Tuesday, August 9, 2011

TAMPARAN SEORANG PAKCIK TUA

Gambar Hiasan 


Assalamualaikum teman-teman yang dirahmati Allah SWT sekalian. Alhamdulillah, dikesempatan yang ada ini, ingin saya berkongsi satu cerita yang terdapat pengajaran didalam cerita ini. Mudah-mudahan bermanfaat buat kita. Cerita tersebut ialah :

"Seorang pemuda yang sudah lama menuntut di luar negara kembali ke Tanah air. Tibanya dirumah, dia meminta ayahnya mencarikan seorang guru agama, ustaz ataupun sesiapa sahaja yang dapat menjawab tiga pertanyaannya. Akhirnya ayah pemuda tersebut mendapatkan seseorang untuk menjawab pertanyaan anaknya tadi.


Pemuda  : Pakcik ni siapa? Bolehkah pakcik menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?


Pakcik    : Pakcik hamba Allah dan dengan izin-Nya pakcik akan cuba menjawab pertanyaan anak muda.


Pemuda  : Pakcik yakin? Sedangkan sudah beberapa orang saya tanya tapi tidak mampu menjawab persoalan saya ini.


Pakcik    : Insyaallah pakcik akan cuba sedaya yang mampu.


Pemuda   : Saya ada tiga pertanyaan iaitu :

1. Sekiranya Tuhan itu ada, tunjukkan kepada saya yang Tuhan itu wujud,

2. Apa yang dinamakan takdir, dan

3. Sekiranya syaitan diciptakan dari api, kenapa dimasukkan ke neraka yang diperbuat daripada api, tentu tidak menyakitkan syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak berfikir?

Tiba-tiba, pakcik itu menampar pipi anak muda tadi dengan keras "taaappp"

Pemuda  : "aduh". Kenapa pakcik marah saya? (sambil mengusap pipinya yang sakit)

Pakcik    : Pakcik tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan pakcik atas tiga pertanyaan yang anak ajukan pada pakcik.

Pemuda   : Macam mana pula?

Pakcik     : Bagaimana rasanya tamparan pakcik?

Pemuda   : Tentu sakit.

Pakcik     : Jadi anak percaya sakit itu ada?

Pemuda    : Sudah tentu!!

Pakcik      : Tunjukkan pakcik sakit tu?

Pemuda    : Tentu tidak boleh.

Pakcik     : Itulah jawapan soalan pertama. Kita semua rasa kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat kewujudan-Nya.

Pakcik     : Anak muda, apakah malam tadi saudara bermimpi ditampar oleh pakcik hari ini?

Pemuda   : Tidak!!

Pakcik     : Anak pernah terfikir akan menerima tamparan daripada pakcik hari ini?

Pemuda    : Tidak!!

Pakcik      : Nah, itu lah yang dinamakan takdir. Sesungguhnya takdir ini berlaku tanpa kita ketahui mahupun duga. Anak muda, pakcik nak tanya lagi. Tangan yang pakcik guna menampar kamu dibuat daripada apa?

Pemuda    : Tentu lah kulit.

Pakcik      : Pipi anak muda dibuat daripada apa?

Pemuda    : Kulit.

Pakcik      : Bagaimana rasanya tamparan pakcik?

Pemuda    : Sakit.

Pakcik      : Nah, walaupun syaitan itu dijadikan daripada api dan neraka juga dibuat daripada api, sekiranya Allah SWT menghendaki, maka neraka menjadi tempat yang menyakitkan bagi syaitan. Semua ini pasti akan berlaku dengan keizinan-Nya.

Selepas selesai menjawab kesemua soalan anak muda tersebut, si pakcik memberi salam dan meminta izin untuk pulang. Tinggal lah anak muda tadi berseorangan dan masih terpinga-pinga. Alhamdulillah, selesai lah sudah cerita yang saya nak kongsikan. Mudah-mudahan kita dapat mengambil iktibar dan juga pengajaran daripada cerita ini, insyaallah. Wallahu'alam semoga bertemu lagi lepas ini.


3 comments:

  1. Nice sharing... :-)

    ReplyDelete
  2. teruskan menulis utk kebaikan bersama

    ReplyDelete
  3. lama tak baca cerita ni..
    sangat berhikmah..
    mohon dikongsikan dengan teman2..
    syukran jazilan..

    ReplyDelete

Perlu pandangan dari anda semua

Followers