Monday, September 26, 2011

SENYUM

Owner 360darjah
 Salam ukhwah dari 360darjah...

Alhamdulillah, setelah berapa lama berdiam diri, sekali lagi saya diberi kekuatan untuk menulis. Menjadi seorang penulis yang baik bukan lah mudah dan jangan ambil mudah. Sudah semestinya perlu pada disiplin dan kesungguhan yang tinggi. Insyaallah, mudah-mudahan rakan-rakan blogger saya akan menjadi penulis yang baik dan hebat (untuk agama)

Pada petang hari yang santai dan tenang ini, terdetik hati dan akal saya untuk menulis tentang senyuman. Bab kata ramai orang senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat sahabat, senyum itu penambah kasih dan senyum itu sudah pasti membawa kebaikan. Malahan, senyuman juga perlu ditambah dengan keikhlasan, rendah hati dan niat kerana Allah SWT.


360darjah little brother's
Dalam kita menempuh ranjau kehidupan di muka bumi Allah SWT ini, sudah pasti kita akan sering di uji oleh maha Pencipta (Allah SWT) yang mana ia datang dalam pelbagai jenis. Ada diantara kita kurang harta, tidak sempurna fizikal, kebakaran mahupun dilanda bencana alam. Dan yang pasti semua itu, tidak lain dan tidak bukan sebagai peringatan buat umat manusia (kita) serta tanda Allah SWT sayang pada kita. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ya! senyum lah kawan, hebat macam mana pun ujian itu, senyum lah! Tanda kita redha dan tidak mengeluh pada maha Pencipta. 

Perhatikan rakan disekeliling anda! Cuba senyum pada mereka, apa reaksi dari mereka? Individu yang mindanya terbuka dan sering berprasangka baik akan menghasilkan senyuman yang suci dan tulus ikhlas. Dengan senyuman juga, sudah pasti menggembirakan hati rakan anda dan begitu juga diri kita. Senyuman juga tidak memerlukan banyak tenaga, malah terdapat kebaikan dalam senyuman itu.

Insyaallah, mari kita semua amalkan seyuman yang paling ikhlas dan bahagiakan rakan, orang sekeliling dan diri kita. Mudah-mudahan, ianya dikira sebagai pahala di sisi Allah SWT. Wallahu'alam, akhir kata saya memohon maaf kalau artikel saya ini banyak kelemahannya. Yang baik datang dari Allah SWT, dan yang kurang itu adalah diri saya sendiri. Wassalam.


360 darjah younger brother

No comments:

Post a Comment

Perlu pandangan dari anda semua

Followers