Monday, March 21, 2011

MENGAPA BERSEDIH?


 Assalamualaikum teman-teman yang dirahmati Allah s.w.t sekalian. Semoga anda semua terus segar dalam melaksanakan amanah yang diberikan. Alhamdulillah, rasa syukur saya panjatkan kepada Allah Maha Besar kerana masih bisa menghirup udara segar dan terus hidup di muka bumi Allah ini.

Teman-teman sekalian, Allah benar janjiNya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang itu tidak bermakna kita binasa dan yang pergi tidak bermakna kita telah hilang segala-galanya. Kalaulah kita ukur banyak mana yang Allah telah ambil, dibandingkan dengan banyak mana yang telah Allah beri pada kita sangatlah jauh bezanya. Firman Allah s.w.t :

"Dan dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menghitungnya. Sungguh manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)."
                                                                                          (Ibrahim :14;34)

Mata, telinga, mulut, tangan dan juga kaki. Harta yang melimpah ruah, serta pandang disekeliling kita, apa yang kurang? Tidak ada apa yang kurang. Segalanya mencukupi. Dan apabila musibah menimpa, sebenarnya Allah tarik sedikit sahaja dari kurniaNya. Jangan kita bersedih, ini kerana Allah sayang pada kita. Kadang-kadang musibah yang Allah beri ini merupakan satu titik baru untuk Allah beri yang lebih baik lagi masa akan datang. Tidak mustahil, insyaAllah. Berlapang dadalah Kepada Allah s.w.t, bahawa Allah menentukan segalanya. Firman Allah s.w.t:


"Jangan takut, jangan berdukacita" (Al-'Ankabut 29:33)


Teman-teman sekalian, kadang kita merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Sakit, masalah keluarga, masalah kereta, masalah jiran, masalah kerja, masalah duit dan macam-macam lagi jenis masalah yang meyebabkan hati dan juga jiwa kita tidak tenteram seterusnya juga tertekan.


Inilah kehidupan teman-teman. Penuh dengan perjuangan dalam kita mengatasi masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah, maka dia tidak layak untuk menggelar dirinya seorang yang hebat. Mungkin kita bijak didalam kelas, mungkin kita paling laju lari, akan tetapi bila Allah uji sahaja sedikit, jadi gelabah. Jadi buntu dan takut nak mengahadapinya. 


Teman-teman sekalian, masalah yang kita lalui mematangkan jiwa, mematangkan akal serta mematangkan peribadi kita. Banyakkanlah bermunajat pada Allah dan tidak pernah tinggal akan segala perintahNya. Jangan oleh kerana kita rasa serabut dengan masalah, bersedih dengan masalah, sehinggakan kita tidak solat, lupa berzikir,dan lupa segala-galanya. Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI!!!

Semoga kita semua mampu mengahadapi segala rintangan dengan hati yang tenang. Serahkanlah sebarang masalah kita kepada Allah. Dalam masa yang sama berusahalah mencari jalan penyelesaian. Sesungguhnya Allah membantu umatnya yang sabar. Wallahu'alam, setakat itu sahaja untuk kali ini. Maafkan saya sekiranya ada yang terkurang.

Thursday, March 10, 2011

SENARIO LAGI

Pilih Jalan Yang Membawa Kepada Allah S.W.T

Subbahanaullah, segala puji bagi Allah s.w.t.......

Hidup ini dipenuhi dengan suka dan duka, dugaan dan juga cabaran. Pada hari ini saya akan berkongsi satu kisah benar yang berlaku di kawasan kelahiran saya.

Saya ada seorang member time school Rendah dulu, dah 7-8 tahun tak jumpa, akhirnya dengan izin Allah kami bertemu semula disebuah kedai KOPI. Begitu gembira sekali dapat berjumpa teman-teman lama. Alhamdulillah, dia juga telah pun berkahwin.

Sembang punya sembang, masuk waktu zohor. Saya pun ajak la member lama saya ini solat di masjid yang berdekatan. Akan tetapi respon yang saya terima kurang baik. Apa yang terpacul dari mulutnya ialah '" ba ndak apa lah. ko pigi la sembahyang. Aku cukup la sembahyang Jumaat jak. Itu pun sudah memadai".

