagian keluarga kami? Ayah dan ibu aku juga tidak ada halangan akan perkara ini. “haa! Apa maksud ko bro? bukan selama ni kita dah macam keluarga?” Jo bertanya kehairanan pada Roy. Ala, memang lah dah macam keluarga. Tapi nak lebih lagi. Ok, aku terus terang je la. Aku dan parents aku hajat ko jadi suami @  teman hidup pada Kakak aku. Ala yang kerja sebagai doktor tu. Dr Afifah Solehah Bt Razak, namanya. “er er er… aku tak tahu nak cakap apa bro? macam tiba-tiba je, aku dah nak pening ni. Bagi lah aku masa 2, 3 hari bro untuk aku bermunajat pada Allah SWT agar diberi petunjuk yang baik dan tidak mendatangkan kemudaratan pada masa depan aku mahupun kakak ko.”

Sebulan berlalu… Dengan izin Allah SWT, Johari Bin Salam sah menjadi suami kepada Afifah Soleha Bt Razak. Hanya doa dan tanda syukur Jo panjatkan kepada Allah SWT yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui. Satu ungkapan yang terkeluar dari bibir Jo pada isterinya “ayuh kita memegang amanah yang diberikan Allah SWT ini sebaik mungkin dan menjadi pasangan yang mampu memberi sumbangan pada agama kelak, insyaAllah” Tercipta lah satu keluarga bahagia dan penuh keberkatan ini. Jo dan Roy terus berjuang dan tidak pernah putus untuk menyampaikan risalah Rasulullah SAW, walaupun bergelar sebagai seorang usahawan yang berjaya.

- CERPEN ini hasil nukilan Hamba Allah yang baru belajar menulis. Sebagai langkah nak tengok member saya ni ok dalam penulisan, perlu komen anda!!! Thanks a lot.. -

No comments:

Post a Comment

Perlu pandangan dari anda semua

Followers