Tuesday, October 11, 2011

Harapan

Assalamualaikum semua :-)

Syukur tidak terhingga, saya panjatkan kepada Allah SWT yang maha pemurah lagi maha penyayang. Sudah agak lama saya tidak menulis mahupun mengusik blog say ini. Degan sedikit kekuatan yang ada pada diri, saya kuatkan diri untuk menulis tentang sesuatu pada hari ini, insya Allah.

Sebagai manusia melakukan kesilapan itu sesuatu yang normal. Tidak ada seorang manusia yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan samaada secara sengaja mahuputn tidak. Akan tetapi, Allah SWT sentiasa memberi peluang kepada hamba-Nya untuk berubah dan memilih jalan yang lebih baik.

Kenapa tidak? Kenapa tidak kita yang dikurniakan akal ini berfikir lebih matang dan memilih jalan yang penuh dengan kebaikan serta menjanjikan syurga Allah SWT. Bila melihat anak muda zaman sekarang, seolah-olah harapan untuk melahirkan pemuda islam yang hebat seakan-akan nipis. Rock, Punk, Fashion, Hiburan, Facebook dan pelbagai jenis sajian-sajian yang penuh dengan racun sehingga merosak tubuh anak muda.

Astaghfirullah'alazim, masih ada harapan lagi ke? Insya Allah, pasti ada! Yakin dan percaya lah, bahawa satu hari nanti islam akan tertegak dan lahir sebuah zaman yang mana segala kehidupan itu asasnya adalah islam dan juga sebagai rujukan.

Sebagai anak muda yang sedar, ayuh kita mengajak rakan lain agar beriman kepada Allah SWT dan tidak pernah putus-putus menyampaikan kebaikan.  

No comments:

Post a Comment

Perlu pandangan dari anda semua

Followers