Saya hanya tersenyum mendengar respon darinya. Apa yang saya ingin kongsikan ialah, hidup kita ini tidak cukup dengan suka duka sahaja. Tanggungjawab yang diberi oleh Allah kepada kita harus kita laksanakan. Jangan selalu berpuas hati dengan apa yang kita ada sekarang. Hidup ini bukan sekadar cari HARTA semata-mata atau pagi-pagi keluar cari rezeki, malam balik tidur. Begitulah seterusnya.

Kadang-kadang kita sebenarnya tahu, akan tetapi kita buat-buat tidak tahu. Saya ada tengok satu cerita yang mana HERO cerita itu berkata " Manusia yang tidak melaksanakan perintah Allah dengan sehabis baik, adalah manusia yang HILANG INGATAN.

Begitu hebat musuh-musuh yang ada disekeliling kita sehinggakan ianya mampu menjajah pemikiran kita ketahap tidak beriman kepada Allah. Tapi apa pula tindakan kita sebagai manusia yang sedar? Adakah tengok-tengok sahaja? Atau dia-dia lah, saya-saya lah? Apapun yang bersarang didalam pemikiran kita, mari kita tingkatkan diri kita seterusnya mengajak orang lain kepada kebaikan.


Masih banyak lagi perkara yang pelu dilakukan....

Tuesday, March 8, 2011

SERABUT

Salam kasih sayang pada semua teman-teman? Bagaimana kehidupan anda pada hari ini? CERIA? DERITA? ROMANTIK? MAGIC? DURIAN RUNTUH? TANAH RUNTUH? SEDIH? ataupun SERABUT YANG TERAAAAAAMAT SANGAT!!!!

Isu serabut bukan lah satu isu yang baru pada hari ini. Setiap kita pasti akan serabut. Bagaimana terjadinya serabut ini? Alhamdulillah saya ada bertanyakan kepada seorang kakak yang berjiwa besar, dan dia menjawab 2 sebab sahaja.

PERTAMA - Ada perkara yang belum selesai. Maknannya disini, ada sesuatu kerja yang kita lakukan tidak siap dengan sepenuhnya. Selain itu juga, terdapat masalah yang tidak selesai-selesai sehinggakan membebankan akal fikiran dan juga jiwa kita.

KEDUA - Allah s.w.t nak kita bertaubat kepadaNYA, ini kerana ada perkara-perkara mungkar terselit didalam kehidupan seharian kita.

Bila dengar jawapan dari kakak ni, "ooo mcm tu rupanya" itulah ungkapan yang terkeluar dari mulut saya sendiri.

Kemudiannya saya pergi bertanya pula dengan seorang abang yang berjiwa kecil, lalu dia menjawab 1 sahaja.

"Nah, kalau serabut..Minum lah air serabut Perut.. HAHAHAHAHA" (Kemudian ia berlalu pergi)

Tinggallah saya seorang terpinga-pinga dan tersengih manis..

Baiklah, nak disimpulkan ialah, sebagai hamba Allah yang baik, sudah seharusnya kita bijak mengurus SERABUT kita. Bagaiman, jawapannya ada pada 2 sahaja. Al-Quraan dan juga Sunnah Rasulullah s.a.w. Teringat penyampaian dari seorang sahabat yang saya kasihi Abg Hafiz Jaafar (Pensyarah KTD) - "Rasulullah s.a.w pernah bersabda - ('Aku tinggalkan kamu 2 perkara,dan jika kamu berpegang padanya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya)".

Mudah-mudahan, hari ini kita semua terkurang dari perkara-perkara yang boleh membantutkan kita dalam mngejar cinta dan kasih Allah s.w.t.

Akhir penulisan, "Kurangkan Kontroversi....Tingkatkan Prestasi"... Wallahu'alam yang mana terkurang, sila tambahkan dan yang mana silap sila betulkan.


Jangan SERABUT....




CERIAKAN diri anda - Adik ni kata...


Tingkatkan IBADAH,MUJAHADAH dan DOA mu...

Followers